Jumaat, 5 Jun 2015

Projek pasang Rod stand

05/06/2015(Jumaat): Kehadiran bot baru ini disedari tidak mempunyai rod stand. Alahai, susah betul hendak letak joran drifting untuk Menghanyut Tenggiri. Oleh itu, sendiri bikin laa bro..hehehe….Bukannya susah setelah berpengalaman menyiapkan 4 buat bot fiber glass sebelum ini. Cuma, bau resin dan miang fiber glass tu agak merimaskan. 
Paip PVC digunakan sebagai rod stand. Dapatkan ukuran yang sesuai dulu bro sebelum dijadikan rod stand
03/06/2015(Rabu): Selepas pulang dari laut bersama adik untuk menguji prestasi bot baru, petangnya aku ke Membakut Yun Siang Hardware untuk membeli bahan-bahan menyediakan Rod stand. Resin, hardener dan fiber mat dibeli sikit sahaja. Bukannya besar pun zon lekat stand tersebut. Beli itu ini..perghh..hampir RM 85 juga terbang dari saku.hehehe
Penggunaan kertas pasir untuk mengkasarkan permukaan lekatan resin dan fiber mat agak lambat. Oleh itu, mata gergaji steel ini digunakan untuk kerja yang lebih cepat
Petang itu juga aku dan adik bergegas ke jeti untuk memulakan kerja-kerja awal. Terlebih dahulu, zon untuk melekat fiber mate perlu diukur dan permukaannya perlu dikasarkan agar resin mudah melekatkan fiber mate  ke badan bot. Kerja sikit lah nampaknya..
Kerja keras mengkasarkan permukaan agar resin dapat melekatkan fiber mat dengan sempurna. Jika ini tidak dilakukan, cat resin yang licin akan menyebabkan fiber tidak melekat kukuh. Kira macam kerja tukang paitung simen lah ni bro.
05/06/2015(Jumaat): Awal pagi ketika sedang menonton program tv kegemaran 'Swamp People', dan berkira-kira akan bergerak ke jeti untuk menyelesaikan projek Rod Stand, tiba-tiba rumah bergoyang agak kuat. Apa hal ini?riuh seketika..rupanya Sabah mengalami kejadian gempa bumi berskala 5.9-6.1 skala Richter. Menurut laporan awal, pusat gempa adalah Ranau..Wassap dihujani oleh mesej-mesej berkenaan gempa bumi ini.
Kerja ini dilakukan di waktu petang kerana lebih teduh dan santai
Kejadian tidak sampai seminit itu agak menggerunkan apabila rumah digoyang begitu sahaja. Bagaimana laa agaknya gempa yang melanda Nepal tempoh hari ya..pasti ngeri..amaran Tsunami?belum ada lagi bro. Kira-kira jam 7:45 am, projek rod stand tetap diteruskan.
Perlu bantuan juga bro sambil tu boleh lah berbual-bual untuk mengelakkan rasa bosan
Aku memilih waktu pagi kerana sinar matahari yang terik akan membantu resin cepat mengering. Lagipun risiko hujan memang tiada. Hujan boleh merosakkan fiber yang belum sempat kering. Suhu yang agak panas memang sesuai untuk projek ini..tapi..kena tahan panas laa bro.hehehe
Berusaha!
Cuaca mendung dan berangin juga tidak sesuai untuk projek membabitkan resin dan fiber mat ini. Elemen-elemen ini boleh menganggu kelancaran kerja. Di bawah terik matahari, kerja perlu pantas untuk mengelakkan resin cepat membeku jika campuran hardener terlalu banyak.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk projek Rod Stand. Resin, Fiber mat, hardener dan berus cat 
Berikut adalah langkah-langkah yang disertakan dengan gambar-gambar untuk menunjukkan proses ini berlaku secara ringkas.
Fiber mat berat sekilo. Banyak sangat ni bro..tapi boleh simpan mana laa tau boleh buat side income nanti apabila rakan-rakan perlukan khidmat menampal kebocoran bot atau seumpamanya.
Campuran hardener yang terlalu banyak akan menyebabkan resin cepat mengeras di bawah suhu panas. Rugi ni bro. Oleh itu, resin banyak begini hanya perlukan tidak sampai suku tutup botol hardener. Kerja perlu pantas ni bro.
Fiber mat lebih afdal jika dikoyak menggunakan tangan sahaja. Penggunaan gunting akan menyebabkan potongan lurus dan kurang menggigit. Koyakan akan membantu tepi fiber berselirat dan lebih mudah digam seolah-olah dijahit ke badan bot.
Di lekat cepat keras terlebih dahulu untuk memegang PVC.  Selepas itu, PVC boleh lah dibungkus dengan menggunakan Fiber mat.
Siap dah Rod Stand sebelah kanan. Memang tidak kemas pada mulanya. Apabila kering sepenuhnya, ia akan ditrim agar nampak lebih kemas dan cantik.
Rod stand sebelah kanan kemas melekat ke dinding bot
Berus perlu direndam di dalam air jika bercadang untuk menggunakannya semula. Sebelum direndam, perah sisa-sisa resin yang melekat di berus.

Selepas ditrim nampak kemas dan cantik. Hanya perlu dicat putih saja.
Hasil kerja Rod stand sebelah kiri juga amat memuaskan hati. Tidak sabar rasanya mau letak joran ni.hehehe
Kalau dihantar ke kilang untuk buat dua Rod Stand ni memang mahal. Rasanya boleh capai Rm 100 juga ni. Beruntungnya, pengalaman bergelumang dengan resin dan fiber mat beberapa tahun lepas dapat digunakan untuk kerja-kerja kecil seperti ini. Apa laa agaknya aksesori yang hendak ditambah selepas ini ya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan