01/06/2015(isnin):Setelah seharian berjigging di
Weston, badan terasa letih dan lesu serta mamai disiram hujan lebat dalam perjalanan
pulang ke jeti. Sebaik sahaja tiba di rumah, aku mandi dan merehatkan badan.
Walaupun penat, aku masih rasa teruja kerana bot baru teamlempayun akan sampai
malam ini.
Panjang bot 19 kaki memang cun habis! |
Jarum jam dinding menunjukkan angka 7:30 pm apabila hujan
lebat kembali melanda dan menyejukkan sum-sum. Perghhh..mencurah-curah turun macam air terjun.
Impaknya, mata mulai agak berat dan bayangan-bayangan layan strike di Weston
petang tadi kembali menerjah. Bila laa agaknya ada trip Weston ke 3 ye…
Bahagian dalam yang agak simple. Tong pun cukup besar untuk menyimpan banyak peralatan |
Aku menerima panggilan dari ‘transporter’
menyatakan dia baru bertolak dari Tuaran..alahai..lama lagi laa tu..kena tugak
mata juga ni. Janji untuk bertemu di Pekan Bengawan terngiang sayup. Lawan
ngantuk bro..hehe
Body yang anggun dan kepalanya yang tinggi cukup sesuai untuk memotong ombak di muara sungai Bengawan |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan