Selasa, 2 Jun 2015

WESTON 2nd TRIP

01/06/2015(Isnin):Trip ulangan Weston diadakan sempena cuti Tadau Kaamatan. Trip ini telah pun dirancang beberapa minggu awal dengan mengulangi kaedah yang berkesan dalam trip Weston pertama iaitu kaedah Jigcast. Mana la tau terserempak dengan monster!
Membantu menyediakan assist hook Adam sementara menanti kehadiran tekong yang tengah bersarapan
Sehubungan itu, ahli trip ini sedikit demi sedikit telah menambah bekalan sinking lure dan jig masing-masing. Mujurlah terdapat banyak pilihan jenama selain dari Senses Spy Mission dan Rodford Zeus iaitu Asari Pinktail dan Ofmer super sink. Kedua-dua gewang alternatif ini menawarkan harga yang jauh lebih murah berbanding Senses dan Zeus.
Pucung Laut yang amat agresif apabila menyambar gewang tenggelam Zeus yang dikarau laju khusus untuk menjerat Tenggiri
Dalam masa yang sama, bekalan jig juga ditambah dari berat 18 gram hingga 30 gram. Tali sulam ditukar dan diperkukuhkan dengan perambut fluorocarbon buatan Jepun. Kali ini, jigging dan jigcast akan menjadi pilihan utama….mungkin juga ada yang akan bottom jika tidak tahan tukul..hehehe..
Lesen set jigging/jigcast baru milik Adam…Pucung laut bro..hehe..walaupun tidak seglamour Tenggiri bagak..ikan tetap ikan dan wajar dianggap sebagai lesen. Apapun, tahniah grukul!
Trip kedua ini disertai oleh Lempayun, Juan. Shafie, Zulkhairi aka presiden Ajiking Pro jigger, Ibnu dan juga Adam (Novice). Masing-masing ada misi yang mahu dilaksanakan dalam trip ini. Zulkhairi merasmikan dua batang rod Viper baru, Penn conflict 3000 dan ATC Valiant 3000 manakala Adam juga baru pertama kali merendam Rod Maguro Jig Sensational Pe 08-Pe 1.5 yang dipadankan dengan Kekili Penn Conflict 3000.
Sessi jigging yang amat selesa dan santai. Kalau laa ada struktur di dasar, pasti tidak menang tangan layan strike ni!
Juan yang tidak menyertai trip Weston pertama benar-benar ingin merasai pengalaman beraksi di pelantar-pelantar Weston ini. Boleh dikatakan hampir semua peralatan dibawanya bersama dengan harapan apa sahaja teknik yang penting strike.
Aksi Presiden Ajiking Pro Jigger dengan lesen jigging seekor Lumading. Kau memang hebat bro!(macam pegang keris saja..hehehe) 
Kami berkumpul di Petronas Beaufort seawal jam 6:00 am. Zulkhairi dan adiknya tiba setengah jam kemudian dan kami berkonvoi ke Weston dalam cuaca yang amat baik.  Kira-kira jam 7:05 am, kami tiba dan bot baharu sahaja berlabuh di jeti. Tekong bersarapan terlebih dahulu sementara itu kami menyiapkan peralatan masing-masing.
Khusyuk jigcast di buritan bot. Laut teduh dan cuaca agak mendung mungkin menjejaskan selera makan spesis Pelagik
Cuaca agak mendung dan laut amat teduh ketika bot sewa kami keluar dari muara dan menuju ke lokasi pertama iaitu pelantar. Tanpa membuang masa, kami memulakan aksi jigging dan aku lebih suka untuk melakukan kaedah jigcast di awal pagi. Tanpa menunggu lama, aku strike juga seekor anak Tenggiri atau lebih dikenali sebagai Lumading. Rakan-rakan lain yang sedang jigging juga mula mendapat strike dan ada yang gagal mendaratkan mangsa masing-masing.
Presiden Ajiking Pro Jigger (Zulkhairi) benar-benar menunjukkan belang dalam trip ini. Entah apa jampi serapah yang dipakai apabila Lumading bergilir mengerkah jig miliknya!
Tanpa disangka, kaedah jigging mendominasi strike Lumading awal pagi. Jig perlu dijatuhkan ke dasar dan dimainkan dalam zon 10 kaki dari dasar. Setelah beberapa minit memainkannya tanpa ada sambutan di dasar, jig akan dikarau laju dan ketika itu jika terdapat pemangsa seperti Lumading atau Tenggiri berhampiran, pasti akan menerkam Jig yang sedang menyerbu ke permukaan air. Oleh itu, jigging beramai-ramai adalah kaedah yang terbaik untuk memanggil pemangsa menghampiri zon.
Lesen Jigcast Adam atau Grukul menggunakan gewang Ofmer 40 gram super sinking yang dilontar jauh. Belum kena saiz yang bagak lagi ni grukul..hehe
Teknik ini telah memberikan lesen Lumading kaedah jigging kepada Presiden Ajiking Pro jigger(Zulkhairi) dan Adam yang mula mengadaptasi kaedah ini. Sesekali berlaku double strike yang biasanya berakhir dengan kegagalan. Risiko untuk kehilangan jig amat tinggi apabila berhadapan dengan Lumading yang mempunyai gigi super tajam. Sesekali kedengaran keluhan nyaring di ceruk bot apabila Lumading berjaya menapau jig..hehehe…kerugian.
Catch of the trip..ikan Bekalang atau Talang(Queenfish) yang berjaya mematahkan hujung joran Viper milik Ibnu yang baru dibeli. Mahal betul nilai ikan ini ye bro..
Ketika jarum jam menunjukkan angka 11:30 am, aku yang lebih fokus dengan teknik jigcast mula merasakan badan bermandi peluh apabila tanpa henti selama beberapa jam melontar Zeus 38 gm dan mengarau pantas menghampiri badan bot dengan harapan akan disergap dipertengahan jalan. Memang betul berlaku strike, malangnya kesemua 4 kali strike hanya berstatus missed call dan rabut. Sesekali strike agak ganas dan sempat melarikan gewang tetap rabut begitu sahaja..bengang aku bro..hehehe
Kaedah jigcast juga berkesan dalam trip ini. Lumading kedua mengesahkan keberkesanan kaedah yang perlukan stamina dan fizikal mantap untuk menghantar dan mengarau gewang. Benar-benar memerah tenaga bro!
Aku mula jigging untuk melegakan anggota badan yang mula lenguh. Kali ini aku memadankan kekili shimano Nasci 3000 dengan rod Maguro Shooter Pe 03-Pe 05…memang lembut tetapi aku tidak hirau sangat kerana padang tempur ini agak bebas dari sebarang struktur di dasar. Apa sahaja mangsa, ia hanya perlu dihela menjauhi rantai sauh pelantar untuk peluang menewaskannya. Peralatan micro light ini melegakan otot-otot yang kepenatan akibat kerja keras ketika jigcast tadi.
Setelah lama risau dihampiri kumpau, dengan usaha keras akhirnya Lumading ini berjaya menyelamatkannya dari status kumpau Lumading. 
Hampir 10 minit jigging, sebiji jig Eupro 28 gram milikku berjaya ditapau oleh Lumading menyebabkan aku kembali kepada jigcast. Lontar saja jauh-jauh bro, biar ia tenggelam melepasi pertengahan air dan karau aja sepantas yang boleh. Penggunaan Penn Conflict yang mempunyai nisbah putaran setinggi 6:2:1 adalah kelebihan untuk kaedah ini apabila gewang yang dikarau berenang laju dan liar di bawah permukaan air. Terliur Tenggiri bro..hehehe.
Jigcast memang memenatkan tetapi syok giler apabila gewang tiba-tiba disergap ketika sedang berenang pantas dan liar!
Ketika bot berkira-kira hendak pindah, aku melakukan lontaran terakhir sebelum berpindah dan  harapan termakbul apabila aku berjaya strike seekor lagi Tenggiri. Ianya menyambar ketika gewang Zeus berenang melepasi pertengahan air. Aku bergelut menahan lariannya namun apa sangat lah Lumading berbanding set yang aku gunakan. Tidak lama fight, senang sahaja pertarungan berakhir..alahai..mana laa bapak kamu semua ni..
Lumading solo yang juga telah mengeluarkan Juan dari penerima status kumpau Lumading dalam trip ini
Kami berpindah lokasi ke pelantar paling hujung. Sebaik sahaja bot ditambat di rantai sauh pelantar, semua ahli menjadikan aksi jigging sebagai pilihan utama. Namun, aku masih lagi kekal dengan kaedah jigcast dengan harapan menggunung akan bertemu dengan bapak Tenggiri. Kali ini, acara jigging mendapat sambutan hebat apabila masing-masing mendapat strike di pertengahan air. Lumading bersilih ganti didaratkan oleh Zulkhairi dan Adam.
Jigging kali ini amat berkesan untuk menjerat spesis pelagik yang berkeliaran di pertengahan air. Cuma, mau tahan hati saja apabila jig kerap ditapau percuma olehnya.
Tanpa disangka, joran Ibnu ditekan kuat menyebabkannya agak kalut mengawal larian ikan. Joran Viper miliknya yang terlalu lembut kelihatan teruk didera oleh pemangsa. Lenturan mengerikan joran Viper akhirnya berjaya memaksa ikan keluar dari sarang dan setelah beberapa kali melakukan junaman-junaman padu, ia akhirnya. Tidak disangka pemangsa adalah ikan Bekalang atau Talang!..spesis terbaru yang berjaya didaratkan oleh geng pancing ini. Merah mata bro..hehehe..usaha berbaloi berkat kerajinannya jigging sepanjang masa..tahniah Ibnu. Kau memang berpotensi.
Tenggiri Papan yang amat cantik terpedaya dengan gewang tenggelam Zeus
Kejayaan mendaratkan Talang mendorong ahli lain berusaha keras dan tidak lama kemudian, Adam strike lagi seekor Lumading. Beliau betul-betul hanyir kali ini apabila kedua-dua kaedah yang diaplikasinya berjaya meraih habuan. Itupun tidak termasuk missed call dan Lumading yang terlepas ketika sedang diangkat ke dalam bot. Terlupa pula bawa gaff..alahai.
Ruang luas dan selesa untuk jigcast. Sebaiknya atap bot ini dibuka agar dapat memberi peluang kepada semua pemancing melakukan kaedah jigcast. Panas pun panas laa bro..apa boleh buat.
Ketika aku kehilangan jig buat kali kedua akibat ditapau oleh Lumading, Juan yang sedang jigging di ceruk bot mendapat strike padu. Dalam masa yang sama Zulkhairi juga strike..double hooked up berlaku. Namun, oleh kerana jarak di antara mereka berdua agak rapat, tali bersilang menyebabkan Zulkahiri kehilangan Ikan apabila ia berjaya memutuskan perambut fluorocarbon 40 lb miliknya.
Perjalanan pulang yang disambut dengan kepulan pekat awan hitam yang sarat dengan air. Confirm basah kuyup laa ni bro.hehehe
Suasana meriah ini berterusan sehingga jarum jam menunjukkan angka 12:35 pm. Ketika suasana mulai sunyi, perut mulai berkeroncong dan ianya adalah saat yang sesuai untuk mengisi perut. Apa lagi bro..mari makan. Recharge bateri dulu.
Kandas di delta muara sungai ketika air surut deras. Mujurlah aluh sungai tidak terlalu jauh untuk enjin Yamaha 115 hp ini capai.
Kami berpindah lagi ke beberapa buah pelantar tanpa sebarang sambutan walaupun gigih berjigging dan jigcasting. Arus yang agak deras ketika air mulai surut mungkin mempengaruhi kedudukan ikan yang lebih selesa berada di belakang struktur. Tanpa lengah, kami mengambil keputusan untuk menamatkn trip kira-kira jam 2.00 pm.
Lebatnya hujan
Dalam perjalanan pulang, kami singgah untuk jigging dan bottom di tukun yang disediakan oleh jabatan Perikanan. Tukun-tukun simen ini ditandakan dengan pelampung. Terdapat lebih dari 10 biji pelampung bermakna ada 10 lokasi blok tukun simen yang berada di dasar. Kali ini, ahli-ahli trip lebih selesa untuk membotom dengan menggunakan umpan hiris dan Pusu.
Berlindung dari hujan di belakang kerusi.
Seketika kemudian, aktiviti pancing dasar dirancakkan dengan sambaran-sambaran ikan seperti Temenung dan anak Gerunggung atau Cencaru. Sesekali beberapa ekor Gerunggung bersaiz lengan berjaya didaratkan. Permukaan laut semakin kucah dan arus agak deras apabila kami berpindah ke pelampung kedua dan ketiga. Kira-kira jam 3:40 pm, kami bersetuju mengakhiri trip ini dan sejurus selepas itu, bot memecut pulang ketika air mulai surut.
Trofi yang sentiasa merangsang untuk aksi-aksi memancing yang lebih mencabar dan menyeronokkan di masa hadapan. Tahniah kepada Ibnu!
Perjalanan pulang kami tergendala apabila bot terkandas di beting. Tekong berusaha keras mengeluarkan bot dengan enjin Yamaha 115 hp. Setelah hampir 30 minit berusaha, bot berjaya dikeluarkan dari kawasan cetek dan mula memecut pulang. Seperti dijangka, kami menempuhi hujan lebat dan ribut petir ketika memasuki sistem muara. Syukur kami selamat tiba di jeti  kira-kira jam 4:35 pm dan berangkat pulang menuju rumah masing-masing. Memang best kenangan ini bro. Sampai bila pun tetap akan dikenang. Salam ikhlas dari Lempayun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan