Ketiadaan bot yang akhirnya berpindah rumah menyebabkan kami meminjam sementara bot milik rakan sepanjang 15 kaki. Bot kecil ini hanya berkapasiti 2 orang sahaja. Ruang yang sempit tidak memungkinkan untuk 3 orang pemancing. Bot fesyen lama yang lebih dikenali sebagai bot selipar ini hanya sesuai beroperasi dalam keadaan laut teduh.
Kerapu termasuk pula ke dalam lubang. Sukar untuk mendapatkannya semula..hehe |
Muatan yang lebih ringan menyebabkan bot ini mampu memecut laju. Kaedah jigging dan bottom menjadi pilihan utama. Kelebihan bot ini adalah, pecutan dan akses ke dalam bagang-bagang roboh. Apapun, sebelum memasuki struktur bagang, mata perlu tajam mengesan sebarang stump/tunggul di bawah permukaaan air laut yang berpotensi menikam perut bot. Kecuaian menyebabkan tragedi.
Saiz biasa Kerapu bagang-bagang roboh. Selalu berlaku strike di dasar yang tidak dapat ditahan disyaki angkara Kerapu yang bersaiz lebih bagak |
Seperti biasa, kami bergegas mendapatkan umpan Pusu terlebih dahulu. Syukurlah umpan banyak ketika itu. kami mengambil lebih sikit untuk para pemancing yang tidak sempat mendapatkan umpan kerana lewat turun ke laut. sedekah-sedekah bro.
Acara bottom dilaksanakan terlebih dahulu. Penggunaan appolo Samurai Seahawk bersaiz 12 memang berkesan untuk menjerat pelbagai spesis ikan. Namun, kelemahannya adalah, ia tidak mampu menahan asakan spesis yang lebih besar dan ganas. Aku suka melonggarkan drag supaya pemangsa bagak tidak memutuskan appolo. Layan saja bro..pasti berjaya. Ikan Pari 8 kg lebih berjaya didaratkan dengan kaedah ini hanya menggunakan appolo bersaiz 10..hehehe
Apa pun sedap jika menjamu selera di muara sungai. Teduh pula tu sambil angin sepoi-sepoi bahasa menghembus muka. |
Apabila ikan dasar semakin menyepi diri dan matahari juga semakin meninggi, tiba lah masa untuk berjigging. Biasanya, ikan-ikan perayau seperti GT akan memasuki struktur tiang bagang untuk berteduh. Turun jig dulu bro..baru tauu..
Tak sedar-sedar pula boleh habis nasi seperiuk.hehehe |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan