Isnin, 8 Jun 2015

KILLAR ANGLERS DI Kuala Penyu Ep 1

Trip memancing berpangkalan di Kuala Penyu telah dirancang awal oleh team ini semata-mata untuk merasai penangan takat-takatnya. Kebiasaannya mereka ini berpangkalan di Kota Kinabalu. Namun, tidak salah untuk sekali sekala menukar selera. Mana tahu selepas ini mereka akan beraksi di Kudat pula? Jarak perjalanan yang jauh dari KK sedikitpun tidak menjadi halangan jika hobi memancing sudah terpasak kukuh dalam benak masing-masing. Tidak dinafikan bahawa Olan’s Brothers sedia untuk beraksi di mana-mana pelusuk Sabah ini.
Tenang dan tidak sibuk adalah pandangan biasa Pekan Kuala Penyu.  Bot penambang masih lagi beroperasi walaupun tidak serancak dulu semenjak jambatan yang merentangi sungai ini siap dibina.
Untuk makluman, hanya dua buah kapal sahaja yang beroperasi di Kuala Penyu khas untuk membawa pemancing. Salah satunya adalah kapal Jass n Joy yang bakal menjadi rumah kepada team ini selama 3 hari 2 malam. Sebuah lagi adalah kapal yang dikemudi oleh Sting yang dikabarkan mempunyai takat-takat terbaik. Kapal Jass n Joy sebenarnya beroperasi membawa pelancong memancing di Pulau tiga atau berhampiran juga digunakan oleh pemiliknya untuk membawa pemancing hardcore ke laut lepas.
Kapal pancing Jass n Joy. Terbuka tanpa kabin juga adalah amat bagus untuk keselesaan respirasi. Berkurung di dalam kabin boleh menyebabkan keracunan karbon monoksida setiap kali enjin beroperasi. Agaknya kalau hujan mencurah lebat ketika ribut macam mana ya?Mampukah bidai kanvas menghalang kesejukan ketika itu?
Takat-takat yang popular dan pernah menjadi tumpuan kapal-kapal pancing dari Kota Kinabalu sebenarnya amat dekat jika diakses dari Kuala Penyu. Contohnya takat Karang-Karangan yang perlukan masa perjalanan selama 7 hingga 8 jam dengan kelajuan purata kapal 9 knot hanya perlukan selama 3 hingga 4 jam sahaja dengan kelajuan yang sama. Oleh itu, penjimatan jarak dan masa adalah satu advantage jika pemancing turun dari Kuala Penyu.
Tauke Ah Hock berbaju biru sedang berbual dengan beliauku
Namun, kapal-kapal pancing ini biasanya menjadikan takat-takat di Sebarau dan Semarang menjadi lokasi pancing. Jarak dan masa perjalanan pun lebih kurang juga iaitu 3 hingga 4 jam itupun jika kapal pancing memilih laut luar Semarang yang lebih banyak menawarkan takat-takat terbaik. Spesis yang menghuni takat juga pelbagai.
Pemancing hanya menggunakan umpan hirisan isi ikan dan handline sebagai alat pancing.
06/06/2015(Sabtu): Seawal 7:35 am, aku tiba di jeti Kuala Penyu apabila kapal Jass n Joy sedang sedia menunggu kehadiran team ini. Masa bertolak kapal pancing di Kuala Penyu memang lebih awal berbanding kapal-kapal di Kota Kinabalu yang kebiasaannya pukul 9 lebih, baru mengisi minyak dan air tawar. Sebaiknya para pemancing datang seawal yang boleh untuk mendapatkan lebih masa memancing.
Bukan senang broo..Penggunaan treble hook lebih sesuai untuk teknik sentapan.  Kepekaan terhadap getuan ikan dan kepantasan bertindak adalah aset yang perlu dimiliki jika hendak berjaya dalam teknik ini.
Kehadiran team ini agak lewat memandangkan mereka perlu singgah di SAFMA KK untuk mendapatkan umpan basung atau yang seumpamanya. Satu-satunya masalah di Kuala Penyu adalah aspek penyediaan umpan segar untuk memancing. Tidak banyak kapal jurut yang beroperasi di Kuala Penyu ini sepertimana berpuluh buah kapal di Kota Kinabalu.
Awak-awak Jass n Joy juga sempat beraksi sementara menunggu pelanggan tiba
Oleh itu, para pemancing perlu membawa umpan sendiri dari luar. Pasar ikan Kuala Penyu hanya akan dibuka waktu tengahari dan petang, itu pun bergantung kepada kapal-kapal jurut yang pulang membawa hasil. Kadang-kadang hasil tidak sempat dipasarkan apabila para peraih dari luar datang menyambut tangkapan mereka.
Pemancing ini menggelarnya Ikan Belais batu. Spesis cantik yang rasanya lebih sesuai untuk akuarium  dan lebih lazat jika dijadikan juadah.hehehehe
Cuaca pagi agak cerah dan panas di Kuala Penyu. Aku segera memunggah peralatan pancing dan tong ais ke dalam kapal ini. Saiz kapal yang lebih kurang sama dengan kapal-kapal pancing di Kota Kinabalu menawarkan ruang yang agak luas untuk 12 orang pemancing. Cuma aku merasa tidak sedap hati apabila melihat keadaan kapal yang agak usang ini..hehehe..kabin pun tiada. Hanya bangku panjang sebagai ruang rehat para pemancing. Kalau hujan? Ada kanvas yang digantung sebagai bidai disediakan.
Saiz ikan Kitang pun boleh tahan
Selepas itu tidak banyak yang mampu aku lakukan selain menunggu. Nasib baik lah ada pemancing tepi yang sedang beraksi di jeti ini, boleh la aku join sekali menonton persembahannya sementara menunggu kehadiran rakan komplot yang lain. Air sungai mulai pasang ketika itu dan menurut pemancing, ketika itulah ikan-ikan agak galak mematuk umpan.
Hasil menyentap tidak sampai setengah jam. Senang-senang boleh dapat 3 kg hingga 5 kg bro! Segar dan menyelerakan bagi pemggemarnya.
Penggunaan handline  dan treble hook lebih efisyen untuk menjerat spesis penguni tiang jeti yang aktif ketika air bergerak pasang seperti ikan Belais dan ikan Kitang. Umpan isi ikan digunakan untuk menarik perhatian ikan-ikan ini berkerumun dan sentapan pantas(kejam?..hehe) dilakukan untuk mendapatkan foul hooked. Mana-mana ikan yang lalai dengan isi ikan, pasti akan tercangkuk di mana-mana bahagian badannya.
Tekong Jass n Joy pun tidak tahan apabila pemancing dari tadi asyik menyentap dan  berjaya mendaratkan ikan.
Haba panas menyebabkan peluh mengucur membasahi T shirt namun tidak menjadi halangan untukku menyaksikan aksi para pemancing tepi ini. Panas agak memijarkan apabila angin juga tidak berkerjasama untuk menyejukkan badan. Semua elemen itu tidak menggangu apabila asyik menyaksikan gelagat mereka apabila seekor demi seekor Kitang dan Belais berjaya didaratkan..hehehe..aku pun tumpang seronok bro..
Dino dari Killar Anglers juga sempat meluang masa untuk sama-sama memeriahkan suasana apabila menurunkan treble hook menggunakan joran. Tapi bro paham-paham laa kan kalau dah nama team pun Killar..hehehe..
Kira-kira jam 8:30 am, sebuah demi sebuah kereta team Killar Anglers memasuki kawasan parkir jeti bot pelancong. Menyedari kehadiran agak lewat, mereka bergegas memunggah peralatan memancing dan tong ais ke dalam kapal. Selepas itu, kereta diparkir di bangunan kastam dan Kesihatan untuk keselamatan. So, apa tunggu lagi bro…kapal bertolak setelah kesemua ahli team Killar Anglers berada di dalam kapal dan bersedia untuk meneroka khazanah laut Kuala Penyu dan Labuan..Good luck broo..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan