Isnin, 28 Februari 2011

rehearsal laut dalam

27.02.2011 ahad: satu trip casting ke Menumbok-Bintuka telah diadakan. Antara pesertanya adalah Tamparan yang berganding dengan Pendeta, Badul dengan Raimi dan aku dengan Ampulur. Ampulur adalah gandingan mantap ku semasa beraksi di laut dalam sejak beberapa trip yang lalu.
Aksi tekong berbakat.Ketebalan buntutnya yang duduk di atas dinding bot selebar 1 inci selama berjam-jam membuktikan kehebatannya..mungkin buntut bersalut besi agaknya..hehehe

Seawal pagi lagi, Badul dan Raimi datang ke rumah dan kami bertiga menuju terus ke Bintuka setelah mengisi penuh tong minyak masing-masing.Kira-kira pukul 6:30 am, kami tiba ke jeti haji Kumit dan kelihatan Ampulur sedang menanti dengan keresahan...seperti Kerapu kehilangan lendir..hehehehe
konvoi diketuai oleh Tamparan yang lebih mengenali selok-belok sungai. Dialah GPS kami..jika sesat, beliau yang akan dipertanggungjawabkan..hehehe

dalam perjalanan ke Menumbok, kami singgah di sungai bypass untuk sessi menghangatkan badan. di sini, Pendeta membuka tirai dengan spesis Kerapu lumpur. Selepas itu,beberapa ekor Kerapu berjaya didaratkan.setelah hampir semua bangkar digeledah, kami terus ke sungai Menumbok. Sessi mengilat di batu menyaksikan satu tarikan mantap terhadap joranku..perrghh..dahsyat!!..drag diset separuh ketat memandangkan treble hook yang digunakan adalah original. Henjutannya amat mengerikan dengan beberapa kali junaman padu.Akhirnya, penyerang yang disyaki Kanai berjaya meletupkan braided stren 20 lb dengan menggeselkannya di batu tongkol berteritip di dasar sungai.alahai...kecewanya!!
Kerapu yang menyebabkan urat leher Ampulur terjojol keluar..hehehe..ingin aku melihat set ringannya dibelasah oleh Kanai..baru padan muka!

menjelang petang, kami kembali ke Bintuka dan sessi mengilat di sepanjang sungai menyaksikan hanya Kerapu sahaja yang berjaya didaratkan.Kira-kira pukul 5:45 pm, kami kembali ke pangkalan dan meluangkan masa sekejap untuk bercerita tentang pengalaman masing-masing.Akan datang, hotspot tetap akan dikunjungi lagi..Kepada Ampulur, gandingan kita semakin mantap..hehehe..diharap berterusan hingga ke kapal Seastar.
Sambaran yang agak mengejutkan berdekatan bot.Disangka Kerapu, Rupanya Ungah..

Ahad, 20 Februari 2011

Best ooo..strike!!!

Ahad 20, 2011: Kebosanan hujung minggu yang melanda membawa kepada aksi ringan di muara Bongawan. Air agak keruh dan surut ketika aku tiba dengan Shafie.Kegianan yang melandanya memujuk ku untuk beraksi..janji boleh tengok gewang berenang.
Perhatikan air yang keruh..sekeruh orang dalam gambar yang tiada strike..hehehe

Kami segera menuju ke muara dan memulakan aksi casting ke tebing-tebing drop off. Air keruh sedikit dan agak sejuk.Tiada sasaran diletakkan dalam trip ini. Namun sudah menjadi rezeki, sambaran berlaku kira-kira pukul 9.05 am. Kelihatan tali dilarikan ke arah bangkar, Aku mengangkat joran setinggi yang boleh untuk mencuri ruang di antara ikan dengan joran. Tidak lama, aku berjaya mengekang lariannya dan ia mudah diangkat ke dalam bot.Syukurlah, akhirnya aku bertemu juga dengan Ungah Bongawan setelah sekian lama.
Saiz belia yang menghentam Gewang Storm Thundercrank oren.Warna ini agak menyerlah di dalam air keruh.

Setelah selesai sessi bergambar, aku tidak berlengah untuk menghantar gewang ke lokasi yang sama. Tidak semena-mena, sekali lagi gewang Storm Thundercrank di sambar ganas. Kali ini, sambaran berlaku di tepi bot. Kelam kabut aku menyelamkan joran untuk mengikuti arah lariannya. seperti juga tadi, lariannya juga berakhir di dalam bot. Tidak sangka strike berlaku berturut-turut. Namun, aksi seterusnya menyaksikan tidak berlaku sebarang sambaran.

Hari bertambah panas, dan kami bertolak pulang ketika jam menunjukkan angka 11..alahai..patutpun panas.tak sedar hari dah menghampiri tengah hari.hehehe..tak lama lagi kemarau, set perlu siap siaga..salam ikhlas.