Jumaat, 12 Mac 2010

Perkongsian ilmu siri 3: treble atau single hook ( keputusan dan dapatan )

Baru-baru ini, saya telah mengadakan beberapa siri ujian gewang menggunakan matakail tunggal. Untuk gewang bersaiz 7 cm, saya menggunakan matakail Owner bersaiz 1/0 manakala untuk gewang bersaiz 9 cm, matakail Owner bersaiz 3/0 digunakan. Gewang dari jenama XXX diuji sepenuhnya.

Keputusannya seperti berikut;
Dapat:
-3 ekor MJ bersaiz melebihi sekilogram,
-3 ekor MJ di bawah 700gm hingga 1000 gm
-1 ekor Kerapu sungai.
Terlepas:
-2 sambaran padu semasa karauan.
-3 sambaran sedarhana semasa karauan.
-2 sambaran kecil.
-1 sambaran Kerapu tak dapat control hingga berjaya menyelit ke bangkar.
-1 sambaran selungsung (dalam anggaran 5 hingga 6 kg)yang rabut berhampiran dengan bot.

Dapatan:
Kejayaan penggunaan single hook lebih kurang sama dengan penggunaan Treble hook. Jika hook up kemas, ikan sukar lepas berbanding treble hook yang berpotensi untuk terkangkang jika berlaku pintalan atau kilasan pada split ring. Tetapi kadar hook up treble hook lebih tinggi untuk semua saiz ikan. Cuma kelebihan single hook adalah faktor kalis sangkutnya semasa bermain reba berbanding treble hook yang mempunyai peratus sangkut yang lebih tinggi. Di lubuk-lubuk muara Bongawan sahaja, entah berapa puluh gewang sudah menjadi tukun!

Sebenarnya, saya bersetuju mengatakan bahawa pengggunaan matakail tunggal untuk casting amat efektif untuk pemangsa bersaiz bagak. Tancapannya yang kemas di sudut mulut ikan menyukarkan ikan bersaiz besar melakukan pintalan terhadap split ring. Selain dari itu, aksi renangan gewang juga menghampiri 100 % tahap kesempurnaan anatominya kerana single hook jauh lebih ringan. Disamping itu, ia juga 95 % kalis sangkut memandangkan kedudukkan matakail yang menghadap ke atas. Jadi, saya tidak ragu-ragu untuk bermain reba banat/pajal di dasar air. Sebab itu, saya kerap mendapat sambaran kerana gewang saya masuk ke jerumun Ungah. Cuma anda perlu ketatkan drag secukupnya untuk mengelakkan pemangsa bagak melarikan gewang ke wilayah berbahaya.Ikuti post seterusnya sedikit masa lagi.

1 ulasan:

  1. klu gewang saiz 5cm, single hook saiz brapa ya klu jenama owner?? harap2 sgt membantu. trima kasih

    BalasPadam