Rabu, 30 September 2015

Jigging Kuala Abai siri 4 edisi Kerapu Bagak

19/09/2015(Sabtu): Tarikh yang telah ditempah oleh Kapten Killar Anglers akhirnya tiba dalam keadaan cuaca yang amat bagus. Seperti biasa, aku mula bergerak seawal jam 4:30 am dari rumah. Aku perlu singgah di University Apartment, jalan Sulaman untuk berpindah ke kereta Adam/Grukul. Perjalanan jauh pun tidak bosan kalau ada teman borak ye bro.
Mohon maaf ya rakan-rakan. Sebagai jigger jemputan, sepatutnya kami datang lebih awal..hehehe..kupi-kupi bah dulu kamu.
Kami agak lewat tiba dan rakan-rakan Killar Anglers setia menanti di warung D' Lagu. Ngam laa tu..kupi-kupi dulu kamu. Kasi panas badan. Lagipun, tekong pun masih menyediakan bot dan peralatannya.
Rezeki kucing yang amat mewah.. di Jepun, gila mahal ikan ni bro!
Tanpa membuang masa, peralatan segera dimuat ke dalam bot yang akan menjadi kenderaan kami sepanjang hari ini. Ketika ini, cuaca amat cerah dan laut juga teduh mengizinkan kami boleh pergi lebih jauh. Namun, tekong telah mengambil keputusan untuk menduga takat tunggul dan kapal karam sahaja.
Tetamu terbaru Group Killar Anglers
Beliau risau dengan keadaan cuaca di laut yang tidak menentu seperti yang telah berlaku kelmarin apabila beliau terpaksa membawa pulang sekumpulan pemancing seawal jam 1 disebabkan keadaan cuaca yang agak buruk. Tekong lebih arif bah kan…cuma cuaca tu nampak ok saja ya.hehehe..
Dino, Peminat setia lagu 'Selamat Tinggal Sabun Mandi' juga baru mulai bergiat dalam arena ini. Memang tahan lasak mamat ni, dari pagi berjemur hingga santak ke petang pun masih mampu tersenyum walaupun mengalami kumpau tahap mega!
Aksi pemanas badan di kapal karam kurang mendapat sambutan. Hanya ikan Kerapu sahaja yang menyahut cabaran. Keadaan pergerakkan arus yang amat lemah menyebabkan ikan di dasar tidak seaktif kami yang mengunjun tanpa henti.
Hasil kerja keras membasahkan ketiak
Hampir sejam beraksi di spot ini, kejadian miss call sering terjadi. Sentapan-sentapan ganas masih belum kunjung tiba. Jig sering ditukar dan ritma unjunan juga sentiasa divariasikan. Keadaan arus lemah ini mengizinkan saya menurunkan jig seberat 28 gram ke dasar yang berkedalaman 38 meter.
Entah berapa ribu kalori sudah terbakar ni.jadi laa..janji lesen bro
Setelah hanya mendaratkan beberapa ekor ikan 'lazim', tekong mengajak berpindah ke takat tunggul. Menurutnya, para nelayan baru-baru ini telah membuang banyak FAD yang ditanda dengan botol-botol mineral. Kami menurut tanpa sebarang bantahan. Mana la tau ikan berkampung di lokasi yang dimaksudkan.
Joran baru yang mulai hanyir. Belian yang amat berbaloi
Berhanyut di takat tunggul agak mencabar kerana ruang takatnya kini di penuhi dengan tali yang memegang FAD. Kami perlu berwaspada dan segera menaikkan jig apabila bot mula menghampiri pelampung FAD. Kejadian jig tersangkut di tali FAD menyebabkan Dr Juslee dan Bonte kehilangan jig kesayangan. Disangka strike ikan…rupanya strike tali.hehehe
Kerapu rezeki yang dipotong-potong untuk diagihkan. Boleh laa sekadar merasa kelazatan Kerapu ini
Aksi jigging di takat tunggul berterusan hingga ke petang. Namun, pergerakkan arus yang terlalu lemah sememangnya mempengaruhi keaktifan ikan di dasar. Hanya ikan Kerapu dan ikan-ikan Putih yang sudi menyapa jig kami. Tarikan mega yang dinanti belum kunjung tiba.
Ambil bahagian msing-masing ya
Trip kali ini berakhir hampir jam 5:00 pm. Walaupun hasil agak kurang, namun kami benar-benar puas mengunjun besi. Memang tegar giler bro..berhenti mengunjun hanya untuk lunch saja. Selebihnya jigging dan jigcast. Memang lumrah memancing ada 'pasang dan surutnya'. Mungkin dalam trip akan datang, group ini akan berpesta ikan…jangan jara (serik) bro!

Projek FAD terkini

27/09/2015(ahad):Komuniti pancing Bengawan telah mengambil kesempatan keadaan cuaca yang baik dan laut yang teduh untuk 'melabuh' Lawa-Lawa' atau unjam. Lokasi labuhan hanya berdekatan dengan muara sungai.
Menyiapkan labuhan di muara sungai
Tujuan lokasi labuhan yang dekat ini adalah sebagai persediaan menghadapi musim angin utara melanda nanti. Ketika itu, keadaan cuaca dan laut memang tidak mengizinkan para pemancing beraksi di Lawa-lawa yang lebih jauh ke tengah laut. Bahaya kepada perahu-perahu kecil bro!

Pasir di isi ke dalam karung sebagai pemberat yang akan memegang buluh supaya kekal di lokasi
Jarak selamat dari muara hingga ke lawa-lawa terdekat membantu para pemancing melepaskan gian ketika musim tersebut. Untuk itu, labuhan akan sentiasa ditambah agar boleh menarik lebih banyak ikan datang menghuni.
'Raas' atau aksesori dari buluh dan daun nipah akan menjadi rumah perlindungan ikan
Selain dari aspek keselamatan, para pemancing boleh lah ke lawa-lawa terdekat untuk mencari lauk makan sahaja. Di samping itu, ilmu menyedia dan melabuh lawa-lawa akan terus diwarisi turun temurun.

Selasa, 29 September 2015

Santai bersama Grukul

26/09/2015(Sabtu): Keadaan berjerebu yang semakin teruk tidak menghalang untuk aksi pancingan bagang. Walaupun visibiliti agak terhad, bot tetap dipacu melepasi muara sungai.
Ikan tidak mematuk, ada baiknya melelapkan mata buat seketika.
Mujurlah bagang tetap beroperasi dan dapat membekalkan kami sedikit umpan Pusu. Acara pancing dasar seawal jam 6:15 am, menyaksikan banyak ikan Temenung dan Kerisi berjaya didaratkan.
Memeriahkan sessi pancingan di Lawa-Lawa
Apabila ikan mulai kurang memberi respon di dasar bagang, tiba masanya pindah ke Lawa-Lawa untuk mencuba nasib. Mana laa tau ada gerombolan Gerunggung, Tongkol atau Kirung-kirung singgah.
Komuniti pancing yang mengamalkan semangat harmoni dan toleransi. Tengah laut begini pun tetap bergossip pasal politik dan ekonomi.
Suasana pancingan di lawa-lawa memang meriah apabila penuh dengan sessi usik-mengusik. Ketua kampung Lawa-Lawa iaitu Otai Patra juga tidak terlepas dari usikan. Hubungan mesra begini sememangnya dapat mengeratkan tali persaudaraan di kalangan komuniti pancing ini.
Tumbangnya seorang perwira..hehehe..mungkin pasal jerebu ni bro..sakit tekak dan susah bernafas.
Sebab ini la kami seboleh-bolehnya tidak mahu tertinggal aksi pancingan bagang setiap hujung minggu. Yang penting, kesihatan berada ditahap terbaik dan cuaca juga mengizinkan.Salam ikhlas dari Lempayun

Fresh dari ladang!

Hobi hanyir yang banyak memberi manafaat. Keseronokkan yang mendatangkan hasil iaitu segar, selamat dan pelbagai spesis. Paling penting, zaman RM jatuh, hobi ini membantu menjimatkan perbelanjaan isi rumah anda.

Kirung-kirung kadal bersaiz bapak!
Hobi yang juga menjadi senaman untuk kesihatan berterusan supaya kekal sihat rohani dan jasmani untuk menghadapi cabaran mendatang. Bayangkan tekanan kerja yang berterusan sepanjang minggu menjadi pemangkin kepada kemerosotan kesihatan anda. So, just release bro!
Gerunggung/Cencaru yang masih cukup hanyir
Bekalan protein segar yang sentiasa berterusan amat bagus menggantikan daging merah.
Extra species
Pegi pasar ikan atau Tamu boleh lingkup puluhan ringgit ni bro. Sudah laa mahal, ikan pula lembik dan pucat lesi. Kurang selera aku mau makan.
Ikan-ikan goreng ataupun Pais
So..tepuk dada tanya lah perut..hehehe..ikan banyak di laut dan sungai. Hanya perlu rajin tangkap saja. Di samping tu boleh juga bersosial dengan komuniti pancing yang ada.
In progress
Happy fishing bro!

Selasa, 8 September 2015

Ungah petang Ahad

Trip casting sekejap semata-mata ingin bersua muka dengan Ungah, akhirnya dimakbulkan. Keadaan air yang amat cantik, suhu yang suam dan tidak terlalu jernih menjanjikan strike.
Nangnak juga laaa yang manang!
Ketika air bergerak pasang perlahan, kami menyusuri sungai Nyamuk setelah beberapa kali miss call di muaranya. Casting dengan giat tanpa jemu akhirnya membuahkan hasil.hehehhe..

Jerumun Kerapu

Pergerakkan jig secara perlahan berhampiran dasar tanpa jemu akhirnya memerangkap selera Kerapu bersaiz cantik ini. Habitat Kerapu yang gemar mendiami struktur di dasar juga sebenarnya mengundang risiko kehilangan jig akibat sangkut. Namun, jika tidak dipecahkan ruyung, mana kan dapat sagunya. 
Jig esca lusuh seberat 18 gram berharga rm 6.50 berjaya memberi pulangan lumayan berkali ganda harga jig
Perlu berani bro. Jangan sayang jig anda. Untuk mengurangkan keperitan kehilangan jig, beli saja jig murah dalam kuantiti yang banyak. Anggap sahaja jig-jig itu sebagai pelaburan yang mungkin rugi ataupun untung.salam.