Rabu, 22 Disember 2010

Lesen Selungsung Mandahan

Ahad 19.10.2010: sehari selepas mengelepar di muara Bongawan, kami mencuba nasib di muara Mandahan memandangkan keadaan air yang agak jernih. Keadaan air surut menyebabkan kami terpaksa mengheret bot ke gigi air. Setelah berhempas-pulas, akhirnya bot yang terapung di permukaan air menimbulkan kuntuman senyum. Seketika kemudian KOB datang dengan bekalan kuih-muihnya..hehehe..syukurlah, tidak lah naik dugal nanti.
Gewang yang sama hook up Ungah mengelepar kelmarin,kini hook up Kerapu pula.

Kami memulakan acara dengan kaedah trolling menggunakan gewang minnow memandangkan keadaan sungai yang agak cetek dan landai. Hanya satu pusingan, aku mendapat sambaran dari seekor Kerapu. Satu permulaan bagus..hehehe.
Membersihkan lubuk untuk memudahkan gewang dihantar ke spot yang dikehendaki.

Kami menghulu dengan kaedah trolling dan berhenti di lubuk pokok untuk cubaan mengilat. Keadaan air yang agak surut mendedahkan struktur lubuk yang telah agak kosong dengan bangkar. Atas sebab itu, ikan telah berpindah lubuk dan hasil casting adalah kosong.
Selungsung juvenile yang menyambar ketika aku berhenti untuk meleraikan tali yang berselirat.

Kami kembali ke muara dengan teknik trolling. Aku mendapat satu sambaran yang agak kuat namun rabut. Oleh itu, aku maneuver bot ke muara dan mengulangi tempat yang sama. Tanpa disangka, gewang ku yang berpeluk dengan gewang Pjal menyebabkan gewang KOB bersendirian ketika dihentam oleh seekor Selungsung Juvenile.
Selungkang yang meminati gewang abu tormentor

Perlawanan tidak lama tetapi nampak menyeronokkan. Setelah beberapa kali junaman, Selungsung akhirnya tewas. Ia juga merupakan Selungsung pertama KOB. Tahniah!
gewang yang sama.INGAT! 2 ekor ikan untuk satu gewang yang sama.BUKANNYA seekor ikan untuk 2 gewang yang berlainan seperti yang selalu dilakukan oleh kaki AUTA!!

Acara selepas itu lebih banyak kepada teknik casting di beberapa lokasi. Namun, suhu air sungai yang sejuk benar-benar menyebabkan Ungah lebih suka berselimut. Akhirnya, kami menamatkan trip kira-kira pukul 10:30 dalam keadaan cuaca mula mendung.
Boleh lah untuk trip yang hanya beberapa jam.

Kesimpulannya, keadaan suhu laut yang sejuk juga mempengaruhi suhu sungai akibat tiupan angin dan pasang surut. Memang harapan tidak diletakkan terlalu tinggi untuk kejayaan trip. Cukuplah sekadar melihat renangan gewang, perbualan dan gelak ketawa sudah boleh menghiburkan hujung minggu. Apapun akan datang, diharap musim kemarau akan menjanjikan trip casting yang meriah dengan strike.salam

Ahad, 19 Disember 2010

MJ yang MENGELEPAR..hehehehe.

Sabtu 18.12.2010: Aku, Tay dan cikgu Faizal, beraksi menduga muara Bongawan setelah agak lama ia sepi diselubungi kekeruhan. Ketidak sabaran untuk casting sentiasa melonjak dalam diri. Memandangkan hujan telah tidak turun beberapa hari yang lepas,kualiti air semakin baik.
MJ yang sempat mengelepar setelah menyambar gewang patut sedar di mana ia berada. Sebaiknya, ia harus duduk di dalam lubuk ketika suhu sejuk begini daripada menunjukkan kesamsengannya yang bila-bila masa boleh lenyap dek keceluparan mulutnya mengerkah gewang.

Perkara yang saya amat pasti akan menjejaskan jumlah strike adalah, suhu air yang sejuk dan kapasiti air paya yang pekat kemerahan dari kawasan tadahan Desa Hatchery. Kira-kira pukul 6:30 am kami mula casting di lubuk Kerapu.gewang storm bersilih ganti dihantar ke lubuk. Sambutan tetap sepi disebabkan jelas suhu air amat sejuk ketika merendam kaki awal pagi tadi.
Sempat melatih jari jemari membuat ikatan FG sebelum pulang ke rumah

Ombak amat kuat menutup muara sungai menyebabkan ramai kaki pancing bagang terkandas di muara. Kami masih tetap setia casting tanpa henti di beberapa buah lubuk.apabila air semakin berwarna merah, kami menamatkan trip kira2 pukul 9:00 am dengan acara trolling. Tanpa disangka, gewang storm clown ku disambar oleh MJ MENGELEPAR dipertengahan sungai.hanya sekejap sahaja, ia berjaya ditewaskan untuk acara penutupan.
Secara keseluruhan, suhu air yang amat sejuk dan air paya yang tawar mengganggu keaktifan Ungah. Namun begitu, gian telah terubat dengan acara yang telah mengeratkan lagi hubungan persahabatan kami.salam.

Isnin, 13 Disember 2010

salam muhibbah

salam muhibbah kepada semua rakan caster.
post rentap sungai sapat saya simpan kembali daripada diterbitkan untuk kebaikkan semua pihak.Saya memang telah membuat teguran membina yang diharap dapat menjadi pengajaran berguna kepada kita semua terutamanya bakal penulis artikel agar ia tidak berulang. Namun, post tersebut tanpa sengaja telah menyentuh emosi beberapa pihak dengan 'sedikit godakkan terhadap tahap maturity'.Walaupun saya telah mendapat terlalu banyak maklum balas melalui e mail yang menyatakan persetujuan dengan saya, namun post tersebut tetap akan disimpan sebagai peringatan.Oleh itu, saya mohon maaf terhadap sesiapa yang tersentuh,tersinggung dan teremosi berkenaan dengan tulisan tersebut.saya menyedari walaupun niat saya memang ikhlas,namun tidak semua akan menerima keikhlasan tersebut.Bagi saya, kejujuran adalah segala-galanya dalam perkongsian ilmu dan maklumat.salam.

Jumaat, 10 Disember 2010

Ungah Bundu

Aksi otaipurun di Bundu yang kisahnya bakal diceritakan dalam keluaran majalah Sirip Januari 2010 (jika tiada aral melintang).Apapun, dalam keadaan cuaca yang kurang mesra pancing ketika ini menjadikan video ini sebagai pengubat rindu.

Jelasnya,kita mestilah redha dengan keadaan cuaca sekarang. pasti ada hikmah disebaliknya.Pendek kata, kasi can semua Ungah dan Selungsung rehat, gewang rehat,joran dan kekili rehat...orang rumah pun senang hati..hehehe..salam.

Ahad, 5 Disember 2010

Selungsung hujung tahun

Tiada rancangan teliti dibuat untuk trip casting ini. Aku sampai lewat dari Ranau semalam dan menghantar mesej yang positif kepada Tay untuk casting ahad pagi. Aku langsung tiada maklumat berkenaan keadaan air, namun trip tetap diadakan jua memandangkan isnin aku ada kerja di Kudat.
Mau kekili baru nih..baru cast lancar.

Sabtu pukul 6:30 am, aku dan Tay bertolak dari jeti.Air surut pada 0.4 m dan keadaannya agak keruh.Apakan daya, perahu dan enjin sudah ready.trip tetap diteruskan.Kami terus menuju ke tukun tanpa menaruh sebarang harapan. Di lubuk pertama, gewang Storm Thundercrank hijau belang menjadi peluru manakala Tay lebih suka menggunakan gewang Storm Thundercrank tiger. Selepas 3 lontaran, gewangku tiba-tiba disambar dengan pemangsa melakukan larian melintang. Sedikit kawalan kemas dan setting drag kekili yang betul, berjaya menumpaskannya. Seekor Selungsung juvenile menjadi peminat gewang storm kali ini.
Keadaan air keruh tidak menghalang Selungsung ini untuk menyambar gewang kerana visionnya yang amat bagus.
Saiznya agak kecil namun tenaganya padu.

Kami bersilih ganti melontarkan pelbagai warna gewang.Namun, keadaan suhu air yang sejuk dan keruh menyebabkan ikan culas dan lebih suka memendamkan diri di bawah kayu.
Otai bottom..Suratman yang telah menaikkan Ungah yang tidak terkira jumlahnya sejak zamannya bujang.Rekod terbesar tangkapannya adalah Ungah seberat 3 suku kg.Sayangnya, tiada bukti bergambar atas pelbagai sebab.Saya akur kerana beliau adalah seorang yang amat dipercayai.

Sayangnya air sejuk dan keruh.Jika tidak, keadaan air yang naik cantik itu pastinya menyaksikan banyak sambaran.Pukul 10:00 am, kami berdua kembali ke jeti dan aku terkejut kerana rakan seNelayan..Aliuman mengadakan majlis kahwin anaknya.So, selepas mandi, aku bergegas kembali ke majlis kahwin tersebut.Nyatanya, di sana ramai rakan seperjuangan di laut di temui.Pelbagai cerita timbul berkenaan aktiviti memancing masing-masing.salam dari Lempayun.