Ahad, 29 Mei 2011

Jom baca sirip!

Salam rakan-rakan. Memang agak lama aku tidak update kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.Terimakasih kerana masih mengikuti perkembangan blog ini.setelah agak lama bersabar, akhirnya kisah pencarian Tembaring dipaparkan dalam majalah sirip edisi mei 2011.

Pencarian esklusif ini sememangnya berbaloi dengan penceritaan yang penuh semangat.Untuk itu, Lempayun merakamkan ucapan ribuan terimakasih kepada individu-individu yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam pencarian ini.

Tanpa bantuan rakan-rakan caster, sudah pasti artikel ini tidak akan lahir di dalam majalah Sirip. Lempayun juga memohon ribuan maaf kepada rakan-rakan caster yang gambarnya tidak tersiar.Ini disebabkan oleh kualiti gambar dan keperluan gambar di kacamata seorang editor.Apapun, akan datang kita akan bersama lagi dalam siri trip mengilat dilokasi-lokasi hangat.

akhirkata, semoga semangat mengilat kita tidak akan pernah pudar dan luntur walaupun cabaran yang mendatang semakin hebat.Apakata, kita usahakan lagi lokasi-lokasi yang lebih grand!..kepada Caster707, jan jaree membawa ke lubuk-lubuk spesel mu!..hehehe..salam dari Lempayun.