26/06/15(Khamis):Keputusan memberangsangkan
sebelum ini mendorong kami untuk aksi seterusnya. Misi kali ini adalah bersifat
peribadi..Pembalasan si Pitung!hehehehe. Jam 3:00 pm, selepas membeli petrol,
kami bergegas ke jeti di Kampung Seri Serbang. Keadaan air sungai pada 1.3
meter stagnant ketika kami memulakan aksi. Keadaan ini berterusan hingga
petang. Maksudnya, arus tiada bro.
anak-anak Ungah saja yang berkeliaran dalam keadaan air sungai sebegini.Walaupun bersaiz kecil, samseng tetap samseng bro! |
Keadaan arus terlalu deras dan arus mati atau terlalu perlahan memang kurang sesuai untuk casting. Ikan akan lebih pasif ketika itu. Akibatnya, trolling 70 peratus dan selebihnya adalah casting. Setelah jenuh membuang masa di selekoh bahagian hulu
sungai dengan kaedah casting tanpa sebarang strike, kami menghilir pula dengan kaedah trolling.
Kalau bukan kita siapa lagi bro?kalau saiz kecil pun mau ditapau pulang..lama kelamaan sungai ni akan pupus dengan Ungah. Ketika itu, padan muka kita..hehehehe |
Gewang yang digunakan sebelum ini terus menjadi taruhan terbaik. Tidak jauh dari garaj bot teamlempayun, gewang Rapala Shad Rap disambar ganas. Perlawanan berakhir tidak lama memandangkan mangsa adalah seekor juvenile. Gewang juga Tutut disambar tidak sampai 20 meter dari Ungah Juvenile yang pertama. Perlawanan juga agak singkat kerana mangsa juga seekor Juvenile. Kedua-dua ekor Ungah Juvenile ini dilepaskan semula dalam keadaan sihat walafiat. Mana laa bapak-bapak kamu semua Ungah oooiiii...
Baru turun gewang, tunda sikit..then strike!!perghhh..Spesis ini memang mempunyai DNA samseng sejak lahir lagi. Wajib dilepaskan bro demi masa hadapan. |
Kami berhenti trolling untuk acara casting di dalam sungai Nyamuk. Air sungai tidak bergerak langsung kerana ketiadaan arus. Pergerakan senyap menyusuri sungai hanya berjaya menewaskan seekor Kerapu Lumpur. Tanpa berlengah kami casting di bahagian luar pula. Tiupan angin laut yang kuat menyebabkan kedudukan bot sukar ditetapkan. Akhirnya kami kembali kepada kaedah trolling
Ini pun bakal dilepaskan juga bro..tapi..dalam steamer laaa..hehehe..isinya putih dan lembut memang cun dimasak stim simple |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan