Rabu, 1 Julai 2015

Nostalgia bot handmade

01/06/2015(RABU):Ketika sedang melihat album lama, tiba-tba aku terserempak dengan hasil kerja sendiri hampir 10 tahun lepas. Ketika itu, aku masih tega bergelumang dengan fiber mate dan resin. Hampir setiap hari dikerjakan hingga mencapai tahap obses. selagi belum siap, siang malam akan berlegar di dalam fikiran.
Acuan yang dihasilkan dengan menyalin bot kawan
Ketika itu kos untuk segulung fibermate seberat 30 kg hanya rm 330 sahaja dan setin 20kg resin pula berharga rm 150. Agak murah ketika itu memudahkan kelancaran projek ini.
bot ditambah panjangnya menjadi 19 kaki. Manual saja semua ni. Topang sana sini sebelum ditebalkan dengan lapisan kedua dan ketiga
ditinggikan beberapa inci dan tambahan bahagian belakang untuk engine seat

Paip PVC digunakan untuk menguatkan struktur badan. Ia kemudiannya akan dibungkus dengan fiber untuk menjadikannya lebih kuat, bersifat apungan dan penghalang dari hentakan keras
Tulang untuk mengukuhkan lantai juga terdiri dari paip PVC. Ianya lebih ringan dan akan menjadi sangat kukuh apabila dibungkus dengan fiberglass.
Ni bot yang pertama buatan tanganku bro.
Tidak cantik tapi tebal, kukuh dan tinggi kepalanya. Memang puas hati bro!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan