Isnin, 27 Julai 2015

FADs aka LAWA-LAWA Part 1

26/07/15(ahad): teamlempayun melangkah ke tahap baru apabila menyertai group pancing yang lain dalam usaha menambah jumlah lawa-lawa di Teluk Bengawan. Lawa-lawa atau lebih dikenali di peringkat antarabangsa sebagai FADs (Fish Aggregating Devices) adalah struktur yang dapat mewujudkan satu rantaian kehidupan akuatik tersendiri di sesuatu tempat. Ianya ditandai oleh buluh yang berdiri secara vertical di permukaan laut. Bagaimana buluh itu boleh berdiri?nanti saya ceritakan.
Awal pagi memuatkan bot dengan set labuhan lengkap lawa-lawa
FADs
FADs atau dalam bahasa tempatan, lebih dikenali sebagai Lawa-Lawa atau di semenanjung adalah Unjam. Tradisi membina lawa-lawa ini sudah bermula agak lama oleh para nelayan tradisional dalam usaha mengumpulkan pelbagai spesis ikan di bawah satu bumbung. Oleh itu, mereka perlukan satu struktur terapung yang mampu menarik kehadiran anak-anak ikan sekaligus menjemput spesis ikan yang lebih besar datang bertandang.
Pelepah nipah yang berdaun sebagai aksesori tambahan diikat ditali yang menghubungkan karung pasir sebagai pemberat dengan buluh sebagai pelampung
Material
Penggunaan material semulajadi seperti buluh, pelepah nipah, ranting buluh, kayu bakau, pokok Perapat, Pokok Baru dan lain-lain lagi boleh diperolehi dari alam sekitar. Hanya tali (5mm) dan karung plastik sahaja yang perlu dibeli dari kedai. Sebelum itu, buluh ditebang dan dikumpulkan di satu tempat yang berdekatan dengan sungai. Ianya untuk memudahkan pengangkutan ke muara sungai. Pelepah-pelepah nipah pula boleh diambil dari pokok nipah yang hidup subur ditepi sungai berair payau. Manakala, Raas pula dari pokok apa saja yang dirasakan perlu.
Pemancing yang baru hendak turun ke laut
Kaedah
Tali akan dipotong mengikut kedalaman laut yang dipilih menjadi lokasi pembuangan 'melabuh' lawa-lawa. Pengetahuan sedia ada yang diwarisi sejak turun temurun ini menjadi panduan dalam memilih lokasi melabuh lawa-lawa. Pemilihan cuaca yang baik dan laut yang teduh akan memudahkan proses melabuh lawa-lawa. Keadaan bot yang penuh sesak dengan labuhan agak merbahaya jika proses melabuh dilakukan ketika laut berombak.
Menunggu rakan dengan sebuah lagi bot yang sarat dengan 2 set labuhann lawa-lawa. Teduh laut bro, jelas kelihatan air sungai dan air laut bertaut mesra di muara.
Tali yang bersaiz 5 mm menjadi pilihan ramai kerana ukur lilitnya yang sesuai untuk mengikat bahan-bahan tadi. Biasanya, segulung tali adalah seberat 2.9 kg dan berharga di antara rm 40 hingga rm 55. Segulung tali dianggarkan cukup untuk 8 buah lawa-lawa. Tali akan menghubungkan setiap bahagian tadi iaitu karung pasir di dasar, Raas diikuti dengan pelepah nipah dan buluh sebagai pelampung di permukaan laut.
sebuah bot lagi datang dengan 2 set labuhan. Sebuah lagi akan mengambil labuhan lain. Hari ini sahaja ada 6 labuhan dibuang ke satar
Sesebuah bot biasanya akan membawa satu atau 2 labuhan (labuhan adalah set lengkap lawa-lawa yang terdiri dari buluh, sekarung pasir, pelepah nipah dan Raas dari potongan dahan atau ranting pokok apa saja) ke lokasi. Itu pun bergantung kepada saiz bot anda. Karung pula akan diisi dengan pasir yang bertindak sebagai pemberat yang akan memegang lawa-lawa dari dasar.
Bangkai Ikan Manyong yang ditemui terapung di tepi sungai. Manusia mana laa  agaknya ni yang langsung tidak bertanggungjawab. Jika tidak mahu, catch and release laa…apa raaa
Nelayan tradisional/Otai
Di Teluk Bengawan, tidak ramai nelayan tradisional yang masih tinggal mengusahakan lawa-lawa untuk periuk nasi masing-masing. Sepengetahuan saya, nelayan tradisional dari bengawan masih aktif melabuh lawa-lawa di tengah laut. Para nelayan tradisional amat serius dalam mengusahakan lawa-lawa ini. Mereka menganyam pelepah Nipah dan memperbanyakan Raas dalam setiap labuhan. Setelah siap, mereka akan mengumpulkan set lawa-lawa sendiri di muara sungai. Jika mereka hendak melabuh esok paginya, petang sebelum itu, set lawa-lawa sudah sedia dimuatkan ke dalam bot. Tidak membuang masa. Beberapa kali dalam sebulan, mereka akan membawa labuhan ke laut untuk menambah bilangan lawa-lawa di lokasi masing-masing. Semakin banyak labuhan, semakin banyak spesis ikan akan tertarik ke lawa-lawa masing-masing. Ianya ibarat oasis di tengah padang pasir.
Kenapa mesti dibawa pulang jika teragak-agak hendak mengambilnya. Lepaskan saja laa bro kerana ia juga adalah sebahagian dari rantaian akuatik
Nelayan tradisional juga tahu jenis-jenis pokok yang boleh dijadikan Raas  yang mampu menarik perhatian spesis ikan tertentu. Contohnya, penggunaan Raas dari pokok bakau akan menarik perhatian ikan Kerapu untuk menginap. Selain dari itu, mereka juga ada lawa-lawa khas yang digelar lawa-lawa muda untuk menarik perhatian sotong untuk datang menginap dan bertelur. Bila musim sotong, lawa-lawa muda ini mampu menghasilkan puluhan kilo sotong mengabang/harimau kepada mereka.
Otai yang sudah lama bersara kini kembali. Beliau nampak agak cergas dalam melakukan kerja-kerja sebegini. Syukurlah..fishing is a therapy.
Satar
Lokasi melabuh lawa-lawa ini dikenali sebagai Satar. Masing-masing nelayan mempunyai satar sendiri yang tidak akan diganggu oleh nelayan lain. Terdapat 'Unwritten code' yang saya akan sentuh di bahagian seterusnya. Kebiasaannya satar adalah satu garisan yang tidak kelihatan pada mata kasar tetapi menunjukkan barisan lawa-lawa milik individu bermula dari pesisir pantai hingga ke tengah laut. garisan yang tidak nampak ini tidak akan diceroboh oleh  nelayan lain yang berniat hendak melabuh lawa-lawa. Tradisi ini telah bemula sejak sekian lama dan masih dikekalkan oleh para nelayan tradisional. Kelebihan satar adalah, nelayan akan boleh mengenalpasti lawa-lawa miliknya hingga ke tengah laut tanpa tersilap menuai hasil di lawa-lawa milik orang lain.
Sessi membuang labuhan di lokasi. ranggas buluh adalah bahagian kedua akhir yang dilepaskan sebelum sinker(karung berisi pasir) dilepas ke dasar laut. 
Melabuh lawa-lawa
Sebaiknya buluh akan ditambat pada bot dan pelepah serta Raas akan diikat kukuh di badan bot ketika dalam proses penghantaran labuhan ke tengah laut. Jika set ini tidak diikat kukuh di badan bot, risiko buluh dan lain-lain akan terjatuh ataupun mencederakan boatman serta awak-awak adalah tinggi ketika keadaan laut berombak. Apatah lagi ketika melepasi muara yang selalunya agak bahaya ketika musim monsun. Boleh mendatangkan nahas ni bro. Perjalanan bot agak perlahan kerana sarat dengan labuhan yang agak berat. Ketika ini, penggunaan minyak agak tinggi dan enjin bot terpaksa berkerja keras membawa beban menuju lokasi. Apabila tiba di lokasi, kerjasama amat perlu ketika mengikat tali kepada karung pasir, buluh, Raas, pelepah nipah dan buluh. Arus dan arah angin diambilkira sebelum melepaskan labuhan. Saat membuang labuhan ini adalah kritikal dimana faktor keselamatan diutamakan. Segala bahagian perlu dipastikan telah berada di luar badan bot sebelum karung pasir dilepaskan ke dasar laut. Jika ada antaranya tersangkut di badan bot, karung pasir yang dilepaskan akan menyebabkan bot terbalik…totally disaster bro!..bersambung

Sepetang bersama Adam@Grukul

25/07/15(Sabtu): Petang jam 5:30 pm, Grukul datang ke rumah untuk mengikuti sessi menyediakan assist hook dan ikatan improved FG. Selain itu, ada penerangan berkenaan bentuk-bentuk jig, kesesuaian rod, line dan peralatan kecil yang lain. Sessi belangsung sehinggan jam 8:00 malam dan kami berjaya menggunakan kesemua material yang dibawanya untuk dijadikan 'end product'.
Beruntungnya, Grukul adalah seorang 'quick learner'. Apa sahaja yang dikongsi bersamanya, dengan mudah dikuasainya. Sayangnya, beliau kehabisan rambu untuk melengkapkan kesemua jig miliknya yang semakin bertambah.
Semoga Grukul akan menjadi seorang jigger yang penuh ilmu di dada dan menurunkan semua ilmunya kepada jigger-jigger baru.salam

Jumaat, 24 Julai 2015

Lesen pancing dari Mentua Bini.

23/07/15(Khamis): Setelah berjaya melalui ujian tahap kecergasan dalam trip pertama dulu, tidak disangka beliau join lagi dalam trip seterusnya. Bezanya dalam trip ini, penyertaan beliau kali ini adalah secara sah berlesen yang dikeluarkan sendiri oleh menteri hal ehwal dalam rumah..hehehe..Kali ini, trip pancing bagang disertai juga oleh Grukul. Seperti biasa, jam 5:30 am kami bertemu di Petronas Bengawan untuk menambah bekalan gas.
tugas 'anchorman' macam biasa laa. Selain dari menambat bot ke bagang, beliau juga perlu memanjat bagang yang tinggi untuk mendapatkan umpan Pusu. Sesuatu yang agak sukar untuk orang yang berpenyakit gayat.hehehe
Jam 6:05 am, kami melepasi muara sungai dengan amat mudah. Hujan selebat-lebatnya petang rabu, menyebabkan laut teduh-seteduhnya ketika kami menuju ke bagang terdekat untuk mendapatkan bekalan umpan pusu. Macam cermin bro..teduh lantai. Namun, umpan Pusu agak sukar diperolehi disebabkan hujan lebat telah menyebabkan permukaan laut sejuk dan Pusu kurang timbul di permukaan
Posing dulu Grukul
Di bagang ke 5, aku merasakan bekalan umpan pusu agak mencukupi untuk kami bertiga dalam pancingan setengah hari ini. Ketika ini, suhu air laut agak sejuk dan pergerakan arus juga amat perlahan. Berdasarkan pengalaman, pasti ikan kurang mematuk. Setelah sunyi sepi tanpa sebarang getuan dalam tempoh 10 minit, selepas itu, "Mari Grukul..pindah"!.
Teduhnya laut tu bro…enjoy memancing tapi sayang ikan di dasar agak culas
Kami bergerak ke bagang pertengahan dan mula melabuh pancing masing-masing. Tidak disangka, kami menerima sambutan yang agak meriah dari pelbagai spesis ikan seperti Umpak, Jarang gigi, Kirung-kirung, Temenung, Kekapas dan lain-lain lagi. Namun, populasi kirung-kirung bersaiz ibu jari yang terlalu banyak menyebabkan umpan pusu tidak sempat dijamah oleh ikan yang lain..tidak tahan bro turun naik pasang umpan..pindah laaa..
rakan sepancingan yang mencuba nasib di bagang yang sama
Beberapa bagang seterusnya menemukan kami dengan kerancakan ikan Temenung dan Umpak yang sesekali melarikan umpan. Ikan Temenung berkumpulan naik ke permukaan air mengejar sisa umpan menandakan suhu air yang sejuk. Bukan petanda yang bagus sebenarnya..pindah lagi. Perlu rajin pindah bro..mana laa tau terjumpa dengan 'honey hole'.
Lesen Umpak beliau

Hampir jam 11:00 am asyik berpindah, kami akhirnya kembali ke bagang-bagang di sebelah Hulu(Membakut). Ketika ini, hanya ikan Temenung dan Kerisi menjamah umpan. Bole laa dilayan dan ini lebih baik dari tiada. Layan saja bro..
bekal makanan yang lazat..ikan goreng Jarang gigi dan telur masin..pergghhhhh!!!

Jam 12:30 pm, keadaan laut yang masih teduh memberikan keselesaan acara memancing buat kami bertiga. Malangnya, sambutan yang kurang dari penghuni dasar agak menjengkelkan kami. Nasib baik angin laut mula bertiup dan menyejukan kami dari cahaya terik matahari.
Acara wajib dalam arena pancingan bagang. Berulang kali aku menyatakan..makan dalan situasi begini memang akan meningkatkan selera makan anda.
Kami bertiga sepakat untuk menamatkan trip ini memandangkan tidak berbaloi menunggu ikan yang tidak kunjung tiba. Jika ikan rajin mematuk, sampai pukul 3 petang pun ok ni bro.. Untuk rekod, kelmarin acara soloku, tong 35 liter hampir penuh dengan pelbagai jenis ikan..hari ini..ke mana pula pergi mereka ya?
Grukul juga sedang berusaha menambah ukur lilit pinggangnya
Pancingan bagang tidak menjanjikan tangkapan yang mewah setiap kali turun memancing. Oleh itu, setiap pemancing bagang perlu bersedia menerima apa saja keputusan pancingan hari itu. Kerana, adakalanya meriah dan ada kalanya kumpau berjemaah. Hasil pancingan hari ini tidak akan sama dengan hasil pancingan esok hari. Apapun, kena cuba dan tawakkal kepadaNya.syukuri apa saja hasil tangkapan hari itu.
rezeki untuk pancingan setengah hari. Percuma dan segar dari ladang!
Kesimpulannya, persembahan mentua yang nampak agak menyakinkan membolehkannya untuk menyertai trip yang akan datang. Keceriaan dan kesihatannya nampak semakin bagus. Betul laa kata seseorang..memancing ini satu terapi….salam ikhlas dari lempayun

Khamis, 23 Julai 2015

Setelah sekian lama: Edisi Bapa Mertuaku

21/07/15(Selasa):Setelah 8 tahun tidak bermain ombak, akhirnya beliau kembali menghirup segar bayu laut. Usia remaja diwarnai dengan kehidupan nelayan yang bergelmumang di takat-takat W.P Labuan, dilambung ombak untuk mendapatkan ikan yang hanya dijual 80 sen sekati(600 gm), kini kembali mengimbau nostalgia.
Sendakau/jaul handmade. pattern tahun 70an kini kembali dengan material baru.
Kesibukan mencari rezeki untuk keluarga dengan pekerjaan sebagai despatch Sabah Cement selama berpuluh tahun menyebabkan hobi ke lautnya dipendam buat sementara. Kerja dari isnin hingga sabtu petang memandu ulang-alik dari rumah di Bengawan ke Sepanggar amat memenatkan dan tidak mengizinkan aktiviti lain selain berehat pada hari ahad.
Banyak kisah silam diungkit sambil menyiapkan sendakau ini
Setelah pencen pada usia 56 tahun, beliau tercari-cari arah untuk memenuhi masa lapangnya. Selain dari melakukan kerja harian di rumah, bertukang dan lain-lain lagi masih belum dapat mengisi kembali ruang yang telah ditinggalkan sekian lama. Hobi memancing sudah terlalu lama ditinggalkannya. Kini, tiba masa untuk menuntut masa silam yang telah hilang itu.
sinker Jaul yang diusahakannya. Pengetahuan lama ini masih belum hilang sepenuhnya dari dirinya.
Entah mengapa tetiba beliau ini menyatakan keinginannya untuk ikut sama ke laut. Aku agak terkejut kerana selama hampir 10 tahun ini sering menyaksikan aku ke laut, belum pernah beliau menyuarakan keinginannya. Aku agak ragu-ragu kerana tidak pasti dengan tahap kecergasannya. Apapun, cuba dulu laa..tengok amacam.boleh kaa tidak..
Pertama kali turun setelah 8 tahun tidak ke laut dan berpuluh tahun tidak memancing, disambut dengan keadaan laut yang agak berombak dan angin kencang.
Selasa itu, kami bertiga melepasi muara sungai kira-kira jam 6:05 am, angin bertiup dari selatan agak kencang menyebakan permukaan laut agak berombak. Perjalanan mengharungi ombak dengan tiupan angin dari tepi menyebabkan air memercik setiap kali bot menghempas alun..apa lagi bro..basah kuyup. Namun, perjalanan tetap diteruskan.
Permukaan laut Yang tidak mesra ditambah lagi dengan sambutan penghuni yang zero sehingga hampir jam 10 pagi, menyebabkan kami 'kumpau berjemaah'..hehehe..kali pertama turun beliau hanya berjaya mendaratkan 2 ekor ikan Temenung sahaja..yang baring di depan tu dapat sekor Kerisi saja.
Dalam keadaan laut sebegitu, umpan Pusu masih banyak diperolehi..mewah bro!..semangat sungguh kami mencari spot berbekalkan umpan Pusu yang banyak dan cantik. Mula dari 6:30 am, kami berpindah randah hampir ke semua bagang dari Membakut hingga ke Mandahan, namun tiada sambutan dari penghuni dasar. Kami merasa pelik dengan keadaan ini. Agaknya air terlalu jernih dan arus yang agak lemah menyebabkan ikan tidak aktif. Ataupun berlaku gempa bumi yang menakutkan ikan.
Ungah Juvenile dari aksi membottom di muara sungai sebelum pulang ke rumah.
Setelah 'jarih'(jenuh)menunggu sehingga jam 10:00 am tanpa aksi memberangsangkan, kami mengambil keputusan masuk ke muara untuk mencuba aksi bottom sebelum pulang. Tidak perlu membuang masa jika begitu sudah keadaannya bro. Kesimpulannya, beliau ini nampak cergas untuk melakukan aktiviti ini dan semangatnya untuk menyertai trip yang akan datang agak mengujakan. Semoga aktiviti ini akan menyihatkan fizikal dan mental beliau ini. Amin.