Khamis, 5 Mei 2016

Potensi Muara Menumbok part 1( Tekong's contact number)

Pekan Menumbok terletak sebahagiannya dalam ekosistem lembangan Weston dan juga menjadi pintu keluar kepada sungai Klias. Ia juga menjadi pintu masuk kepada para penduduk dari Labuan. Terdapat sistem anak sungai yang berselirat menghubungkan sungai ini dengan sungai lain seperti sungai Padas dan sekaligus menyediakan banyak lokasi pancing kepada para penggemar aktiviti ini.
salah sebuah dari 2 buah bot yang boleh disewa untuk memancing
Apa sahaja kaedah boleh dipraktikkan mengikut kecenderungan anda. Pancingan dasar dan casting menjadi tarikan utama di lubuk-lubuk sungai ini. Terdapat pelbagai spesis yang menghuni dan mencari makan dalam sistem sungai ini. Spesis ikan lautan juga  kerap berjaya didaratkan oleh para pemancing. Jangan terkejut jika ikan Tenggiri (anak Tenggiri/Lumading) menyambar umpan anda!.hehehe
Cuaca cantik cuma agak panas dan berangin.

Pelbagai spesis dan gred ikan boleh ditemui seperti Ikan Yu, Pari, Jenahak/Tambong, Ungah, Selungsung, GT, Kurau dan pelbagai lagi. Baru-baru ini, aku dan Adam telah mengadakan satu trip tinjauan potensi light jigging di kawasan docking kapal-kapal kontena di laut Weston. Bertolak se awal jam 8:30 am, kami disambut oleh alun laut yang agak kasar. Perjalanan yang perlahan mengambil masa hampir 40 minit untuk tiba di salah sebuah kapal besar yang sedang berlabuh.
Berteduh sambil mem'bottom' sekadar santai menikmati keindahan alam semula jadi

Keadaan laut yang kurang mesra untuk bot fiber kami menyebabkan kami tidak boleh menghampiri tiang pelantar. Cukuplah sekadar jigging di belakang kapal yang sedang berlabuh. Walaupun begitu, berlaku beberapa kali miss hooked yang disyaki angkara Tenggiri. Hanya dalam tempoh lebih 30 minit, kami mengambil keputusan untuk kembali ke dalam sistem muara. Sementara menantikan waktu pulang, kami mengisi masa santai dengan pancingan dasar sambil berbual-bual kosong.Tujuan asal untuk menduga potensi jigging pelantar terpaksa ditunda ke tarikh akan datang apabila keadaan cuaca benar-benar mengizinkan. Kesimpulannya, sistem muara di sungai ini amat berpotensi memenuhi selera para kaki pancing. 
Jigging di dalam sungai telah berjaya memikat anak Kerapu yang menghuni struktur sisa sangkar ikan di dasar sungai ini..hehehehe
Oleh itu, jika anda berhajat ingin menduga sungai ini, anda boleh menyewa bot sama ada bawa sendiri atau dengan khidmat tekong berpengalaman. Pemilik bot ini juga menjual umpan udang hidup bergantung kepada keperluan anda (perlu maklumkan awal). Enjoy mancing bro!
SILA HUBUNGI: ALFIAN SIBI di 0109411708