Selasa, 1 November 2011

selepas lama tidak beraksi bro

isnin 31.10.2011: agaknya amat lama gewang-gewangku tidak bertemu dengan sungai Bongawan. Sehingga petang isnin, rasa terpanggil untuk menduga muara Bongawan yang lama tidak dijeling.Kira-kira pukul 2:40 PM, Aku dan shafie bergerak ke Seri Serbang. Tanpa membuang masa, kami melakukan acara tundaan ke muara. namun, aksi berlalu tanpa sebarang sambaran.
Asyik menunda gewang dengan doa penuh harapan

Kami mula casting di serata lubuk dengan sesekali getuan Buntal dirasai.penat casting, kami menunda dan begitulah aktiviti yang berlangsung. Ketika kami menghulu sungai, gewang ofmer yang ku tunda tidak semena-mena direntap padu, kelajuan sentapan mengatasi ketegangan drag menyebabkan perambut putus meletup begitu sahaja. Sambaran ganas ini menyebabkan tanganku menggigil dengan perasaan mengujakan. Kami mengulangi tundaan di tempat yang sama, namun ia pasti sudah jauh melarikan diri.
Mangsa pertama yang berminat dengan gewang Tutut ( Bakau Putih )

Air amat jenih, hangat dan menyongsong pasang ketika kami menunda. Tanpa disangka, gewangku diterkam ketika jam menunjukkan angka 5:10 pm. Larian yang laju mengesahkan identitinya sebagai Ungah yang sudah lama tidak ditemui. Kami meneruskan acara tundaan di sepanjang tebing. Sekali lagi gewangku disambar tetapi rabut tanpa sempat melakukan sentapan lembut. Gewang Tutut disambar lagi kira-kira 70 meter menghampiri garaj bot ku. Ungah yang bersaiz sama menjadi peminat kali ini.
Asyik-asyik gewang Tutut, gewang Ultraman langsung tidak dipandang.


Hari yang semakin gelap tidak mengizinkan kami untuk beraksi lebih lama. Pukul 6:00 pm dah mulai gelap broo..Kesimpulannya, memang agak teruja apabila bertemu lagi dengan idaman hati. Hujan yang turun semalaman seakan-akan tidak mengizinkan trip ulangan diadakan.Memang ada hikmahnya tu bro...salam..