Kelebihan mata tunggal
Treble hook halus asahan kimia memang kaw-kaw untuk pemangsa kecil dengan set mengilat ringan, tetapi kalau terkena pemangsa bagak dan handal, ia akan musnah sama sekali. Untuk itu, penggunaan single hook lebih ideal. Selain ringan, bukaannya yang lebih luas memudahkan tancapan ke mulut ikan. Single hook yang ideal perlu mempunyai lubang telinga yang bercili dan dipasang split ring. Ini akan mengurangkan kesan kilasan dan pintalan yang biasa mengangkangkan matakail.
Kesukaran untuk mendapatkan telinga matakail yang selari dengan leher dan tekaknya menyebabkan Cili perlu dipasang sebegini agar matakail selari dengan badan gewang. Adapun saya dah terjumpa matakail seperti yang dikehendaki, tetapi ianya khas untuk jig dan matanya tiada barb atau 'ruit'. Inilah alternatifnya.
Di beberapa buah Negara, penggunaan treble hook diharamkan kononnya kerana ‘kebuasannya’. Oleh itu, penangkap ikan ‘trout’ di New Zealand terpaksa menggunakan single hook. Hasilnya, tangkapan ikan trout berlipat kali ganda dengan kadar lepas yang amat minimum.
Dalam majalah Freshwater fishing, kajian saintifik yang telah dijalankan oleh Bill Classon menyimpulkan, jumlah ikan trout yang bolos dengan penggunaan single hook amat minimum berbanding penggunaan treble hook. Oleh itu, mengharamkan penggunaan treble hook disesetengah perairan New Zealand ternyata silap besar dengan pembenaran penggunaan Single hook yang lebih berkesan dari segi tangkapan.
Perlu di ingat, bukaan mulut ikan Trout lebih luas berbanding bukaan mulut MJ dan Selungsung. Kecuali ikan kerapu yang sesuai dijadikan perbandingan dengan Trout. Itu di Negara luar, bagaimana pula dengan di negara kita khasnya di lokasi pancingan gewang yang berhampiran. Oleh itu, saya telah melakukan beberapa sessi ujian lapangan untuk mengetahui potensi penggunaan single hook.Ikuti dalam artikel selanjutnya.sekian dari Lempayun
Rabu, 10 Mac 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan