Sabtu, 11 Jun 2016

KALIS GIGI TAJAM

10/06/16(Jumaat): Setelah melalui beberapa kali trip memancing di sebuah lokasi, aku masih terasa akan keseronokkan strike berkali-kali dari para peminat jig. Strike padu melebihi 20 kali dalam trip pertama benar-benar menjerihkan urat sarafku. Namun, keperitan juga menjadi sebahagian dari keseronokkan ini apabila kebanyakan strike berakhir dengan kemenangan percuma para peminat jig...dan sesekali lenyap terus bersama jig kesayangan!..pergggggggghhh...memang tawa dalam tangisan.
Anak Tenggiri dikenali sebagai Lumading oleh nelayan tempatan sering datang dalam gerombolan besar memang diketahui memiliki gigi super-tajam
Aku yang hanya berbekalkan sedikit kevlar wire core (dawai yang dibalut dengan kevlar), tidak dapat bertahan lama apabila seekor demi seekor mangsa merabakkan kevlar dan sekaligus mengkeritingkan dawai. Akhirnya, hanya kevlar semata-mata yang menjadi taruhan. Pemangsa seperti Tenggiri dan Titir (Alu-alu) amat bermaharajalela di lokasi ini. Pantang air jernih dan hangat, mereka datang berbondong-bondong ke lokasi. Tahan jig saja bro..
Alu-Alu atau Titir juga adalah  spesis yang memiliki gigi super-tajam. Kehadiran Alu-alu sering tidak di'alu-alu'kan oleh para pemancing.Spesis ini juga sering terlajak strike hingga ke tali utama (braided line)..betul-betul kerugian bro!
Speed jigging merupakan kaedah terbaik menjerat spesis ini. Selalunya sambaran akan berlaku di pertengahan air. Malahan, sesekali berlaku strike mengejut Tenggiri hanya beberapa kaki dari badan bot! Jika perambut tidak cukup panjang, pasti braided akan putus meletup. Double dan triple hooked up sering kali berlaku. Ketika itu juga, keluhan demi keluhan akan kedengaran apabila tenggiri berjaya memutuskan assist hook. Kerap kali berlaku sambaran Alu-Alu terlajak hingga ke perambut. Di sini lah kata-kata 'manis' sering terlontar dari mulut apabila jig kesayangan berjaya ditukunkan..hehe..

Bayangkan jika anda kehilangan 5 biji jig ini angkara gigi tajam Tenggiri danTitir. Darab lah bro dengan harga yang tertera..Nasib baik aku dapat yang harga tidak sampai pun RM 10 untuk jig yang sama..hehehe..perlu pandai cari lubang bro.
Sebelum ini, aku memang telah menggunakan kevlar khas yang mengandungi 7x7 wire core, Namun kehabisan apabila sering digunakan dan panjang pun 5 meter sahaja bro. Ketika ini, kedai-kedai pancing pun kehabisan stok kevlar wire dan hanya stok yang tinggal bersaiz terlalu besar sesuai untuk jerung..hehehe. Aku mula memikirkan satu cara yang lebih murah dan senang untuk membuat assist hook yang menggunakan wire. Nasib baik aku masih mempunyai kevlar wire 15 lb di dalam peti pancingan bottom. Eksperimentasi bermula dan dibuktikan berjaya menumpaskan lebih banyak spesis bergigi tajam.
Mahal bro..RM 20++. 2 gulung dah harga hampir RM 50..perghhh..stok pun tiada di kedai-kedai pancing.
Satu lagi brand yang mampu mengatasi masalah gigi tajam. Cuma, harganya pasti akan menumpulkan dan merabakkan poket anda
Kelemahan wire bersaiz kecil adalah mudah keriting apabila kerap dikunyah oleh pemilik gigi tajam ini. Untuk itu, aku membeli wire 49 strands bersaiz 40 lb berharga rm 15++. Panjang 10 meter dan jauh lebih lembut dari dawai biasa. Mulanya memang agak sukar untuk mengikat rambu dan matakail menggunakan wire ini, namun usaha pelan-pelan bro,,ujung-ujung ok juga tu. Sila ikuti proses pembikinannya yang amat mudah dan ringkas dari bahan-bahan murah yang berdaya tahan.
1: Wire yang aku gunakan hanya dijual di TCE Tackle. Aku pun heran, 49 strand yang dijual dikedai lain harga mahal giler!RM berpuluh-puluh! 
2: Apa sahaja rambu pun boleh digunakan sebagai tambahan pemikat vision pemangsa
3: Solid ring size 3.0, matakail fire eagle SS size 16, sleeves dan wire 49 strand
4: sleeve yang aku potong 2 supaya ikatan boleh dilakukan dalam ruang yang kecil dimanafaatkan sebaiknya.
5: Begini lah tu bro apabila wire diikat pada solid ring menggunakan sleeve yang dipotong 2.Nampak lebih kemas berbanding simpulan.
6: Langkah selanjutnya, pastikan matakail saling berhadapan. Rasionalnya, serangan dari arah manapun pasti akan disambut oleh kedudukan matakail yang menghala ke arah pemangsa.
7: Saham jig ditingkatkan lagi dengan tambahan rambu pada assist hook yang sering disalah erti sebagai janggut sotong. Tidak perlu la cantik sangat bro, ikan tidak kenal cantik atau tidak. Jika rajin boleh bungkus ikatan dengan tube warna kegemaran anda.
8: Bikin banyak extra bro, jika rosak hanya perlu diganti dengan assists yang dah ready. Saat frenzy pun tidak terlepas begitu sahaja
Kongsikan dengan rakan-rakan bro dan jangan kedekut ilmu. Apa saja  ilmu yang bermanafaat boleh mendatangkan kebaikan dan keseronokkan bersama. Anda perlu sentiasa memikirkan apa sahaja kaedah yang boleh menjimatkan kos pancingan anda dan jika ada sebarang idea atau ilmu yang sama, jangan ragu dan kongsi bersama rakan-rakan atau e mail pada lempayun@gmail.com. Mudah-mudahan rezeki anda semakin murah..asyikkkk kau saja kena strike!!hehehehe..selamat mencuba!