Selasa, 19 April 2016

Jigging solo dan GT

16/04/16(sabtu): Aku bergerak secara solo menuju ke muara sungai Bengawan. Aku bermula dari jeti kira-kira jam 7:20 am kerana urusan yang tidak dapat dielakkan. Oleh kerana aku hanya berfokus 95% kepada acara jigging dan 5% bottom untuk cari lauk makan, aku tidak kisah sangat bertolak lewat. Tidak perlu sangat berkejar awal untuk umpan bilis yang memang tiada.
Kerapu bunga yang menghuni tiang bagang akhirnya terpedaya dengan unjunan jig perlahan
Pergerakan bot agak sedarhana kerana dipacu oleh enjin Tohatsu 8hp. Aku hanya mensasarkan sisa-sisa bagang yang separuh tenggelam ketika air sedang bergerak pasang ini. Seperti biasa, spesis sasaran adalah Giant Travelly, Kerapu atau apa sahaja spesis yang sudi menyambar jig di bagang-bagang roboh ini. Yang penting strike bro!
GT bersaiz boleh tahan amat menggerami jig berkilat ketika matahari semakin meninggi. 
Aksi solo sememangnya kurang digalakkan kerana bahaya boleh datang dalam pelbagai cara. Untuk mengelakkan tusukan batang nibung tenggelam ke badan bot, aku terpaksa menghampiri sisa tiang bagang roboh secara mengundur dengan perlahan. Sambil itu, mata melilau meneliti keadaan di bawah permukaan air. Mana la tau ada batang nibung atau batang bakau yang masih keras mampu menusuk badan bot. Nahas ni bro!
Fillet ikan Manyong ketika berhenti di muara sungai. Isinya yang tebal dan pejal amat sedap digoreng dengan tepung. Hotel-hotel dan restoran besar selalu menyajikan fillet ikan ini..orang saja tidak tahu.hehehe
Mujurlah keadaan laut yang tenang memberi ruang kepada retina ini untuk memastikan keselamatan di bawah permukaan air. Setelah bot ditambat, jig segera diturunkan ke dalam jerumun nibung-nibung tenggelam. Jig diturunkan sehingga menyentuh dasar dan segera dikarau dalam pelbagai variasi pergerakkan. Berhenti mengarau jig jika ia tersangkut dan hanya perlu longgarkan tali untuk menjatuhkan jig semula. Jika dipaksa juga, matakail akan semakin menancap ke dalam tiang nibung. Akibatnya..bye bye laa jig!
Sisa ikan menjadi habuan makhluk akuatik yang lain
Keadaan laut agak tenang dan jernih menyebabkan GT amat berhati-hati terhadap sebarang objek asing. Namun, kalau sudah rezeki, aku  berjaya strike seekor GT di lokasi tiang bagang tunggal. Jig yang turun ke dasar diterkam ganas setelah beberapa kaki di unjun. Keras lawan keras menjadi pilihan untuk menewaskan GT ini. Aku juga segera melepaskan tali yang menambat bot dan segera menghela GT keluar dari jerumun dengan kekuatan Tohatsu 8hp. Selepas itu, perlawanan berlaku secara bebas, seronok dan mengujakan. Larian-larian kencang GT akhirnya berjaya ditangani.Hehehehe..fresh from farm bro!

Isnin, 18 April 2016

Berakhirnya riwayat Storm Microjigging

Joran berkekuatan Pe 0.8-Pe 1 ini tidak mampu menanggung beban GT seberat hampir 7 kg yang dibantu oleh pergerakan arus di bawah air dan tiupan angin di atas permukaan air. Sepatutnya, ikan perlu ditarik dengan menggunakan drag kekili dengan joran diluruskan menghala ikan dan bukannya Joran semata-mata. Kejadian malang ini boleh dielakkan jika perkara ini diambil kira. Apapun, nobody is perfect bro!..hehehe..
Rod patah, hatipun patah..hehehe..tawa dalam tangisan
Lesen untuk beli rod baru ni bro..hehehe
video
Enjoy the video bro.hehehe

Jumaat, 15 April 2016

Lesen GT kuala Abai 2016 edisi khidmat terakhir STORM Microjig

14/04/2016(khamis): Trip sulung team Jambi di Kuala Abai, Kota Belud akhirnya berlangsung setelah berminggu-minggu awal dirancang. Trip jigging sepenuhnya ini dianggotai oleh Lempayun, Adam, Shafie, Zulkhairi, Irwan, Hamzah dan dipandu oleh tekong tersohor iaitu Tekong Dee serta Sifu Ong. 
Bergerak ke lokasi ketika matahari sudah mulai meninggi.hehehehe
Kehadiran kami di Jeti Deelagu agak lewat disebabkan oleh masalah teknikal. Rancangan untuk meneroka Pelantar minyak terpaksa ditunda disebabkan masa yang agak singkat dan persiapan ala kadar oleh team Jambi. Tak apa bro, ada banyak lagi masa di masa hadapan. Boleh atur lagi tu.
Pendatang baru di arena laut Kuala Abai
Tanpa membuang masa, kami segera memunggah peralatan light jigging, tackle box dan tong ais ke dalam bot. Kira-kira jam 8:35 am, bot memecut laju menuju muara sungai. Keadaan laut yang teduh dan cuaca nyaman amat menyenangkan hati para newbies. Memang puas laa berjigging kali ni bro.
Laut teduh dan kelihatan banyak bot sedang mengerumuni takat batu. Apa laa agaknya yang sedang menarik kehadiran mereka
Kami hanya menyerahkan pilihan spot jigging kepada tekong Dee dan Sifu Ong yeng lebih berpengalaman memburu ikan-ikan pelagik di sekitar laut Kota Belud ini. Oleh itu, sebaik sahaja bot keluar dari muara sungai, bot mulai bergerak perlahan dan menuju ke takat batu. Dekatnya bro!memang ada surprise ni.
Sifu Ong dengan Tenggiri lebih 8 kg
Rupa-rupanya, musim Tenggiri sudah mulai tiba dan kelihatan puluhan bot kecil berkerumun di sekitar takat untuk memburu Tenggiri. Teknik menunda ikan hidup dan menghanyut menjadi pilihan kebanyakan mereka. Tanpa membuang masa, kami mencuba kaedah jigging untuk memperdaya gerombolan Tenggiri yang sedang berkerumun di sekitar takat. Mana la tau naluri pemangsa Tenggiri akan diusik oleh jig-jig ini.
Kerapu yang mengejar jig hingga ke pertengahan air
Walaupun spot ini amat cetek, kelihatan ratusan anak-anak ikan bermain di bawah permukaan air menjadi sasaran pemangsa bergigi tajam ini. Kami mulai jigging berhanyut secara mendatar dengan harapan umpan besi  akan menarik perhatian Tenggiri berbanding umpan hidup yang berselerak di sekeliling kami.

Tambak juga turut memberi kerjasama dalam trip ini
Kami tidak menunggu lama apabila joran sifu Ong menerima strike padu. Perghhh..larian ikan yang agak sekata dan tidak meliar menandakan ianya adalah pemangsa bersaiz bagak. Setelah beberapa kali memecut liar, ia mulai berenang disekelilig bot. Para jigger memberi laluan kepada sifu Ong untuk melayan tenaga pemangsa tersebut dan akhirnya ia berjaya didaratkan oleh jigger berpengalaman bertaraf sifu ini..tahniah Ong!

Acara makan menjadi selingan apabila ikan di dasar mulai sunyi sepi. Kapten team Jambi  paling menyerlah dalam sessi ini.
Kami meneruskan acara jigging di lokasi yang sama. Bot berhanyut berhampiran batu dengan paras kedalaman dasar yang sering berubah. Aku merasakan jig 40 gram yang ku lontar secara mendatar bergetar berkemungkinan tersangkut anak ikan secara tidak sengaja. Aku segera mengheretnya dan ketika jig bersama anak ikan menghampiri pertengahan perjalanan kembali ke bot, tiba-tiba jig ditekan sesuatu dan dipecutkan sesuatu..fish on bro! Aku segera mengenakan sedikit tekanan agar matakail sentiasa melekat kukuh. 
Rod sehalus ini amat menyeronokkan urat saraf apabila ditekan oleh Tongkol
Rod Storm Micro Jigger sekali lagi berjasa dan melakukan tugasnya dengan baik. Henjutan demi henjutan yang dilakukan oleh Tenggiri menyebabkan aku sedikit cuak dan ianya menjadi kenyataan apabila pecutan nekadnya berjaya melucutkan matakail dari mulutnya..alahai..kecewanya bro! Kejadian ini merangsang semangat rakan-rakan lain untuk lebih gigih berjigging. Sekali lagi strike padu berlaku dan kali ini Shafie agak kelam kabut diperlakukannya. Seperti juga tadi, aksi Tenggiri mengeleng-geleng kepala berjaya melemparkan matakail dari mulutnya.

Irwan Raja Tongkol adalah jigger yang paling kerap strike sehingga disyaki mengamalkan ilmu Jambi
Kami mulai bergerak ke lokasi lain ketika jam menghampiri ke tengah hari. Namun tiada sebarang sambaran berlaku di takat ini. Kami berpindah lagi ke lokasi kapal karam. Ketika itu, angin mulai bertiup dan jigging secara berhanyut agak terganggu apabila tiupan angin mengheret bot dengan agak laju di permukaan air. Akibatnya, jig sebrat 60 gram pun melayang jauh dari permukaan dasar laut.
GT samseng seberat 7.2 kg yang telah menamatkan riwayat rod kesayanganku. Kejayaan mendaratkannya diiringi dengan linangan airmata..hehehehe
Aku menggunakan teknik jigging di bahagian atas tiupan angin. Jig seberat 40 gram dilontar sejauhnya dan membiarkannya jatuh ke dasar. Ketika bot dan tali utama saling menghampiri, aku segera menghenjut jig dari dasar. Hanya setelah unjunan ke 5, jig ditekan lagi dengan amat padu. Drag yang agak kuat menyebabkan rod Storm Microjigger tersengguk-sengguk menahan asakan. Aku kembali ke belakang tiupan angin dan mulai menikmati perlawanan yang lebih terbuka dengan ikan yang disyaki GT.
Rod yang pernah menjadi naib juara Bengawan Battle of Jigging, Juara tangkapan terbanyak, strike terbanyak dan juara kumpulan ini akhirnya ditamatkan perkhidmatannya dengan cara yang paling diingati seumur hidup ini. Selamat tinggal wahai Storm Microjig!Memang aku akui bersalah kerana terlalu memaksa kudratnya. Alangkah baiknya jika aku menggunakan kaedah menghela pemangsa seperti yang ditunjukkan oleh para jigger dalam Japanese Secret Angler iaitu meluruskan joran ke arah ikan dan menariknya dengan menggunakan kekuatan drag kekili semata-mata!seronok punya pasal bro.hehehe
Daya juang ikan yang tidak pernah berkurang ini benar-benar mendera rod Storm microjig pe 0.8-pe1  dan Shimano Nasci 3000.  Tekanan demi tekanan yang telah diserap menyebabkan joran membongkok dalam keadaan yang amat mengerikan. Akhirnya, apa yang dirisaukan terjadi juga. Rod meletup patah berhampiran pangkalnya, namun perlawanan masih tetap berjalan. Aku terpaksa menghela pemangsa hanya dengan menggunakan drag kekili. Mujurlah pemangsa tersebut juga mulai menunjukkan tanda-tanda menyerah kalah.
Para pencari Tenggiri yang banyak bekerumun di sekitar takat
Perlahan-lahan aku menghelanya menghampiri bot. Akhirnya, samseng yang belum bertaraf taiko ini berjaya digancu ke dalam perut bot. Kejadian romantis ini telah mengakhiri khidmat joran Storm yang telah banyak berjasa ini. Beruntungnya, kejadian ini berjaya dirakamkan di dalam video dan yang penting adalah, ianya menjadi bukti yang boleh membicarakan kejadian sebenarnya.hehehehe
silhoutte menarik untuk Hamzah ketika dalam perjalanan pulang
Kami bergerak jauh ke tengah laut lagi setelah ikan di dasar mulai tidak aktif. Namun, keadaan berangin ini agak menyukarkan acara jigging berhanyut. Tekong Dee mengambil keputusan untuk bergerak ke takat-takat tepi. Kami mulai kembali jigging berhanyut berhampiran takat batu. Hanya beberapa miss call berlaku. Kira-kira jam 4:15 pm, kami ke takat masjid untuk mencari kelibat Tenggiri. Ketika kami tiba, banyak bot pemancing Tenggiri sedang bersauh dan menunda di kawasan takat. Kelihatan beberapa orang daripada mereka telah berjaya mendaratkan Tenggiri.
Joe Kapten Jambi dan Hamzah
Hampir sejam lebih jigging dengan hanya berjaya mendaratkan beberapa ekor Sunuh KB dan Tongkol, kami mengambil keputusan untuk mengakhiri trip ini, Matahari mulai rendah di ufuk barat apabila kami mulai berkemas menuju ke Jeti Deelagu. Sememangnya jigger team jambi ini amat tegar, tahan lasak, ceria dan rajin menurunkan jig. Akan datang team Jambi akan kembali bersama semangat dan selera yang amat besar!..Lempayun