11/06/2015(khamis): Aku beraksi secara
solo apabila partner tidak dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab tertentu.
Oleh itu, aku hanya menggunakan enjin Tohatsu 8 hp yang lebih ringan dan
menjimatkan tenaga. Jam 5:40 am aku dah berada di pangkalan dan segera
memunggah peralatan pancing, tong ais dan tackle box ke dalam bot.
Awal pagi berjiran dengan cikgu Suhaiman dan anak. Ketika ini ikan gred A iaitu ikan Kelapa-Kelapa sedang galak membelasah Pusu di dasar. |
Pergerakan solo membolehkan bot yang ringan
tanpa muatan bergerak dengan laju. Boleh tahan juga anatomi bot baru ini.
Tinggi, laju dan ringan apabila enjin kecil ini masih mampu memecutkannya. Seiring dengan tujuan bottom sepenuhnya ini, aku segera ke bagang bawah untuk mendapatkan umpan. Aku tidak mengambil terlalu banyak umpan memandangkan trip ini tidak akan ditamatkan menjelang tengahari. Selepas itu, aku segera menambat bot di bagang yang sama apabila cikgu suhaiman dan anaknya sedang melayan ikan gred A.
Prgghhhh!!besar gila!…saiz yang agak jarang diperolehi. |
Appolo Samurai seahawk bersaiz 12 digunakan dalam pancingan dasar ini. Tidak lama kemudian, aku juga turut merasai pukulan-pukulan ganas ikan…perghhh gila besar ikan KELAPA-KELAPA!! Joran beberapa kali minum air apabila ia memecut. Memang syok giler bro!! saat-saat yang sukar dilepaskan oleh mana-mana pemancing bottom.
Ikan Temenung Pulau yang bersaiz besar. Saiz begini amat sesuai dipanggang basah. Kena dengan cicahnya, meleleh air liur. |
Hampir 30 minit di bagang yang sama, aku berjaya mendaratkan 3 ekor ikan Kelapa-Kelapa bersaiz bagak. Ikan kegemaran beliau bini dan mentua ini segera disimpan di dalam tong ais. Sesekali ikan Kerisi dan Kaput mencelah tangkapan. Aku segera berpindah ke bagang atas untuk meneruskan acara membottom. Bot segera ditambat dan appolo berumpan pusu segera diturunkan ke dasar. Kali ini ikan Temenung Pulau bersaiz lengan budak menghiburkan suasana. Memang best..solo lagi tu.makan sorang-sorang oooo..hehehe..
Bonus trip ini terpedaya dengan umpan Selidai hidup. Aku berhempas pulas menewaskan dan mencangkuknya ke dalam bot. Kalau dah memang rezeki, tidak ke mana. |
Jam 9:05 am, tanpa disangka joran drifting khas untuk pelagik menunduk ganas di iringi dengan jeritan nyaring kekili Shimano Navy 4000. Umpan ikan Selidai hidup selebar 3 jari berjaya menjerat sesuatu. Aku segera mencabut joran dari rod holder dan memberi sedikit tekanan kepada mangsa. Setelah beberapa kali Tenggiri memecut jauh dari bot, akhirnya ia lemas dan menyerah diri ke tepi bot. Aku dengan mudah mencangkuknya ke dalam perut bot..YESSS!!!
Solid hooked up yang berjaya mematahkan usahanya untuk melepaskan diri. Penggunaan matakail Fire Eagle Iseama bersaiz 18 dan dawai 47 strand 15 lb menjadi pelaburan berbaloi. |
Aku berpindah lagi ke bagang bawah dalam perkiraan untuk lebih awal menamatkan trip ini. Arus bergerak cantik dari darat dan ketika itulah ikan-ikan frenzy di dasar. Bermacam jenis ikan berjaya didaratkan. Gerunggung, Umpak/Gerut-gerut, Selewak, Kelapa-Kelapa, Temenung dan lain-lain lagi..Hampir penuh tong ais bro..hehehe
Cuaca semakin panas apabila aku bergerak pulang
dengan senyuman terukir di wajah..hehehe..memang patut pun wajahku tidak pernah
muncul di pasar ikan Pekan Bengawan. Salam ikhlas dari Lempayun
Tiada ulasan:
Catat Ulasan