03/06/2015(rabu): Kami amat teruja untuk
mengetahui prestasi bot baru yang tiba isnin malam lepas. Lewat petang semalam
aku sempat menimba air hujan yang memenuhi ruang depan bot dalam gelap. Risau
pula berada seorang diri di tepi sungai dalam keadaan gelap. Mana lah tau ada
‘Pisau cukur’ sedang mengendap.
Bot memecut laju membelah laut yang teduh dalam cuaca yang cantik |
Pukul 5:30 am, kami berdua bertolak dari rumah
dalam keadaan suhu sejuk dan lembab. Boleh dikatakan hujan turun hampir setiap
petang dan malam. Rasa malas pula hendak ‘hilir’ ke laut ni. Lagipun para
pengusaha bagang juga masih bercuti kerana bulan terang tidak mengizinkan Pusu
atau Bilis memasuki selambau bagang mereka.
Indahnya panorama matahari terbit dari Pantai Kenangan, Bengawan. Keindahan ini adalah salah satu nikmat aktiviti memancing |
Mengenangkan misi untuk mengetahui prestasi bot
baru, diri tetap digagahkan juga. Setelah memunggah semua peralatan ke dalam
bot, hati rasa berdebar apabila memulas throttle/pendikit minyak enjin Yamaha
15 hp untuk menggerakkan bot baru ini. Wow..memang laju dan stabil
bro..yesss!...larian amat cantik membelah permukaan sungai. Ni kali laa!!!
Umpan Temenung hiris amat disukai oleh ikan-ikan dasar seperti Kerisi dan Kirung-Kirung Kadal |
Air sungai ketika itu sedang pasang dan tidak
sukar untuk bot melepasi muara sungai. Seperti dijangka, memang tiada bagang
yang beroperasi ketika itu. Confirm ‘mengukut’ ikan Temenung ni bro untuk
dijadikan umpan. Aku mencuba pelbagai kelajuan untuk menguji binaan bot ini.
Memang bot ini boleh memecut cantik dalam kelajuan maksima. Goyang pun tidak. Memang tidak nyesal beli
bro..hehe..
Awal pagi bottom dulu bro. Cari lauk makan tengahari. |
Walaupun begitu, Kami tetap menuju ke
bagang-bagang paling jauh di sebelah Kimanis dan Mandahan untuk memuaskan hati. Apabila sah tiada bagang yang
beroperasi, kami mula mendekati bagang dan mengukut untuk mencari umpan.
Syukurlah..dapat juga beberapa ekor ikan Temenung untuk dihiris sebagai umpan
bottom. Acara bottom hanya menyaksikan beberapa ekor ikan Kerisi dan Kerapu menyahut cabaran. Selain itu, suasana sunyi sepi menyebabkan kami kerap berpindah bagang. Kira-kira pukul 9:30 am setelah terasa membuang masa dengan teknik bottom, kami mengambil keputusan untuk jigging. Sejurus selepas itu, beberapa bagang roboh menjadi sasaran jig-jig ringan kami.
Agak lama tidak bersua dengan Gt. Ia terpedaya dengan home made slow pitch. Hanya GT bersaiz kecil menghuni bagang-bagang roboh. Manakala, GT lebih besar mungkin lebih suka berkeliaran |
Aku tidak menunggu lama apabila mendapat strike seekor anak GT yang menyambar jig esca Sardin 18 gram berhampiran dasar. Aku menjatuhkan jig di tempat yang sama dan sekali lagi mendapat sambaran padu tetapi rabut. Shafie juga mengalami 3 kali sambaran rabut menyebabkannya mulai bengang..hehehe. Biasanya GT saiz kecil begini jarang untuk hooked up kemas..tu pasal kerap rabut.
Kerapu saiz lazat mencelah ketika suhu semakin panas. Kerapu ini terpedaya dengan teknik home made slow pitch |
Kami berpindah ke bagang-bagang roboh di sebelah laut Borneo Golf. Kali ini, kami memberi tumpuan serius terhadap acara jigging. Keadaan arus di dasar yang tidak menentu memudahkan jig ringan hanyut ke dalam struktur. Shafie mendapat bahananya apabila 2 biji jig killer miliknya telah ditukunkan. Memang lumrah jika jigging di bagang roboh, perlu belajar menerima kepahitan.
Kerapu pinjam saja bro..hehehe |
Kami berpindah lagi ke bagang roboh menuju jalan pulang. Di sini, joranku tiba-tiba ditekan menyebabkan aku hanya mampu bertahan. Sedikit demi sedikit, pemangsa demersal berjaya di hela ke permukaan air. Ianya adalah seekor Kerapu ‘table size’ yang amat cantik. Di bagang yang sama, Shafie berjaya mendaratkan seekor GT melalui teknik home made slow pitch Lempyun dan berhempas pulas mengheretnya keluar dari struktur nibung yang berselirat. Kami meneruskan aksi jigging di lokasi yang sama tanpa sebarang sambaran menyebabkan kami berpindah lagi.
Akhirnya berjaya juga mendaratkan GT setelah beberapa kali rabut |
Spot ini adalah sisa tiang-tiang bagang yang menjulur keluar dari permukaan laut. Aku berjaya mendaratkan Tambong/Jenahak di lokasi ini beberapa bulan lepas. Di sini juga Shafie kehilangan jig killernya yang ke 3 menambah lagi level tensionnya..hehehe. Akibatnya, aksi jigging ditamatkan untuk memberi laluan kepada aksi bottom.
Acara wajib ni bro. Selera makan agak luar biasa dalam suasana nyaman ini |
Kami menamatkan trip ini di bagang roboh laut Pantai Kenangan ketika angin laut mula bertiup. Pukul 11:55 am, kami memecut pulang menuju muara Sungai Bengawan. Seperti biasa, bekal makanan yang dibawa mesti ‘diselesaikan’ di bawah teduhan pokok bakau. Suasana makan tengahari yang amat jarang diperolehi di mana-mana dan menyenangkan jika menjamu selera di persekitaran ini.hehe.
Sambil makan joran diturunkan. Mana la tau ada Sembilang yang berminat. |
Aksi sulung bot baru ini amat memuaskan walaupun masa
pancingan tidak sesuai ketika bulan terang. Objektif untuk menguji bot ini memang tercapai dan hasil tangkapan adalah bonus. Kami dan bot ini masih dalam proses
menyesuaikan diri sehingga benar-benar serasi. Banyak lagi ruang masa dan
peluang untuk mencatat kejayan gemilang di masa hadapan. Salam ikhlas dari
Lempayun
Tiada ulasan:
Catat Ulasan