Aksi terakhir bot teamlempayun sebelum benar-benar diputuskan untuknya berpindah tangan. Trip ini disertai oleh aku, Juan dan Shafie. Trip 'mungkin' perpisahan ini juga adalah satu penghormatan kepada khidmat cemerlang bot ini.
|
Apa lagi yang best selain dari baring ketika bot sedang bergerak (hayung ni bro sebenarnya.hehehe) |
Aksi Jigging dan bottom menjadi pilihan sesuai dengan khidmatnya sejak mula dibeli dahulu. Umpan Pusu pun amat banyak. Malangnya air pasang yang terlalu besar menyebabkan ikan tidak menetap di struktur bagang. Apapun, memang rasa berat hati untuk berpisah dengan bot ini.
|
Lunch di teduhan pokok Bakau. Air pun sedang naik pasang cantik. Turun saja joran..mana laa tau ada sambaran. Sembilang pun jadi laaaa. |
Kami memutuskan untuk menamatkan trip ini seawal jam 11.30 am. Penghuni dasar dan bagang roboh yang tidak memberi kerjasama menyebabkan kami mengambil keputusan tersebut. Bagus kita lepak di muara sungai Nai…makan-makan sambil membottom apa sahaja yang berminat.hehehe
|
Gelama yang mencelah ketika sedang menjamu selera |
Pancing dasar dimulakan dengan menggunakan umpan Bilis/Pusu yang masih segar dan bersaiz besar. Sementara menanti patukan ikan, seperti biasa bekal dari rumah segera dikeluarkan. Apa lagi acara yang dinanti-nanti selain dari acara makan bekal bro. Apa pun dibawa..memang lazat dan menyelerakan.
|
Aksi bottom Gelama diteruskan sekejap sebelum pulang. |
Hampir jam 1:00 pm, kami menamatkan trip sekaligus 'punch out' bot 21 kaki ini. Trip ini adalah perkhidmatan terakhirnya sebelum berpindah rumah. Bot yang banyak memberikan kenangan ini tetap tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Semoga maju jaya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan