Khamis, 11 Jun 2015

Menduga laut teduh

10/06/2015(RABU): Apa yang digelar oleh para nelayan kampung sebagai musim teduh tahun kini sudah pun bermula. Ketika ini laut amat teduh  dan hanya ‘bungalapang’ biasa menjelang tengahari akibat tiupan angin dari laut. Ketika ini, adalah saat-saat terbaik untuk para pemancing yang phobia dengan mabuk laut untuk beraksi.
Baby GT yang menyambar jig ketika arus bergerak agak laju. Kecil-kecil cili api, tenaganya pergghhhh..mantap!
Aku dan adik beraksi hari ini semata-mata untuk menduga tabiat ikan ketika laut teduh. Light jigging menjadi pilihan dan bagang-bagag roboh adalah medan tempur. Kira-kira jam 6:05 am, bot baru teamlempayun melepasi muara dengan mudah. Air sungai dan laut bertaut mesra bak kata nelayan tua, kopi pun tidak tumpah!
Jig esca 18 gram yang tersangkut berjaya dilepaskan dan tidak disangka ia hanya tersangkut di perambut jig flasher milikku yang telah lama bersemadi di bagang roboh ini. Kalau tidak silap, tahun lepas ni bro..hehehe..gembira sungguh!
Bagang roboh di laut Mandahan mejadi medan pertama  apabila kami menggunakan jig hanya seberat 18 gm hingga 25 gm. Kaedah Lempayun home made slow pitch menjadi pilihan. Arus ketika itu agak laju dan jig sedikit tersasar dari jerumun. Untuk mengatasi masalah itu, jig dilepaskan di atas arus dan membiarkannya menyusup masuk ke dalam struktur nibung-nibung di dasar.


Laut tenang macam cermin memudahkan bot menyusup masuk ke dalam struktur. Kerapu adalah 'fix deposit' di bagang-bagang roboh. Ini pun setelah 2 biji jig menjadi korban..hehehe..kejayaan yang pahit!
Tidak menunggu lama apabila jig milikku ditekan hanya beberapa kaki dari dasar. Penggunaan joran Maguro Sharp Shooter pe 03-pe 05 yang amat lembut benar-benar menyeksakan. Mujurlah mangsa bukan bersaiz bagak yang mampu menghilangkan braided sekelip mata. Memang best layan bro! 
Cari lauk makan sebelum pulang. Saiz pisang-pisang begini amat digemari oleh beliau bini untuk dimasak 'Pais'
Kami hanya memperuntukkan 15 hingga 20 minit untuk setiap lokasi. Sehingga jam 10:00 am, bagang-bagang roboh di Kimanis, Mandahan dan Bengawan selesai diterokai. Kami berkira-kira menamatkan trip ini di bagang-bagang roboh di sebalah Membakut pula.
terserampak sotong, alat ini segera diturunkan..tapi sotong tetap jual mahal. Rasa mau terkam pula apabila melihat sotong berenang bebas berdekatan dengan bot.
Jigging ketika laut teduh memang amat selesa apabila bot bergerak bebas dikayuh masuk ke dalam struktur nibung-nibung yang menjulur keluar. Ketika ini memang tiada kerisauan terhadap sebarang tunggul nibung di bawah permukaan air. Ketiadaan alun mengelakkan bot dihempas ke atas tunggul nibung yang mampu menembusi bot.
Acara makan tengahari di bawah teduhan rimbunan pokok bakau. Acara wajib ni bro!
Jika itu berlaku, life jacket perlu dipakai segera. Adalah kewajiban untuk membawa bersama jaket keselamatan walaupun anda bekas perenang olimpik!Safety first bro!
Cukup untuk juadah sekeluarga. Segar dari 'pasar' Teluk Bengawan..hehehe

Kami menamatkan trip ini dengan acara membottom untuk mencari lauk makan tengahari..hehehe..hasilnya bolehlah tahan bro..ikan-ikan gred A pulak tu…ini mesti mau ‘apil’ ni esok dengan ‘fully bottom’.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan