19,20 dan 21 bersamaan hari jumaat,sabtu dan ahad mac 2010, merupakan tarikh keramat lempayun apabila kembali dari persaraan yang begitu lama sejak 2005 dalam arena pancingan laut dalam. Kerisauan semakin berkurang apabila tackle box diselongkar dengan penemuan saki baki perambut, matakail, cili dan pelbagai lagi yang kebanyakannya sudah nampak usang dengan habuk yang tebal tetapi masih boleh digunakan. Untuk menambahkan keyakinan, reel terbaru disambar di Geofish dan joran di KBS. Braided line Stren 50 lb sepanjang 300 m dipenuhkan dalam spool kekili. Matakail kegemaran seperti Owner dan Gamakatsu ditambah kepada mana-mana saiz yang telah kurang. Beruntungnya, perambut tenggiriku dan perambut lain masih boleh diguna pakai. Apa lagi yang kurang?fizikal?hehehe….cuba dulu baru tauu..hehehe
Kerisi Bali
Menyorot kisah silam, aku adalah antara kaki yang agak tegar di laut dalam.Bukan nak angkat bakul tetapi KOB boleh dirujuk.Aku tahan mabuk (pernah juga muntah..hehehe..ada sebabnya laaa), tahan berjaga malam, tahan lapar, tahan mental dan pelbagai lagi. Itu cerita lama bro..hehehe..ini yang dikhuatirkan.
Sebahagian hasil tangkapan
Hari yang dinantikan tiba juga. Kami bertolak dari jeti KK menggunakan khidmat kapal Seastar 1 yang dikemudikan oleh skipper Marcos dibantu oleh dua orang awak-awak muda yang rajin. Kami terdiri dari penganjur trip iaitu Dahalan aka KOB, Tamparan, Ampulur, Snake, Sahur, Raimee, Amin, AG Pelilah, Sulaiman, Sudin Ajaib, Abg Zakaria dan Lempayun.Trip kami dijalankan dengan amaran angin bertiup kencang dari utara yang akan berakhir pada hari ahad pagi. Ramalan memang tepat dengan tiupan angin yang agak kencang mengiringi perjalanan kami ke takat 32. Ombak semakin tinggi apabila kapal melepasi separuh perjalanan menyebabkan kami hanya mengisi masa dengan aktiviti tidur dan berehat.
Ampulur dengan kerisi yang digeraminya sehingga bladder nya terkeluar..heheheh
Kami tiba di lubuk pertama kira-kira pukul 6.28 pm. Tiada sebarang sambutan yang diterima dari penghuni lubuk. Ombak yang semakin besar dan rapat menyebabkan rakan satu persatu menyerahkan diri ke dalam kabin.Aku juga tidak ketinggalan, lebih baik berehat daripada menunggu tanpa sebarang pagutan ikan. Sebelum itu, pesta muntah-muntahan berlaku dengan amat meriah..hehehehe.
Raimee senyum setelah berjaya mendaratkan kerapu bagak. Dibelakangnya Sudin Ajaib yang masih belum percaya bahawa dia tidak mabuk.hehehe..asyik-asyik..iya kan..kenapa aku tidak mabuk haaa??
Hari Kedua juga dinodai dengan ombak dan alun yang besar, namun aku tetap mengagahkan diri untuk bertempur. Saki baki kudratku yang semakin berkurang tidak menjejaskan keinginanku, semangatku semakin kuat untuk melawan..akhirnya..walaaa…hehehehe..aku berjaya mengatasi kelemasan emosiku. Syukurlah aku tidak mabuk. Aku merasa seolah-olah berjaya kembali ke tahap prestasiku beberapa tahun yang lepas. Hari sabtu, aku dan beberapa orang rakan menghabiskan masa memancing dan meraih hasil yang pelbagai.
Senjata tempur terbaruku, Daiwa Saltist siri terbaru buatan Korea (bukan Thailand). Ringan, drag yang berkuasa, dua kelajuan yang diharap dan cinonit. Pendek kata, memang betul-betul hor liau!! puas hati wooo!!
Entah fenomena apa yang melanda apabila tiada sebarang sambutan dari sebarang ikan pada waktu malam. Mengikut Jack, pemilik Seastar, perkara ini sudahpun berlaku sejak dua bulan yang lepas dan dia tiada penerangan yang spesifik terhadap apa yang sedang berlaku. So, waktu malam dihabiskan dengan aktiviti tidur untuk mengumpul tenaga yang akan digunakan keesokkan harinya
orang putih sakap..its worth it!
Hati berbunga dan bahagia apabila melihat permukaan laut yang teduh. Syukurlah kerana dianugerahkan suasana teduh sebegini walau hanya untuk beberapa jam sahaja. Labuhan kapal di takat terakhir kira-kira pukul 12 00 pm, merupakan saat yang meriah dengan pelbagai spesis ikan berjaya ku naikkan. Seperti juga dahulu, kepantasan menjadi keutamaanku untuk memaksimumkan tangkapan dan masa keemasan ikan yang sedang galak. So, ada banyak rahsia tersebut yang akan dikongsikan bersama rakan-rakan yang berminat dalam post yang akan datang.nantikan.sekian, ikhlas dari Lempayun
Tiada ulasan:
Catat Ulasan