Jumaat, 22 Julai 2016

Projek Rod Custom Lempayun

Setelah membabitkan diri sekian lama dalam dunia hanyir ini dengan bermacam pengalaman pahit maung, manis dan masam dirasai aku rasa terpanggil untuk mencuba bidang yang agak baru iaitu custom rod. Selama ini asyik membeli rod dan menghantar ke kedai pancing untuk membaiki guide yang rosa, aku berbulat tekad untuk belajar custom rod. Jika tidak berjaya menyiapkan sebatang rod, menukar guide yang rosak pun jadi laaa..Mana mau cari info ni ya?    
Rod dryer dari Pacific bay Usa bro..hehehe..bukan alang-alang ni...datang dari jauh

Mujurlah perkembangan teknologi yang berkembang pesat membantu aku serba sedikit bagaimana untuk memulakannya. Kemahiran Orang barat, jepun dan lain-lain dalam membuat custom rod dapat disaksikan melalui youtube..hehehe..makasih internet!Sekurang-kurangnya aku dapat sedikit pencerahan.
Reel seat dan butt perlu diselesaikan terlebih dahulu
Aku juga rasa beruntung kerana di kelilingi oleh beberapa orang yang terlebih dahulu meneroka bidang ini seperti Dahlan aka KOB, Badol aka kapten Bungalapang dan Haszlin. Melalui mereka ini lah aku mendapat maklumat mentah untuk memulakan proses ini. Gambaran juga mulai timbul perlahan-lahan.
Percubaan untuk lengkapkan reel seat
Langkah pertama aku adalah mengumpulkan informasi dari internet dan memuat turun video berkaitan dari Youtube. Beberapa hari aku perlukan untuk mendalami kemahiran, kaedah, teknik, pengetahuan dan pengenalan seperti alatan pembikinan,  pemilihan blank, susunan ring guide, reel seat, winding, epoxy, thread dan lain-lain lagi.
wrapping masih belum sempurna....setakat boleh laa untuk beginner

Salah satu alat yang amat penting untuk kerja-kerja ini iaitu Rod dryer amat sukar dicari ketika itu. Aku mengeledah banyak kedai pancing di Borneo dan Semenanjung namun masih gagal menemui Rod Dryer. Akhirnya, langkah terakhir adalah dengan membuat pembelian melalui Ebay…apa boleh buat bro.

Rod wrapper juga tidak kurang pentingnya kerana alat ini amat membantu dalam proses mengikat ring guide di batang rod. Tanpa alat ini memang aku akan terkial-kial dalam proses ini. Alat yang boleh D.I.Y ini tidak perlu dipesan melalui ebay. Mujurlah K.O.B ‘menyedekahkan’ alat ini kerana beliau telah memiliki alat baru. Ini lah maksudnya amal jariah..hehehe
Dah mula epoxy...seronok laa pulak!
Secara perlahan-lahan aku mula membeli bahan-bahan untuk proses custom joran ini. Sememangnya custom rod lebih mahal berbanding membeli…apa yang dikejar sebenarnya?agaknya kepuasan sebagai seorang pemancing sekurang-kurangnya berjaya mendaratkan ikan menggunakan joran custom sendiri..hehehe..reel bila mau custom?entah lah labuuuuu… 
Seminggu Ramadhan berlalu aku memulakan proses ini berpandukan video dan tips dari rakan-rakan. Melalui youtube juga lah aku berjaya mengesan tulang belakang joran dengan mudah. Aku juga merujuk laman-laman custom rod untuk mendapatkan ukuran jarak ring guide dan saiznya yang sesuai dengan panjang dan fungsi joran. Setelah semuanya lengkap, barulah proses ini dimulakan dengan sedikit keyakinan.
Biarkan alat ni berputar berjam-jam bro sehingga epoxy kering dengan aantik dan bersinar.
Aku memulakan sessi dengan pemasangan reel seat keluaran fuji dan getah EVA yang di modify/direka semula dengan menggunakan kertas pasir dan electric drill. Pemasangan reel seat hanya menggunakan epoxy clear 2 tone sudah cukup memadai. Proses seterusnya adalah meletakan setiap ring guide ke posisi yang betul agar dapat menampung dan mengagihkan berat di sepanjang batang joran dengan betul.Tanpa segan silu aku meronda kedai-kedai pancing dan meneliti joran-joran mahal yang disusun di rak pancing seperti Xoga, Storm adajo dan lain-lain..hehehe..tengok rekaan, susunan guide dan aksesorinya bro..baru la dapat idea…tapi..mana la sama dengan custom rod profesional yang memang cari makan…janji boleh pakai..hehehe
naik juling biji mata bagi memastikan kedudukan guide lurus hingga ke tip
Setelah siap mengikat ring guide pada batang joran, aku memilih waktu malam untuk mengukuhkan ring guide dengan epoxy. Campuran 1:1 resin dan hardenar seperti yang ditunjukkan di dalam video benar-benar diikuti. Proses ini tidak lah lama sangat dan mesin mesti sentiasa berputar agar epoxy yang masih cair kekal dikedudukannya sehingga ia mengeras. Berapa lama bro? 5 hingga 12 jam..hehehe..asal jangan ‘black out’…memang musnah kerja-kerja ini!
siap juga akhirnya....hehehehe

Lepas sahur, aku mendapati epoxy mengeras dengan cantik, rata dan berkilat.pergghhh..puas hati bro..ni kali laaa..Tidak sangka aku berjaya menyiapkan projek custom rod ini. Walaupun quality buatan custom tidak seberapa dan memang tidak secantik joran yang dijual di kedai..aku rasa berbangga..mungkin lengkap lah sedikit rasanya status sebagai pemancing ni. Namun masih terlalu banyak yang perlu dipelajari. Pelan-pelan bro…yang penting mencuba.