23/06/15(Selasa): Puasa ke 6 Ramadan, tergerak
hati mau mencuba selera penghuni muara sungai Bengawan. Agaknya, penghuni
sungai pun turut berpuasa juga. Mana la tau bro..beribadah.hehehe. Pukul 2:50
pm, aku dan adik bergerak ke jeti di kampung Seri Serbang. Cuaca agak terik ketika itu dan benar-benar menguji ketahanan fizikal dan mental. Sebelum turun beraksi, aku sempat menjenguk carta pasang surut hari
ini. Alahai…pasang besar pada 1.6 m dan mulai turun kepada 1.5 m pada pukul 3
lebih dan jatuh lagi kepada 1.3 m. confirm air turun laju ni bro.
Kami hanya menggunakan khidmat bot selipar 15
kaki dan mula menghulu sungai. Seperti dijangka, air memang turun agak laju.
Selain itu, suhu air juga agak sejuk dan tawar. Hujan lebat yang turun kelmarin
menyebabkan kapasiti air tawar dari takungan paya berhampiran bertambah. Akibatnya, warna air
agak kemerah-merahan dan kehitaman. Niat untuk menduga selera penghuni sungai
tetap diteruskan memandangkan enjin dan peralatan sudah pun sedia beraksi. Kami
mula casting berhanyut di hulu sungai. Seperti yang telah dijangka, udang Zerek
tidak berjaya menembusi permukaan air. Mudah saja hanyut seperti daun kering,
Aksi strike pertama Rod baru yang telah diubah suai memang tidak meghampakan |
Strategi segera ditukar kepada kaedah trolling
ke muara sungai. Bermula dari garaj bot, aku mempertaruhkan gewang Rapala Shad
Rap sepanjang 7 cm manakala adik pula mempertaruhkan gewang old school iaitu
Tutut!(Bakau)110cm. Tengok gewang mana lebih mantap! Kami mula menghilir dengan
kelajuan amat perlahan. Bot bergerak amat perlahan memandangkan air pun tengah
surut ketika itu. Kedua-dua gewang dilepaskan dengan jarak 30 kaki dan 35 kaki
di belakang bot. Sambil joran berada di tangan kanan, aku sentiasa mengekalkan kedudukan bot agar sentiasa berada dalam jarak 8 hingga 10 kaki dari tebing sungai.
Kira ka ni Selungkang Bro? strike memang strike..tapi tiada sisik..hehehe..belang tu tidak kira yaa.. |
Bot meneruskan perjalanan menuju muara sungai setelah
mendapat hanya sekali ‘missed call’ di Pasir Lebar. Aku mengemudikan bot terus ke mulut
sungai dan kembali menghulu dengan perlahan. Belum pun menghabiskan 50 meter
perjalanan, aku mendapat strike..perghh..strike yang sudah lama
diidamkan.hehehe..anak Ungah saja pun..jadi laaa..lesen..Masih di kawasan yang
sama, Gewang Tutut juga mendapat strike..alamak boleh seri 1:1 ni..tapi boleh kira ka
striker hanya seekor Selungkang?hehehe..
Jam menghampiri angka 4:30 pm apabila kami bercadang untuk
trolling di sepanjang Pasir Lebar hingga Desa Hatchery. Air masih turun agak
laju dan pendikit minyak dipulas sedikit untuk mengerakkan bot. Ketika
menghampiri ‘Bahtera Cikgu Awang”, gewang Tutut ditekan padu dan braided
berdecit-decit keluar dari gelendung Baitcaster adik. Setelah berhempas pulas mengawal lariannya, penyerang berjaya dihela menghampiri bot secara perlahan-lahan.
Akhirnya, seekor Ungah bersaiz besar menobatkan Tutut sebagai Juara dalam edisi
ini.
Sempat strike seekor lagi Ungah ketika dalam perjalanan pulang ke garaj. Saiz kecil gewang ini hanya mampu membuka selera Ungah Juvenile..esok lusa pasti aku turunkan Shad Rap saiz besar pula. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan