Life Jacket perlu dipakai untuk keselamatan
Keadaan agak basah setelah hujan yang lebat dimalam. AM juga menyatakan bahawa Kimanis dan Mandahan mengalami hujan dalam perjalanannya ke Bongawan.Syukurlah kerana era pencemaran udara berakhir juga.
Indahnya ciptaan Ilahi
Di bagang pertama, kami terpaksa mencari umpan dengan menggunakan appolo disebabkan pengusaha bagang bercuti sakan kerana bulan besar dan majlis perkahwinan. Hasilnya, kami menaikkan banyak anak rumahan dan temanung untuk dijadikan umpan. Pesta anak rumahan berterusan sehinggalah aku mula mengerat rumahan untuk dijadikan umpan, namun appolo tidak sempat tiba ke dasar apabila disambar oleh kumpulan rumahan. Setelah aku bertukar menggunakan batu ladung bersaiz besar, barulah umpan sampai ke dasar dan serta merta mendapat sambaran-sambaran kasar.
Kerisi yang galak memakan umpan hirisan anak rumahan banyak didaratkan
selain dari Kerisi, anak ikan putih, pisang-pisang taris, kaput dan kerapu banyak dinaikkan.Anak ikan titir juga tidak ketinggalan berpesta merompak matakail dan batu ladung kami.
Anak ikan putih bulat yang menyukai hirisan anak rumahan
Perlawanan sebenar bermula selepas pukul 9:00 am apabila kehadiran Mr Bruce aka Berusak disedari setelah menyambar umpan jaul ku. Set Mr Bruce disediakan dan anak ikan titir dipotong 2 untuk dijadikan umpan. Selepas itu, pesta Berusak bermula dengan bunyi jeritan kekili yang bersilih ganti disamping mulut yang tidak berhenti melontarkan keseronokkan.
Strike pertama untuk AM dari Mr Bruce. Kena berdiri tu bro, baru syok layan.hehehe
Perlawanan yang mengujakan berlangsung beberapa minit dan berakhir dengan kekalahan di pihak Mr Bruce
Juan tidak ketinggalan untuk strike Berusak dengan menggunakan rod kecil dan pendek.Memang diakui tenaga Mr Bruce memang kental dan brutal dengan pecutan-pecutan turbo dan kedegilan gostannya.
Namun aku lebih awal strike daripada dua mamat nih..hehehehe..strike mereka hanya bermula setelah aku menewaskan Berusak yang ke lima.hehehehe...lambat bertindak betul laa kamu ini!
Mr Bruce yang memenuhkan lantai bot membuktikan kata-kata rezeki terpijak. Memang besar-besar Bro dengan anggaran berat 1.5 kg hingga 2.5 kg. Berusak dalam partition ini adalah mangsa rod lemax royal president ku dan kekili tomman.
AM tengah mengira jumlah berusak yang ditewaskannya
Berusak yang berada dihadapan bot akibat keganasan Juan. Memang sungguh jadah kekuatannya.
Berposing dengan Mr Bruce di garajku. Memang trip ni memberikan kepuasan yang maksimum dari segi jumlah tangkapan dan hiburan.
Perlawanan dengan Mr Bruce mengundang kecederaan yang mengakibatkan darahnya bertaburan di dalam bot.So, acara membersihkan bot dari darah dan lendir Berusak adalah wajib agar kebersihan bot dapat memberikan keselesaan untuk trip di masa hadapan.
Jangan buat-buat tak tau bro! hehehehe. Korang boleh balik awal, tapi Berusak tu tinggalkan..hehehehe
Keputusan: Lempayun mendapat 20 ekor Mr Bruce, Juan mendapat 17 ekor dan AM mendapat 14 ekor. Jumlah keseluruhan adalah 51 ekor. Tidak dikira dengan jumlah yang lepas. Semakin lewat, kehadiran Mr Bruce amat banyak sehingga kami tidak perlu melontarkan umpan. Seperti mengail karuk, tegangan reel yang diketatkan menyebabkan strike Mr Bruce sangat brutal hingga joran menyelam ke dalam air. Teknik dengan membiarkan joran menyerap tekanannya ini memudahkan Berusak ditewaskan dengan cepat.Aku menyaksikan puluhan Berusak berkeliaran disekliling bot, namun kami terpaksa meninggalkan lokasi kira-kira pukul 11:30 am apabila angin mula bertiup kencang dan bungalapang semakin kuat. Kami tiba di muara Bongawan kira-kira pukul 11:50 am dan berteduh untuk makan tengahari.
Mr Bruce yang disedekahkan kepada jiran-jiran dan rakan-rakan. Aku hanya menyimpan 3 ekor untuk dibakar dan digoreng.
Mr Bruce dikatakan tidak bernilai di pasaran dimana baru-baru ini, ia dijual dengan harga rm 3 seekor di Tamu Bongawan. Kami yang tahu menilai rasanya,bersetuju bahawa Mr Bruce memang sungguh lazat jika dibakar dan di goreng dan dilumuri dengan kuah sos. Memang puas hati kata Juan dan AM. Apa yang paling mengujakan, tarikan ganas Mr Bruce dapat mengurangi sedikit tangan yang mengeletar kerana rindukan karan!hehehehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan