Isnin, 27 Oktober 2014

Jalak belakang sekolah

Setelah beberapa tahun tidak pernah dilawati, permukaan kolam sudah pun dipenuhi oleh tumbuhan akuatik. Tumbuhan akuatik yang amat subur bagaimanapun masih meninggalkan sekurang-kurangnya 15 peratus permukaan lapang. Fuhh..syukurlah. Masih ada sedikit ruang untuk bermain katak palsu.
Saiz yang agak kecil dan pemarah meluru deras dari bawah daun teratai.
Kira-kira pukul 9:00 am, kami dah pun terpacak di tepi kolam, Dalam sessi ini, kami disertai oleh cikgu Joel..muka baru dalam arena hanyir pancingan Jalak. Memandangkan aku hanya membawa satu set casting, kami terpaksa bergilir-gilir  menghantar katak ke setiap penjuru kolam.
Telan habis broo!!..nampak sangat ganasnya!
Sambutan pada mulanya agak dingin. Kemungkinan para pemangsa di dasar kolam sudah pun kekenyangan. Kami sebenarnya terlepas waktu sarapan mereka. Kolam ini juga amat kaya dengan sumber makanan mereka. Jelas kelihatan anak-anak ikan seluang dan sepat bergerak dalam kumpulan besar. Tentulah kenyang broo..
Ada bakat..kejap saja sudah pandai..hehehe..sayang belum ada strike.
Walaupun begitu, katak palsu tetap dihantar juga dengan harapan dapat mengundang kemarahan yang empunya lubuk. Sahih! tidak lama kemudian Juan strike padu seekor Jalak. Walaupun kecil, namun daya juangnya amat tinggi.
hehehe..aku tengah duduk berteduh di bawah pokok. Ular ini melintas disebelahku dalam jarak 3 kaki saja. Apalagi, aku spontan melompat terkejut..ular ni juga terkejut melompat ke hala yang lain.hehehe..sama-sama terkejut bro.syukur!
Tidak lama kemudian, aku menghantar katak ke semak di tepi kolam. Tidak semena-mena seekor pemangsa bertindak nekad menyerbu katak palsu yang masih tergantung di atas lalang yang menjulur keluar di atas permukaan kolam. Nampak jelas lembaga hitam yang panjang menyerbu keluar dari permukaan air. Sayang..rabut la pulak!.Pergghhh..memang agresif gilerr!!
bab yang paling penting adalah..pelajaran 'catch and release'!jika berjaya dijiwai..memang lulus penuh!hehehe
Aksi seterusnya menyaksikan letupan padu di permukaan air menyebabkan katak palsu yang sedang dikarau oleh Juan terpelanting jauh.hehehe..macam toy saja dibuatnya. Kelam-kabut mamat ni strike!..hehehe..jelasnya, kolam ini masih lagi menyimpan khazanah bernilai dalam arena casting. Seperkara lagi, kolam ini amat sesuai untuk dijadikan kelas pembelajaran kaedah casting kepada para protege!..Cikgu Joel..cuba lagi.hehehe