14/06/2015(Ahad): Cuti sekolah selama 2 minggu mula menutup
tirainya. Rasa macam sekejap saja masa berlalu. Kalau la ada seminggu lagi ni..hehe..mesti best ni. Hari ini adalah hari terakhir sebelum sekolah mula dibuka esok. Untuk
itu, hari terakhir ini sebaiknya ditutup dengan acara pancing dasar di bagang. Cari ikan untuk sahur bha bro..hehehe
|
Ikan berkualiti yang menghuni struktur tiang-tiang bagang. Janji rajin bro, ada laa hasil untuk famili. Fresh dan berkualiti. |
Pukul 6:20 am(agak lewat), kami melepasi muara sungai
Bengawan dalam keadaan cuaca yang mendung. Jelas kelihatan awan hitam gelap sarat dengan angin dan hujan berlapis-lapis sedang menjarah Pulau Tiga. Ala..jauh bha tu. Sempat lagi cari
lauk makan ni.
|
Jauh lagi bha ni bro. |
Umpan Pusu telah pun diambil awal oleh rakan
pancing yang turun beraksi bersama pakciknya. Bot mereka yang berpangkalan di
kampung Biau, seawal 4 subuh telah berada di bagang untuk mendapatkan umpan dan terus memancing.
|
Makin dekat sudah tu. Bha apa lagi..jangan ditunggu. Buka ikatan, kita cabut dulu selamatkan diri. |
Aksi dimulakan dibagang terbawah sekali namun sambutan dari
penghuni dasar amat dingin. Anak-anak ikan yang rakus menghabiskan umpan di
dasar menyebabkan kami berpindah. Tidak tahan asyik menukar umpan. Berpindah di bagang kedua sebelah atas juga tidak
menghasilkan keputusan yang bagus. Keadaan arus yang amat lemah dan air agak
sejuk menyebabkan ikan tidak aktif. Sesekali ikan Kerisi mencelah ke dalam tong
ais.
|
Berhenti di Muara sungai. Gelap betul hari dan angin juga amat kencang betiup. |
Kami mengambil keputusan untuk berpindah ke
bagang Mandahan. Ketika itu, Pulau Tiga sudahpun ditenggelami oleh awan hitam
bersama hujan lebat. Perghh..memang menempah mara ni jika tidak sempat melarikan
diri.
|
Anggun dan bergaya. |
Sambutan awal agak dingin namun kami tetap
bertahan dengan alasan, pindah ke mana pun sama juga. Arus amat kurang. Sesekali umpan Pusu
kelmarin yang sempat aku bawa pagi tadi di tabur berdekatan tiang bagang.
Tujuannya, untuk memujuk penghuni bagang keluar dari rumah untuk mengutip Pusu.
|
Ada pemancing yang terus pulang. |
Berhasil bro..hehehe..Ikan Temenung Pulau mula memunculkan
diri. Kami bersilih ganti mendaratkan Ikan Temenung tersebut. Ikan-ikan lain
seperti ikan Putih, Umpak dan lain-lain juga aktif menekan joran. Sesekali
bukan sahaja double hooked up..malahan sampai treble hooked up!..tak menang
tangan brooo. Frenzy sungguh!
|
Kalau dah berkumpul ramai-ramai begini, sessi 'betutak'(borak kosong) menjadi pilihan. Mana la tau angin berhenti bertiup, mumgkin sessi memancing boleh masuk pusingan kedua. |
Ketika sedang asyik melayan ikan dasar, ikan permukaan seperti
ikan Berusak@Bruce Lee dan Surui juga muncul. Sempat juga kami layan seadanya.
Aku kurang serius melayan spesis tersebut memandangkan aku lebih berminat
dengan ikan dasar. Ketika tengah rancak memenuhkan tong ais, angin dari laut
mula bertiup..alamak…
|
Awang yang mengambilkan umpan Pusu lebih untuk kami menayangkan hasil terbaiknya sebelum ribut melanda. |
Hujan mula menitis menyebabkan kami berundur segera ke
bagang paling hampir dengan muara Sungai Bengawan. Faktor keselamatan bha
bro..takut tidak sempat lari. Tidak sampai 20 minit berlabuh, angin sejuk mula
terasa. Kelihatan bot-bot pancing lain berbondong-bondong memecut masuk ke
muara.
Kami juga tidak ketinggalan dan segera beredar.
Bot baru mudah dipecut laju menuju muara sungai. Sebaik sahaja memasuki muara, angin
kencang mula bertiup. Lega rasanya apabila berjaya melepaskan diri dari angin
ribut.
|
Boleh laa untuk pancingan sehingga jam 10:30 am. Kalau di pasar ni..banyak RM kena keluar poket..yang penting segar bha bro. |
Suasana muara sungai agak meriah apabila semua bot-bot
pancing berkumpul dan berbual sesama sendiri. Jam baru sahaja menunjukkan angka
10:45 am. Tunggulah hingga jam 11.30 jika angin tidak reda, tamatkan trip. Akan datang boleh turun lagi.
|
Sedia untuk dipanggang. |
Jam 12:05 pm, kami telah pun berada di garaj bot
dan mula mengemaskan peralatan. Ketika itu angin masih bertiup dan hujan renyai turun serta langit juga mendung. Hasil pun boleh tahan dan agak puas melayan
tarikan-tarikan kuat di bagang. SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA dari
teamlempayun. Puasa ni pun tatap beraksi!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan