Isnin, 30 November 2009

Ungah Jambatan keretapi


kelmarin petang,29.11.09,selepas kenduri, Am nurjaini dari teamlempayun menggunakan masa terluang untuk casting.Bermula jam 5.30,tidak lama untuk gewangnya mendapat sambaran.Mangsa berjaya menyelit di tiang jambatan lama.Atas bantuan budak2 kampung yang bekarih mengayuh bot,Ungah berat lebih sekilo berjaya didaratkan.Memang fight mantap dari atas jambatan.Karan brader.itulah ungkapan yang mampu diluahkannya.

Jumaat, 27 November 2009

Mysterious interrupted (Revo pecah dara)

Petang khamis, kira-kira pukul 2.30 pm,aku turun casting di Lubuk sampah.Keadaan agak terik dan tenang tidak berangin.Air sungai agak kehitaman dan pasang pada paras 1.1m. Aku bersenjatakan Abu Garcia Reco Salty Stage mula menghayunkan gewang Halco cina.Ketika sedang leka menggewang, aku segera perasan sebatang ranting kayu yang bercabang 3 jatuh behampiran disebelah kiriku. Apa hal ni?siapa punya angkara?toleh belakang,kiri,kanan tiada sebarang makhluk kasar.Aku buat tak tahu namun bulu roma ku serta merta berdiri semahu-mahunya.Aku teringat kata ustaz Nazri bahawa makhluk tu suka kawasan kotor dan bersampah.Ia ada berdekatan jika bulu meremang secara tiba-tiba.Rasa cuak dan galat tiba-tiba menyebabkan aku pindah ke hujung berdekatan kereta.Hampir pukul 4 pm, Tay datang,namun aku tidak buka cerita,risau juga dia serik datang..hehehe.Aku mula bermain dengan baitcaster dalam tahun 2002,apabila aku meminjam baitcaster Gadafi dari jenis Shimano Calcutta. Tidak lama untuk memahirkan diri,namun bekalan gewang yang kurang dan mahal menyebabkan aku lebih kepada focus kepada bottom fishing. Untuk kaedah ini, spinning reel adalah lebih convenience.Baru ni aku kembali kepada baitcaster untuk lebih enjoy fight.Abu Garcia Salty Stage disambar sebagai beginning. Penggunaan braided 15 lb dari jenama Powerpro sementara sahaja sebelum braided khas yang ditempah tiba. Joran Fenwick juga untuk sementara kerana joran yang ku tempah juga belum lagi tiba.Hanya perlu 10 kali lontaran untuk mendapatkan semula rentak lama..hehehe..alhamdulillah, kini aku amat selesa menggunakannya2 mangsa awal Revo ku adalah mascot KeruakPatinAfrika. Bolehlah sebagai karan.Akhirnya petang khamis tu, Revoku pecah dara dengan Ungah skala hampir sekilo. Larian padu dapat dikawal dengan drag Revo yang mantap dan stabil. Tay segera merakamkan saat-saat istimewa tersebut. Nampak gayanya, kekili sasaranku selepas ini adalah dari jenis baitcaster. Marilah rakan-rakan TeamLempayun, dapatkan baitcaster dalam koleksi pancing anda.

Kembura itik mandi

Rakaman dari kawan yang berhasil dengan lambakkan kembura.Memang mengujakan,aku dulu pun orang pemukatan jua,namun inde pernah lah mendapat begini.paling syok bila bebata nasi dan bahan-bahan untuk merebus kembura.bila sudah panas-panas atu, inde kan mau beranti makan.Lokasinya dangan ani merahsiakan.mun mau, turut laa...bah nanti tah mun lapang.
video

Sabtu, 21 November 2009

UNP's First counter


petang tadi,aku dan Tay beraksi di sungai UNP.Air agak baik cuma terlalu banyak air tawar.Keadaan juga bingit dengan bunyi jentolak yang sibuk berkerja disebelah sungai.hujan yang turun menyebabkan air agak sejuk.Namun yang demikian, seekor Ungah telah berjaya didaratkan oleh Tay.Manakala sekali lagi sambaran rabut.aku, hampeh malah kehilangan dua gewang akibat sangkut.kira-kira pukul 4.45 kami berpindah ke muara Benoni.air keruh kesan kelodak air pasang yang agak deras.tiada sambaran.kami kembali ke sungai UNP.Kami casting sehingga pukul 6.00 pm namun tiada sebarang sambaran.Hujan mulai turun ketika kami menamatkan trip.

Khamis, 19 November 2009

Tukau Buruk

Perbuatan yang tidak bertanggungjawab.Dicabul dan dinoda,selepas itu ditinggalkan.Siapakah yang empunya angkara?benar-benar membuatkan aku geram.Kalau dapat,pasti ku jadikan jig!
Yaaaa!inilah dalangnya!kepada peminat gulayan,sila berhati-hati dengan Mamat ani.ia eksyen saja tu melimpas-limpas.memang sopanlah,slow dan bersantun.Tapi,jangan mudah terpedaya!Sebenarnya ia survey dulu untuk menentukan sudut terbaik melakukan serangan pada malam hari.Kantoi!!!rupanya perbuatan Tukau Buruk!inilah pemangsa Nocturnal yang berjaya dirakamkan melalui kamera CCTV.cilakak betul!jangan tanya aku apa nasib si perampok ni pak!faham aja nasib nya ya.Yang pastinya,dia nggak dijadikan gewang..hehehe.Waktu malam selepas hujan merupakan saat terbaik untuknya beroperasi
inilah sebahagian imej pembunuhan beramai-ramai yang dirakamkan secara rahsia oleh lempayun.padan muka.penggunaan racun yang ditabur disetiap kaki rak berkesan membendung spesis perayap ni.racun disiram sedikit air.akibatnya,siperayap ani tesiruk racun dan kesadakkan.siapa suruh inde pandai melompat atau melangkah.hehehehe.tidak cukup dengan itu, mayat2 mereka menjadi habuan ayam-ayam si Muzar yang berkeliaran.Ntah apalah nasib ayam2 tersebut.sapa suruh inde mengurung.

Pengayuh DIY team lempayun

Juan beraksi dalam membentuk sebilah pengayuh
Seminggu sebelum bercuti panjang,Team Lempayun telah berjaya menyiapkan 2 bilah pendayung.Pendayung amat penting kerana jika enjin tidak berfungsi,pengayuh lah yang akan membawa anda ke tepi.Papan terpakai yang agak berkualiti dipotong menggunakan mesin.semuanya dilakukan didalam bengkel.kini, pengayuh diserahkan kepada Hj Ag Adi sebagai pakar yang bertanggungjawab memperhalusi buatan kami.

Ungah Binsulok

Isnin 16 nov, Juan berjaya mendapat ungah tidak sampai 10 kali cast.dah rezeki namanya.aku ke batu 30 UNP,mendapat 2 baduk tagap dan seekor Ungah yang terlepas depan mata.lamahku,mun inde dapat lagi lesen untuk set mengilat baru.rabu, aku turun lagi dengan Juan dan Hazlin.lokasi di Mandahan.Hasilnya 2 sambaran ungah yang rabut dariku dan juga Juan.pastu Juan mendapat panggilan pulau, aku dan Hazlin ke UNP.namun hampa disebabkan air yang berkelodak akibat hujan lebat.Petang tadi, aku,Juan dan Taus ke Mantabawan,namun tiada hasil disebabkan air terlalu tawar kerana kapasiti air hujan yang terlalu tinggi.nampak gaya, rehat tah dulu.

Selasa, 17 November 2009

Tilapia Mati Tua

Pagi tadi,salah seekor tilapia yang menginap di kolam bawah tangga pejabat SMKB 2 telah meninggal dunia.kira besar juga saiznya.menghampiri skala 2 kg.banding dengan kasut saiz 9 atu.kematiannya akibat penyakit tua namun tidak disia-siakan.ia dibawa ke dapur kantin dan dipayang-payang. setelah dimasak secukup rasa, ia dihidangkan kepada guru selepas LDP..hehehehe..ramai juga yang makan..hehehe..aku?liat komenku paling bawah.
anitah rupanya tilapia atu selepas dimasak oleh chef kantin.Memang menyelerakan dan mengiurkan..heheheh..boleh tahan bah.
ani tah antara Pirana yang bertanggungjawab mengerajakan tilapia kolam atu..hehehehe


begunjar bah bila dimasak special atu.
Habis licin tinggal tulang oleh Pirana SMKB 2yang nyatanya, kambang liurku!!!hehehehehe

Sabtu, 14 November 2009

Trip terkejut

Pagi tadi,aku dan Juan ke bagang Bongawan.Kami hanya berdua apabila Tay saat-saat akhir menarik diri kerana urusan yang tidak boleh dielakkan.Cuaca baik, laut teduh dan pusu pun tip top.Lempayun dengan tangkapan ikan putih yang berselera dengan pusu segar di awal pagi.Boleh tahan juga fight dengan appolo saiz 12 dan braided 12 lb.hehehe..memang karan.
Juan dengan ikan putih yang menyambar umpan pusunya.
Nak amat, Ke Talip dan Tekong Bongsu Manan beraksi sebagang dengan kami.
Uwa Nawi sedang fight dengan pemangsa yang agak liat ditewaskan.Setelah hampir 25 minit,mangsa tewas iaitu seekor pari anggaran berat 4 kg hingga 5 kg.Malangnya, Pari tidak berjaya didaratkan apabila rontaannya dibibir bot berjaya memutuskan appolo bersaiz 12 nya.katanya,kempunan kan ngibar-ngibar petang ni.hehehehe
hasil tangkapan kami kurang memberangsangkan memandangkan pergerakkan arus tidak begitu kuat.maklumlah,air alan menyebabkan ikan kurang aktif.hanya lauk putih,kirung-kirung,kurisi,jarang gigi,rumahan,titir dan pilajau besar antara spesis yang kami naikkan.walau bagaimanapun, sedap juga makan segar yang dirabus..hehehe.

Naik Taraf

Bot Kanawai yang telah banyak berjasa kepada kami dalam penerokaan takat-takat sekitar pulau tiga bersedia dinaikkan ke darat untuk modifikasi.Dalam tahun 2004, kami tiba dan memancing di Pulau Mengalum menggunakan bot ini.Kami juga pernah tiba ke Jahat Shoal setelah menempuh perjalanan hampir 8 jam.Pulau Labuan jelas kelihatan,Tanker besar lalu lalang manakala Pulau Tiga dahpun lama tenggelam.Kanawai dah pun teruji dengan ombak besar dalam perjalanan pulang dari Jahat Shoal.Kini,Kanawai menjadi lunas untuk Kanawai Mega yang kami kongsi bersama.Insyaallah,kos untuk enjin aku settle ye cikgu Awang.harap-harap ada rezeki.Kami mengambil masa hampir 2 minggu untuk menaikkannya ke darat. Kami berdua menggunakan 2 set chain block berkuasa 1 tan setiap satu.Aku menarik dibahagian depan manakala cikgu awang di bahagian belakang.senang hati apabila bot seberat ini berjaya kami tarik ke darat.

Kanawai junior sepanjang 30 kaki dengan lebar 7 kaki akhirnya berjaya didaratkan oleh kami berdua.lantai shaft untuk kipas terpaksa dibuang menggunakan chainsaw.memang kerja besar.
Ni gambar tekini Kanawai.Tiada tempoh ditetapkan untuk menyiapkan kapal ini.Seboleh-bolehnya sebelum pencen laa..agar pencen nanti, kerja minggu-minggu ke laut dalam.Jangan risau,rakan team lain diberikan harga istimewa jika menyewa kapal ini..hehehe

Bot buatan Lempayun

Proses membuat bot oleh lempayun

bot ini kini dimiliki oleh kaki pancing Kota Klias dengan sejumlah bayaran kurang lumayan.rugi ade laa...kawan-kawan baaa.

Bot teamlempayun

Sebagai pemancing pengilat, penggunaan bot adalah amat penting sebagai tool yang dapat meluaskan arena casting.Untuk membelinya agak mahal kecuali jika berkemampuan.Oleh itu,membina sendiri adalah jauh lebih murah berbanding membeli.Memang tidak cantik laa,tapi kualiti tidak boleh dipertikaikan.Tebal dan ngam campuran.Faham-faham sajalah jika bot kilang ani.pengeluaran bot adalah dengan penggunaan kos yang minimum dengan keuntungan yang maksimum..hehehe..nasib laa kepada pembeli.Projek pembinaan bot lempayun diselia oleh lempayun sendiri dan tenaga kerja terdiri daripada Juan dan Nurjaini.sehingga proses ini,modal yang kami guna tidak sampai RM 500..sekali lagi..RM 500.dijangka siap dengan modal terpakai berjumlah RM 900 hingga RM 1000.Berbaloi laa..sebab panjang bot 18 setengah dengan lebar hampir 4 kaki.mana mau cari bot semurah ini?lagi satu, terimakasih tak terhingga kepada cikgu Jais kerana sudi meminjamkan bengkel dan peralatannya.malahan,beliau ringan tangan dengan selalu menghulur pertolongan dan memberi khidmat nasihatnya.tengkiu dan tengkiu.Projek ini dijalankan selepas waktu persekolahan. Mula-mula,Gam diratakan di atas badan bot untuk melekatkan aluminium foil.tujuannya,fibermat tidak akan melekat ke badan bot apabila ditanggalkan dalam proses akhir.aluminium foil diratakan diatas badan bot menggunakan roller agar lekapan setiap inci akan sekata.Fiber mat diletak di atas badan bot yang telah disalut dengan aluminium foil dan dipotong mengikut ukuran.Proses menekap mengggunakan fiber mat dan resin.bahagian ini adalah kritikal kerana campuran mesti ngam,kalau tidak..sure tak jadi punyaaa.Tak sia-sia aku berguru dengan Ag Pelilah.Boat yang belum lagi dikemaskan setakat ini menggunakan tidak sampai RM 500 modal dipakai.Hanya perlu pasang penara dari PVC,kerusi dan kundang tempat sangkut enjin.final touching would be painted as well.memang tak lawa..tapi puas hati bro!nilai sentimental tinggi wooo.Aktiviti ini sebenarnya dapat mengukuhkan ikatan persahabatan dikalangan ahli teamlempayun agar sentiasa bersatu hati dan berkerjasama.kepada ahli teamlempayun,bila la mau rasmi ini bot?hehehehe

Rabu, 11 November 2009

GREENING OUR GARDEN

Gulayan Sawi Jepun
Ini dia Sawi Jepun.Memang cantik sebagai tanaman sayur dalam pasu.Selain dari itu, rasanya sedap, manis pahit sikit dan lemak.cabangnya pun banyak dan berdaun lebar.sepohon cukup untuk makan 2 orang.kalau aku, sekali duduk mau 5 atau 6 pohon..heheheh..sedap bah.Tiga minggu lebih dah boleh dituai.

Isnin, 9 November 2009

Tangkapan Peribadi

Sebahagian dari tangkapan peribadiku ketika masih aktif bermain laut dalam.Apabila menyingkap kembali album memancing yang selamat dari kebakaran,membuatkan aku mahu kembali ke laut dalam.Oleh itu, tahun depan adalah tahun yang akan menyaksikan aku kembali ke laut dalam.Kini, aku perlahan-lahan melengkapkan apa-apa saja yang kurang dalam tackle box ku.Amberjack itu adalah rekod tangkapan terbesarku.Manakala Tenggiri itu adalah Tenggiri pertamaku dalam aksi sulung Laut Dalam.