Setelah semua ahli team Killar Anglers berada di dalam kapal pancing Jass n
Joy, Tekong kapal segera menghidupkan enjin dan kapal yang agak tua ini memulakan perjalanan ke laut lepas. Kapal ini juga akan menjadi rumah kongsi,
Pub, Kbox, rumah urut, dapur hotel, kedai fesyen dan konti radio pelbagai
channel..hehehe..
|
Antara tugas kapitan team selain dari mengatur trip memancing adalah mengutip duit sewa kapal dari setiap pemancing dan juga tidak lupa duit jackpot sekali.hehehe |
Konsep 'open air' kapal ini membenarkan kami menghirup udara laut
yang segar walaupun enjin yang mengaum di perut kapal sentiasa mengeluarkan
karbon monoksida. Gegaran badan kapal ketika shaft enjin memutarkan kipas
disamping hembusan bayu menyebabkan mata mulai berat. Apa lagi, masing-masing
mula layan mata dengan berkongsi bangku.Perjalanan kapal agak lancar sejurus melepasi muara sungai Kuala Penyu dan laut pula amat teduh memudahkan badan tua kapal ini membelah lautan. Selain dari baring merehatkan diri, berbual kosong juga menjadi acara sampingan. Ketika itu juga, kapal baru sahaja melepasi Pulau Tiga yang penuh lagenda.
|
Wajah-wajah ceria setiap kali turun ke laut dalam. Paling best apabila keceriaan berterusan 24 jam sehari. |
Aku juga tidak ketinggalan menyiapkan peralatan tempur berusia antara 6 hingga 10 tahun…tidak terasa telah lama menceburkan diri dalam dunia hanyir ni. Tahun-tahun 2002 hingga 2004 aku masih lagi terasa amat junior di kalangan otai pancing Kota Kinabalu dan kini mula terasa tua di kalangan pemancing muda yang bertenaga, rajin dan berbakat. Cepatnya masa berlalu ye bro…
|
Saat melepasi muara sungai Sitompok, Kuala Penyu |
Aku masih teringat ketika pertama kali menyertai trip memancing di laut dalam ini, memang amat naif dan kosong. Aku hanya bersandarkan ilmu memancing di paya, parit, sungai dan pesisir laut. Mujurlah pakcik aku ketika itu sudi menjadi mentor dan menurunkan segala ilmu memancing laut dalamnya kepadaku, tidak termasuk jampi serapah seperti yang sering bermain di bibir Mawi ketika sedang memancing. Sekali sekali nampak mulutnya kumat kamit membaca sesuatu...hehehehe
|
Otai yang banyak menurunkan ilmu memancing kepadaku. Melaluinya juga aku mengetahui asam garam dunia pancingan laut dalam. Beliau telah bersara dalam arena pancingan laut dalam dan kini akif sebagai nelayan pesisir yang berpangkalan di Teluk Villa, Putatan.
Beberapa minggu sebelum trip pertama ke perairan Pulau Mengalum dalam hujung tahun 2002, aku kerap turun KK meronda kedai pancing bersama pakcik. Ketika itu juga adalah pertama kali aku berbelanja besar membeli peralatan pancing. Rod Lemax stand up Grand Tournament berharga RM 148, Reel TLD star RM 240, Berkley Braided Whiplash 115 lb offer 3 gulung RM 112, fighting belt dan bermacam lagi peralatan kecil yang lain. Rabak poket bro!
|
|
Belut yang telah mendera kudrat Mawi dan amat degil dengan gear gostannya. Berasap brader sorang ni bro! |
Perasaan excited ketika itu tidak dapat ditahan dengan kerap turun KK melawat kedai-kedai pancing. Perlu Rosco snap swivel saja pun sanggup turun KK.hehehe..Alang-alang membeli biar sampai puas hati.hehehe..tiba harinya, semalaman tidak dapat melelapkan mata. Jam 4 subuh sudah terpacak di depan SAFMA.hehehe..sesekali bernostalgia bro..
|
Tangkapan tidak layak untuk jackpot walaupun Belut ini jauh lebih tinggi dari pemancingnya.hehehe..disqualified kata Mian, sebab tiada sisik! |
Rasanya tidak sampai beberapa jam, bot mula memperlahankan kelajuannya..aiikk..sampai dah ka?Pulau Tiga masih nampak berbalam-balam apabila bot mula behenti dan menurunkan sauhnya. Lain macam ni..Dekatnya lokasi..apapun, kami semua tetap bersemangat menurunkan joran masing-masing. Mana la tau kalau ada pemangsa mega berkeliaran di bawah.
|
Kumpulan ikan Putih yang hanya sedalam 42 meter mengizinkan penggunaan set pancing spinning. Lebih pantas, sensitif dan berkesan |
Agak lama juga menunggu apabila Joran Mawi ditekan ganas. Joran miliknya diasak hebat dan beliau segera mencabut joran dari rod holder. Kali ini, peraduan tenaga berlaku secara direct di antara tulang empat kerat Mawi dengan mangsa yang kuat meronta. Peluh mula bercucuran dan urat lengan mula membengkak…ni kali laa kau bro!Tu yang kau pinta. Senang-senang duduk di rumah depan TV tengok Crayon Sin Chan..susah pula kau cari.hehehe
|
Tidak percaya?Ikan Putih ini juga didaratkan oleh Dr Juslee dengan menggunakan set spinning ringan |
Setelah diasak betalu-talu dan jenuh bertahan akhirnya mangsa mula berjaya diheret perlahan-lahan ke permukaan air. Kelibat mangsa di permukaan air amat mengejutkan apabila seekor belut terjerat di hujung matakail. Patutpun perlawanan amat sukar memandangkan Belut hanya mempunyai gear gostan. Macam tarik bapak kambing Boer ye bro!
|
Ikan Pinggan-Pinggan juga adalah warga tetap takat berbatu dan pasir ini. Spesis ini biasa berkongsi habitat dengan spesis travelly yang lain. |
Aksi diteruskan di lubuk yang sama dengan penuh kesabaran. Sesekali ikan Anjang-anjang dan Babakan/Pagot/Ayam Laut berjaya didaratkan. Penghuni lubuk ini memberi maklumat dasar hanya dipenuhi oleh takat kecil. Ikan Kerisi juga mencelah menandakan dasar adalah kawasan berpasir. Tidak lama kemudian, kapal mula bergerak mencari lokasi lain yang lebih menghiburkan.
|
Seekor lagi spesis cantik yang mendiami takat sama. Boleh dikatakan takat ini seolah-olah nasi campur..apa saja ada bro! |
Beberapa teknik yang dipraktikkan dalam trip ini amat berkesan menjerat ikan. Rata-rata pemancing memilih penggunaan sendakau tidak kira siang ataupun malam. Aku lebih suka menggunakan kaedah paternoster ketika memancing siang hari dan penggunaan sendakau ketika memancing waktu malam khas untuk menjerat pemangsa nokturnal yang selalunya bersaiz bagak berkeliaran mencari makan.
|
Set spinning ringan amat sesuai untuk pancingan berkedalaman di bawah 50 meter. Kalau kena ikan bersaiz bagak…pergghhhh..mantap giler bro! |
Penggunaan perambut sekecil 30 lb hingga 40 lb dan mata kail bersaiz 1/0 hingga 3/0 amat membantu meningkatkan sensitiviti dan mengurangkan perasaan curiga ikan. Penggunaan joran seringan PE1-3 dan kekili bersaiz 4000 yang dimuatkan braided 20 lb hingga 30 lb, bagiku amat memuaskan untuk aksi bottom yang benar-benar mengasyikkan. Bonte sudah mula mempraktikkan kaedah ringan ini.
|
KerapuBara/Lantaran meminati jig yang kerap ku mainkan hanya beberapa kaki dari dasar berbatu |
Aku pernah terjerat seekor Laosu/emperor seberat 7 kilo lebih dengan menggunakan set seringan ini..pergghhhhh…berdecit-decit tali muntah dari kekili..syok giler!terbaru set micro light jigging pe 0.8-pe 1.5 terjerat pula dengan bapak Tenggiri seberat 15.2 kg..bayangkan..
|
Sejuk rasanya apabila dihembus angin laut yang segar. Ini lah kelebihan 'open space'. |
Sepanjang petang itu, kami sempat berpindah ke beberapa buah takat dengan sambutan yang agak dingin dari penghuni dasar. Agaknya, kesan gempa 5.9 skala richter menyebabkan ikan agak keliru dengan getaran-getaran yang berterusan hingga tidak mengendahkan umpan ataupun..umpan kami kali ini agak sangsara bro..basung gred D, bersaiz besar, nampak pucat dan terburai perut. Apa boleh buat, tiada pilihan lagi. Takkan lah perlu kerat jari kaki untuk dijadikan umpan.
|
Ruang laluan pun agak luas |
Bagiku, umpan Basung Tamau yang segar adalah antara kunci kejayaan pancingan di laut dalam. Kali ini, aku mula merasa tewas dengan bekalan umpan seadanya ini namun tetap mengagahkan diri untuk beraksi..dah bayar tambang bro..perlu berusaha keras untuk mengurangkan defisit.
|
Hampir menjadi tragedi di petang ahad apabila kapal berusaha melepaskan sauh yang tersangkut di dasar menyebabkan talinya putus. Nasib baik talinya timbul dan sempat diambil oleh pembantu tekong. Jika tidak, pasti trip ini ditamatkan lebih awal. |
Perambut paternoster kegemaranku tetap ku turunkan dan masih mampu menawan selera ikan walau dengan kualiti umpan sebegitu. Aksi tidak lah serancak yang diharapkan bila mana rakan-rakan lain juga lebih banyak menganggur. Ketika itu juga laa lagu patriotik berkumandang. Paling best apabila siap dengan sajaknya sekali..perghh..betul-betul budak Kombo RTM diorang ni..hehehe..sabar aja laa bro ya..
|
Ikan sebelah atau flounder. Kembarnya yang bersaiz pintu rumah di sebelah Eropah dikenali senagai Halibut. Kalau laa saiz pintu ada juga di sini..perghhh? |
Aku yang agak kurang sihat mulai flat setelah beberapa minit yang lalu menelan ubat selsema yang dibekalkan oleh Dr Juslee. Mujur juga beliau sentiasa membawa kit keselamatan. Akibatnya, malam pertama aku lebih banyak layan tidur daripada memancing.
|
Ikan Yu Pasir yang banyak berkeliaran hingga di pertengahan air ketika malam menjelma. Ikan 'Inava' ini dikatakan bernilai RM 8 sekilo di pasar Kuala Penyu |
Sesekali aku tersedar juga apabila mendengar bunyi geletakkan ikan di dek kapal..dan..umm..Titir aja pun…sambung lelap semula hingga santak ke subuh.. Aku mula memaksa diri untuk bangun membuka mata ketika jam menunjukkan angka 5:17 am. Dr Juslee, Bonte dan rakan-rakan lain boleh dikatakan berjaga hampir sepertiga malam..hehehe
|
Ikan dan pemancingnya hampir serupa saja..hehehe..Jenis ikan Tambak juga suka berkeliaran di waktu malam menyelongkar batuan di dasar untuk mencari makanan. |
Ahad pagi dimulakan dengan sarapan dengan white kopi kaw-kaw yang dibawa oleh Demian. Rasa bersemangat apabila terasa hangat kopi melepasi kerongkong. Perut kembali hangat dan terasa peluh memercik..aksi pancing bertambah semangat dengan pelbagai spesis ikan yang berjaya didaratkan. Keistimewaan takat-takat di sini adalah kepelbagaian spesis ikan yang berkualiti tinggi.
|
Uncle 'Taiko' yang agak berumur tetapi fizikal dan jiwanya masih muda belia. Beliau juga tahan berjaga malam dan amat cool ketika memancing. Kalau laa beliau ni ada anak dara, ingin juga aku masuk meminang. Ryan dan Mian boleh jadi wakil ku meminang nanti.hehehe |
Cuaca yang panas dan cerah tanpa tiupan sang bayu menyebabkan peluh membasahi baju. Peluh yang mengalir tanpa henti agak tidak menyelesakan. Cermin mata dan penutup muka juga lencun dibasahi peluh. Tambah tidak selesa apabila melihat rakan yang lain dapat berteduh sambil memancing.
|
Perghhh..lenturan joran yang cantik apabila fight dengan takat!hehehe |
Aku agak terkedu dengan perkhidmatan anak-anak kapal ini yang pada saya berada di tahap yang paling tidak memuaskan. Ais perlu dipinta berkali-kali jika tidak ikan anda akan membusuk begitu sahaja. Aku teringat dengan perkhidmatan anak-anak kapal yang berpangkalan di Kota Kinabalu dalam tahun-tahun 2002 hingga 2005, anak-anak kapal termasuk kaptennya sekali akan sentiasa meronda setiap tong penyejuk untuk memastikan kotak penyejuk diisi dengan ais.
|
Pemancing warga emas. Salute ku untuk beliau ini amat tinggi. Aku pun tidak yakin dapat beraksi di laut dalam di usia begini sedang beliau ni sudah membuktikannya. Semoga beliau sentiasa sihat walafiat. Aamin! |
Anak-anak kapal juga tidak akan memancing apabila para pelanggannya sedang memancing. Mereka begitu sibuk membantu jika ada tali pancing yang berbelit, mencangkuk tangkapan pemancing, menunjuk ajar pemancing baru malahan hingga ada yang menghidangkan kopi panas ketika memancing di waktu malam. Kini??jangan mimpilah bro!!hampeh sungguh!
|
Kenapa hampir semua ikan yang berjaya didaratkan menyerupai wajah tuannya?hehe..jangan marah ye Mawi..gurau saja.hehe..Aku pun tak tahu apa nama ikan ni bro..anggap aje laa ikan takat ya..apapun, nilai ikan ini amat mahal oooo. Satu kapal berkongsi membelinya..hehehe.
Pakej makan yang bernilai RM 300 juga amat semberono dengan hidangan ayam kicap yang dipotong seinci!sayur kobis tidak berapa nak masak…nyesal pula ambil pakej makan sekali bro..nasib baik aku ada bawa bekalan bun..kalau tidak kebulur lah aku di tengah laut..salute kepada rakan yang makan dengan penuh selera!.hehehe..apapun, memancing tetap diteruskan.
|
|
Teduhnya lautan..tapi panas yang agak luar biasa! Baju quick dry yang ku sarung dibadan basah lencun tanpa kering hampir setengah hari |
Petang itu tekong kapal menyarankan agar kami berpindah ke takat berdekatan dengan laut Labuan..umm..nampak ampai-ampai Pulau Labuan. Menurutnya kawasan takat-takat begitu dihuni oleh banyak spesis bagak seperti Tenggiri, Banglus/Haruan Tasik, Lingkuh dan pelbagai lagi. Walaupun aku agak ragu, namun kami menurut sahaja dengan anggapan tekong lebih mahir dengan takat-takatnya..Sauh pun diangkat.
|
Tug bot yang melintas hormat di sebelah. Agaknya jika disewa boleh memuatkan 50 orang pemancing ni ya. Kapitan sila dapatkan detail yaa. |
Malangnya, sauh tersangkut kukuh di dasar laut. Ketika berhempas pulas dalam cubaan melepaskan sauh, tali sauh pula terputus. Nasib baik ia panjang dan hujungnya timbul di permukaan air. Pembantu tekong segera mengaitnya dengan gaff dan menyambung semula tali yang putus. Sekali lagi enjin kapal berkerja keras melepaskan sauh. Hampir 30 minit berlalu dan Demian menyarankan agar kapal ini berpusing sambil menarik sauh. Blink!sauh dengan mudahnya terlepas..hehehe..apa laa agaknya yang bermain di minda tekong tu ya?hehehe..
|
Aksi nganga berduet!..hehehe..spesis anak emperor/Laosu menjadi miliknya di awal pagi. |
Kami tiba di lokasi baru ketika matahari sedang membenam di sebalik ufuk. Pancingan dasar masih diteruskan dengan teknik sendakau dan paternoster. Sesekali ikan anjang-anjang, Kerisi dan ikan Mempasir(mereka gelarnya ikan sedap)berjaya didaratkan. Nampak gaya, takat berkedalaman hampir 40 meter ini hanya dipenuhi oleh batu-batu kecil dan pasir landai. Apa boleh buat, hidup ini suatu perjudian. Sepanjang malam itu para pemancing hanya berjaya mendaratkan spesis ikan Yu, ikan-ikan takat, Ikan Pisang Taris(Ikan Mentua),anak-anak Laosu(Emperor), Ketambak, dan beberapa jenis lagi yang tidak dikenali..hehehe..
|
Kerapu bintik |
Aku menggunakan teknik sendakau berumpankan seekor ikan titir dan menurunkannya di pertengahan air. Arus agak deras ketika itu dan aku menggunakan pemberat yang lebih besar agar umpan kekal di pertengahan air. Setelah hampir 2 jam berlalu tanpa berlaku apa-apa, aku menurunkan lagi umpan Titir seekor itu jauh ke dasar..mana laa tau ada Haruan Tasik ataupun Keratang. Malangnya, hingga santak subuh langsung tiada sambaran mega..apa lagi bro, layan paternoster laa cari ikan-ikan table size..memang auta ni..
|
Semua lampu termasuk spotlight dihidupkan ketika perjalanan pulang…kenapa agaknya ya??hehehe..faham-faham saja lah ye bro..cari makan |
5:17 am, aku bangkit dari tidur yang tidak sempurna dan meneruskan pancingan dasar. Banyak juga ikan-ikan table size berjaya ku daratkan. Bole laa bro sebagai tambahan. Matahari mulai terbit menampakan daratan yang besar dan tinggi (hehehe..hampir betul dengan daratan bro..memang kita kena kelentong ni)..malang sungguh!
|
Ikan 'Inava' yang menambahkan berat tong ais ini. Senang hati apabila tangkapan eksotik begini memenuhi tong. |
Ketika itu, Mawi berjaya mendaratkan ikan yang bersaiz sedarhana tapi berpotensi memenangi jackpot. Sebelum ini jorannya juga ditekan ganas namun terlepas apabila dia dikhianati oleh peralatannya sendiri. Belum rezeki bro..kejaaaap lagi tu. Strike laa kau lagi tu….betul-betul strike ye bro.
|
Penyampaian hadiah Jackpot oleh kapitan kepada Juara Jackpot edisi Kuala Penyu. Tahniah Mawi!! |
Hampir pukul 9:30 am, kapal sudah berpindah sebanyak 2 kali.
Namun sambutan dari dasar agak sunyi..memang sah takat-takat di sini dah kering
kontang sama ada di bom ataupun takat kecil sahaja….paling best apabila kapal
hanya main hulur atau panjangkan tali supaya ia hanyut ke belakang…kalau
guna enjin jadi kerja la pulak..malas laa tu bro!..hehehe..sah kena main oleh tekong
lagi!
|
Next trip pasti giliran aku.Pisang tidak akan berbuah dua kali ni Mawi.Agaknya ini la ayat yang sedang bermain dibenak mereka ya..hehehe |
Tiba-tiba Tekong kapal mengumumkan 5 minit lagi
untuk menamatkan trip…aikkk..jam baru pukul 10:00 am bro! Tu hari aku ikut
kapal Sting jam 12:45 pm baru kami bertolak pulang dari laut Semarang. Jauh lagi
tu..ni dah dekat betul pun..hehehe..sah kena kelentong tekong lagi ni.
|
Syukurlah sampai ke jeti dalam keadaan selamat |
Sebelum bertolak pulang, kami rasa pelik apabila tekong
menghidupkan genset yang menyalakan semua lampu dan spot light..aikkk..apa hal
pula?Agaknya tekong mahu mengurangkan jumlah minyak untuk menunjukkan kepada
bos mereka bahawa dia telah membawa kami mencari takat-takat jauh di laut
Semarang..hehehe..sebelum itu pun tekong cerita kapal tidak boleh pergi ke
takat yang berkedalaman atas 50 meter dengan alasan sonar tidak
berfungsi..hehehe,,dah arif betul dengan statement begitu bro..Amacam rasa kena
kelentong?sedap?ada rasa oren?hehehehe.
|
Kejayaan trip pancingan bukan saja diukur dengan hasil tangkapan yang melimpah ruah, tetapi keceriaan, perpaduan, harmoni dan kerjasama yang ditunjukkan oleh setiap ahli team ini menyebabkan aku suka menyertai trip pancing mereka. Tahniah kepadaTeam Killar Anglers! Aku telah banyak menerima dan menyertai jemputan team pancing laut dalam yang lain, namun team ini adalah yang TERBAEEKK! |
Kira-kira jam 12:30 pm, kami selamat tiba di jeti Kuala
Penyu dengan kapal usang ini. Pengalaman yang diperolehi sepanjang trip ini
amat bernilai untuk menjadi sebahagian dari pelajaran yang boleh dimanafaatkan
dalam trip memancing akan datang. Walaupun trip ini berlangsung bukan seperti yang diharapkan,
team Killar Anglers tetap enjoy dan ceria sesuai dengan motto mereka. "Kamu
urang memang best bro!"..bhaaa kapitan, kasi atur trip lagi untuk memenuhi
kehendak suara-suara yang memanggil Jiboy di tengah laut siang dan malam
tu.!.hehehe..salam ikhlas dari lempayun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan