Khamis, 29 April 2010

Terkenang semasa dulu

Aku dibesarkan di kampung. Suasana begini adalah sebahagian dari kehidupan kampungku.Selain dari bergelumang dengan dunia hanyir memancing,memelihara ayam kampung juga merupakan salah satu hobiku.Cuma, bukan untuk disabung.Tetapi untuk dijual buat membeli peralatan asas memancing dan juga dijadikan lauk kari.

Ke Nyaris-Nyaris untuk melastik burung bersama Tamparan dan KOB juga sering muncul dalam nostalgia kampungku.Aku cuma kabur adakah suasana kampung akan ditenggelami dan dilenyapkan oleh arus pembangunan yang dikejar. Salam

Isnin, 26 April 2010

Aksi Pecah Tong

Hahaahahahahaahahaaha..saksikan lah aksi pecah tong sebenar.
video
kejadian ini menyebabkan berlakunya penyembelihan di kebun sayur.

Ahad, 25 April 2010

Layan pinggang

Mesti tonton ini dulu, baru tau apa itu aksi pecah tong
video

Pecah Tong

Seperti biasa, hujung minggu merupakan sessi untuk layan siku. Keadaan sungai yang masih keruh di kebanyakan tempat tidak mengizinkan sessi casting dilakukan. Oleh itu, trip ke bagang adalah satu alternatif yang dirasakan mampu mengurangkan kerinduan terhadap karan.Keghairahan untuk segera ke bagang dijejaskan oleh ketibaan YB yang agak lambat di Jeti.Aparaaa...disiplin makin kurang wooo..
Tebal Pipi atau Umpak didaratkan oleh Tay menggunakan umpan hirisan anak Temenung.

Mamat ni benar-benar cemerlang dalam trip layan siku ni. Kali ni, seekor lapih berjaya dijerat menggunakan umpan hirisan anak ikan rumahan.Sayangnya, kecemerlangan nya ini di kurangkan degreenya dengan kehilangan player...ingatkan buang tulang ikan, sekali tu player daaaa...heheheh

Hehehehe, umpan anak ikan temenung hidup dan dilayangkan separuh air. Sambaran ganas pada mulanya disangka perbuatan bapak GT atau Banglus.Namun, apabila ia mula memberatkan diri dan melekap di dasar, apa lagi kalau bukan si pari-pari.

Lenguh badan woo..ini bukan lagi layan siku, malah layan pinggang dan torso sekali.berat dianggarkan melebihi 10 kg. Sayangnya tiada timbangan untuk mengesahkannya.

Sessi makan-makan di bawah lindungan pokok bakau.nyaman dan redup.

hasil tangkapan Juan yang maintain dengan seekor anak Tenggiri. Minggu lepas dapat, minggu ni dapat lagi.Punya lah nasib baik..

Hasil tangkapan Tay yang semakin cemerlang. Boleh dikatakan, hasilnya meningkat setiap minggu.

Ini bukannya aqiqah, tapi majlis membagi-bagi harta.hehehe..riuh tuan punya pasu sayur wooo..

Punyalah membuyuk mamat dua orang nih. Aku punya pari, dipotong-potong, tapi itu Tenggiri dan Lapih masih bulat dibawa balik wooo..hehehe...pura-pura tidak ingat lagi tu.hehehe

Sememangnya pari ini sedap dimasak kari. Namun, aksi menewaskannya lagi syok.video pecah tong akan menyusul.

Khamis, 22 April 2010

Alahai....rindunyeeeeer

The dream barra. Australian are lucky for the rich population of Barra. These nice pics are taken from a friend's blog in northern Australia. He insists me to join his trip..ummm..hopefully someday mate!

Hehehehe..i caught one like this last year.

Familiar species are dominating their estuary. Good sizes are common.

Jack's size is always stunning here.Unfortunately, These good sizes are rarely in our estuary. Who should be blamed?

Alahaiiii....hehehe..miss em so much!

Ahad, 18 April 2010

Santai teamlempayun:Bagang Mandahan

Ahad 18.04.2010:Kelewatan Juan dan Tay tidak terlalu meresahkan memandangkan kami tidak perlu berkejar untuk umpan bilis. Fenomena kekurangan bilis berlanjutan sejak beberapa minggu lepas.Dari satu sudut utama, ianya merupakan akibat lampau tuai atau penuaian berlebihan terhadap bilis.Kekurangan bagang yang beroperasi di Teluk Kimanis sebenarnya bagus untuk pemulihan stok perikanannya. Jika boleh, operasi bagang di Teluk Kimanis jika tidak dapat dihapuskan pun, dapat dikurangkan jumlahnya pun cukuplah.
Berumbai (Diamond travelly) aka Sagai(kalau tidak silap) yang menyambar hirisan anak rumahan sedepa dari dasar memberikan tentangan yang sukar digambarkan.

Kami bertiga memecut laju ke destinasi iaitu bagang Mandahan. Saya memilih lokasi ini kerana para pemancing kurang bertumpu dan ianya agak jauh.Kebanyakan mereka lebih berkira terhadap jumlah petrol yang dibakar untuk sesuatu perjalanan.Pada saya, semakin kurang pemancing di lokasi ini, lebih banyak bagang yang berpotensi kerana belum diganggu penghuni dasarnya.
Anak ikan putih(cermin) amat banyak melayan umpan hirisan ikan ketika pagi.Kami mengalami situasi taruk makan,taruk makan.

Keadaan air yang mula bergerak di awal pagi sebenarnya merangsang keaktifan penghuni bagang untuk menyambar umpan. Penggunaan set pancingan ringan meninggikan lagi degree keseronokkan pancingan. Kaedah pancingan appolo menjadi pilihan kerana target ikan pun hanya untuk dikualikan.Memang syok ketika mengekang larian-larian ikan dengan set ringan.
Kau tutup muka pun boleh dikenal bah bro..hehehe

Hirisan isi ikan bersaiz jari kelingking akan dipasang di tiga matakail bahagian bawah appolo bersaiz 12. Teknik sesekali menghenjut-henjut appolo memang cepat menarik perhatian ikan putih. Namun, sesekali terkena juga dengan ikan berkualiti seperti anak Tenggiri dan Kelapa-kelapa.Berdesup juga lariannya.
Juan dengan anak Tenggiri yang menjadi jackpotnya.Senyum sampai ke telinga mamat nih.

Trip memancing di bagang sememangnya tidak berlanjutan hingga ke petang. Selalunya, trip akan berakhir di antara jam 11.30 hingga 12.30 pm, bergantung kepada sambutan penghuni bagang. Biasanya, ikan akan mula galak ketika menghampiri tengahari dimana permukaan laut mula berombak. Jika tiada sambutan, tak payah tunggu. Ada baiknya kembali ke muara untuk berehat.Ombak yang semakin kuat merisikokan keselamatan pemancing dan bot ketika memasuki muara. Muara sungai Bongawan sekarang amat sukar kerana ianya selari dengan pantai. Oleh itu, kemahiran amat perlu untuk memasuki aluh dari tepi. Jika silap, bot mungkin akan terbalik dihempas oleh ombak.
Hasil tangkapan saya sendiri diasingkan mengikut grade..hehehe..ikan putih aja 21 ekor termasuk Berumbai.

Ikan putih bersaiz hidangan mendominasi jumlah tangkapan dalam trip ini. Bruce lee langsung tidak tunjuk muka. Kerisi juga banyak didaratkan dan tambah syok lagi, banyak yang bersaiz tegap.

Tangkapan Juan yang pelbagai. Ikan Surui tidak banyak kali ini kerana angin laut yang turun terlalu awal.Pandai makan ikan Surui?mau tau bagaimana ianya dipancing?akan datang k.Tangkapan Tay pula tak dapat di uploadkan kerana aku dah secara tak sengaja terpadam gambarnya dalam kamera..hehehe..sori bro.
Boleh tahan Nai!!

Sebahagiannya mau digoreng dan sebahagiannya hendak diampap...hehehhe..ikan baru memang segar dan sedap.

Tay yang berpuas hati dengan prestasi tangkapannya kali ini mengesahkan, dia sukar hendak tidur malam kerana asyik terkenangkan sambutan penghuni bagang terhadap joran ringannya.Kalau cuti sekolah, boleh selang 2 hari turun ngail ke bagang nih.hehehe..memang sah terkena keracunan bagang.Lagipun, keadaan keruh sungai sekarang tidak mengizinkan sebarang aktiviti casting.So, daripada melangut aja, lebih baik layan siku di bagang...betul tak bro?hehehe

Pesta Gelama Mantabawan

Sabtu 17,2010:Aku yang sepatutnya berada di Mantabawan sebelum matahari terbit akur dengan masalah yang melanda.Oleh itu, aku tiba di lokasi lebihkurang pukul 8:30 am.Ketika ini, otaipurun sedang giat casting dari awal subuh tanpa ada sambaran. air semakin pasang ketika aku melontarkan gewang ke tengah sungai.hampir sejam casting tanpa sambaran, aku berehat dan melihat kaki bottom tengah layan gelama yang bersilih ganti didaratkan.
Kamal yang datang semata-mata untuk mengisi masa lapangnya.

Dengan menggunakan umpan udang hidup, satu persatu gelama didaratkan.Memang menyeronokkan melihat aksi mereka.Ragutan gelama bertambah rancak Ibarat taruk makan taruk makan sesuai dengan arus yang semakin pasang.
Pemancing dari gadong yang membawa banyak udang hidup

Isterinya juga berjaya mendaratkan banyak Gelama. Keseronokkan tidak berapa terasa kerana set pancing yang digunakannya agak kasar.
Saiz gelama yang agak besar banyak didaratkan apabila arus pasang sungai bertambah laju.

Lumayan dengan Gelama yang hampir memenuhkan tong ais. Ini baru tangkapan seorang bro.

Ketam yang dianiaya oleh manusia yang tidak waras dan bertanggungjawab. Ketam jenis ini memang bukan untuk dimakan. Tetapi, apalah salahnya jika ia dikembalikan ke habitatnya.Perlu diingat, setiap spesis di sungai ini saling sokong-menyokong untuk mengekalkan sistem ekologi muara.

Kepada rakan-rakan, jika ada kesempatan, rasanya masih tidak terlambat untuk bergembira dengan spesis Gelama di Mantabawan.Jika boleh, bawalah keluarga anda atau sesiapa yang baru berjinak dengan dunia pancingan. selain dari mudah ditangkap, Gelama juga sedap dimakan.Sekian.

Rabu, 14 April 2010

tutut yang kantoi

Lokasi adalah kampung nyaris-nyaris.saja bro..mau kasi gempak.Ini baru betul snake head!Peristiwa berlaku pada 20.03.2010,ketika tengah beraksi di laut dalam. Video dirakamkan oleh pihak yang mengantoikan perbuatan snake head ini. Seminggu sebelum itu, ia menyerang mangsa pada pukul 12 tengahmalam. Pemilik rumah tidak berani turun untuk menyiasat dengan anggapan tutut tengah berprojek.hehehehe.esok paginya, beberapa ekor mangsa hilang tanpa jejak. Kehadiran pemangsa yang terlalu awal dari jadual biasa, menyebabkan malapetaka ke atasnya. Kira-kira pukul 8 malam, kehadirannya disedari. Oleh kerana malam masih awal, penghuni rumah turun beramai-ramai untuk menyiasat.Kali ini, tutut pun tutut lah! apabila di suluh...tu diaaaaa....saksikanlah. Berakhir riwayatnya malam itu juga. sekian ( ada baiknya ia ditangkap hidup2 untuk diserahkan kepada perhilitan dan dihantar jauh ke hutan tebal untuk meneruskan kelangsungan hidupnya)
video

Isnin, 12 April 2010

The cure of Wilson's bib.

Bibir nipis gewang Wilson biasanya akan retak atau pecah jika berlaga dengan benda lain yang lebih keras. Memang gewang ini berharga murah, tapi sayang hendak membuangnya kerana warna yang cantik dan renangannya yang bagus.

Lagipun gewang Wilson memang sudah terbukti keberkesanannya dengan tangkapan Selungsung dan Ungah baru-baru ini oleh Boy Angler . Tay juga pernah kehilangan selungsung di muara Membakut akibat lidahnya yang pecah apabila berlanggar dengan struktur kayu. Berikut adalah ilmu yang dikongsi bersama oleh Otaipurun kepada para pemilik gewang Wilson.
Gewang dibelakang sudah melalui baik pulih oleh Otaipurun manakala gewang dihadapan bakal dibaiki dan sekaligus menjadi miliknya.ok bah itu brooo..hehehe

Untuk Wilson yang menggunakan lidah original,dawai penyelamat wajib diikat pada lidah dan badan gewang.Jika pemangsa berjaya mematahkan lidah, masih ada dawai yang akan memegang pemangsa. Persediaan yang bijak!

Dawai diikat terus di bawah badan gewang.

Gewang yang diganti lidahnya oleh Otaipurun memang cantik dan berdaya tahan. Plastik polikarbonat yang digunakannya memang tahan dan kuat. Saiz lidah dipotong mengikut ukuran lidah sebenar.Lubang untuk cincin pula ditebuk menggunakan besi panas.

Hasilnya memang menarik.

Renangan gewang telah diuji dan ia tidak menunjukkan sebarang kecacatan. Kesimpulannya, baikpulih gewang oleh Otaipurun memang berjaya.Terimakasih Bro!

Sabtu, 10 April 2010

Lesen Mantabawan

10.04.2010. Mesej yang diterima semalam dari Otaipurun benar-benar membakar urat sarafku. “Bro..Selungsung tengah mengamuk di Mantabawan..semalam ia melontarkan semula gewangku ke darat!”..hehehe..memang mantap punya racun sehinggakan rancangan untuk ke bagang terpaksa ditunda kerana kerinduan tangan ini dengan sergapan selungsung amat menebal.
Mantap! Selungsung seberat 3.50 kg

Seawal 5:30 am, aku bertolak seorang diri ke Mantabawan. Sebelum pukul 6:00 am, aku tiba dan Otaipurun telahpun casting.Beliau awal lagi sudah terpacak di lokasi untuk mengelakkan port cantik ini diambil orang. Tanpa membuang masa, aku mengklipkan gewang lagenda Rapala Shad Rap deep Gold Fish yang ditapau beberapa minggu lepas di Geofish.
Rod Abu Garcia ultracast memberikan perlawanan yang dikuasai oleh pengilat.

Air mulai naik pasang perlahan dan seperti biasa, hamburan pemangsa mengerjakan Ulu-Ulu kelihatan rancak hampir di setiap sudut sungai. Kira-kira pukul 6:30 am, gewangku disambar padu hanya 10 kaki dari tempat ku berdiri. Gewang terus dilarikan ke tengah sungai. Terasa berat di tangan, drag ku ketatkan sedikit. Kali ini, tali tetap keluar dengan pecutan yang melintangi arus sungai. Aku mulai suspek perbuatan ini adalah Raja Muara. Hanya satu kilasan di permukaan air yang menampakkan sirip, mengesahkan identitinya sebagai Selungsung. Hati berdebar dan perasaan mulai cuak apabila ia masih berkuat dengan larian-larian ke tengah. Memang gagah sungguh!
Bila la aku mau tengok senyum mu ini bro..hehehe..Tq bro kerana berjaya menyiutkan Selungsung ini.


Mujurlah aku membawa siut (ntah mengapa aku membawanya. Sebelum ini aku tidak pernah membawanya..agaknya..inilah naluri). Percubaan ketiga Otaipurun berjaya menyauk kepala Selungsung dan terus mengangkatnya ke darat.Akhirnya, lesen pertamaku di Mantabawan berjaya diperolehi. Ikan seberat 3.5 kg yang ditimbang dirumah ini memang cantik dan sihat. Tidak hairanlah daya juangnya amat mengujakan.

Close-up Gewang Lagenda Rapala Shad Rap deep Gold Fish.


Otaipurun berpindah ke hulu sedikit untuk mengejar kawann pemangsa yang tengah rancak membelasah Ulu-Ulu. Seperti yang dijangka, gewangnya mendapat sambaran padu namun rabut. Apabila diperiksa, gewang mengalami luka yang teruk dibahagian belakang. Kira-kira pukul 8:20 am, Otai Purun bergerak pulang untuk menunaikan ibadah di gereja berdekatan.
Nasib baik ada siut. Kalau tidak, perlawanan terpaksa dipanjangkan untuk meletihkan Selungsung agar mudah diangkat dengan tangan kosong.

Gewang lagenda berganding dengan Rapala Tail Dancer hot tiger 9 cm.

Kapal jurut nelayan Binsulok yang baru berlepas ke laut.

Selungsung semestinya ditambat untuk memanjangkan hayat dan mengekalkan kesegarannya. Aku rasa, jika dilepaskan pun hayatnya belum tentu panjang kerana lokasi ini adalah kegemaran pukat-pukat nelayan yang mencari makan.

set mengilat baru dari Otaipurun. Kelmarin, set ini hampir mendapat lesen apabila Selungsung yang melakukan lompatan berjaya melontarkan gewangnya ke darat.

Aku mencuba selama setengah jam lagi untuk casting memandangkan keadaan air yang cantik dan menjanjikan. Namun, keadaan panas yang semakin terik dan mengigit menyebabkan aku berkemas pulang. Aku langsung tidak menyangka,ungkapan kata-kataku dalam majalah Kembara Kail bulan februari bertajuk si Sombong Mantabawan, yang aku akan kembali untuk menewaskannya akhirnya menjadi realiti...hehehe.sekian dari Lempayun.

Jumaat, 9 April 2010

Boy angler's success trip

These pictures have been sent by Boy to share the magnificent caught during his recent trip.
Nice jack

the whereabout location looks familiar.It calls me to the past trip. There might be hidden predators close to the bank.So, be alert!hehehe

This lure seems like Wilson. This is a good lure but since it's bib is so easy to get crack, I didn't continue to keep purchasing.

What lure is it Boy?It seems so effective on hauling this predator!

Mud grouper also lured by this artificial.It should be cleaned before the picture taken.hehehe

The beauty of mangrove jack is always shining.Wilson put on action.

Congratulation Boy. I hope these victory will keep your hand always burning on.Get me into your trip ya.hehehe

Rabu, 7 April 2010

Pembuka tirai Mantabawan 2010


Jackson aka Otai Purun telah berjaya mendaratkan Selungsung untuk renew lesen 2010 seberat 2 lebih kg. Ia menyambar diawal pagi di Muara Mantabawan. Untuk makluman, potensi Muara Mantabawan telah diceritakan dalam majalah Kembara Kail beberapa bulan lepas. Saya ada menyarankan, musim selungsung berbondong-bondong masuk ke muara Mantabawan adalah dalam awal-awal tahun.Menurutnya, dalam tempoh itu juga mereka berjaya mendaratkan beberapa ekor lagi Selungsung.Akhirnya, SI SOMBONG MANTABAWAN telah ditewaskan.