Rabu, 24 Mac 2010
Mabuk 1
MABUK atau MAUK bukan perkara baru kepada setiap pemancing laut. Setiap tahun, kepada pemancing yang baru berjinak dengan dunia hanyir ni, pasti akan merasai situasi ini. Ada yang awal lagi tumbang dan minat ke laut terus berkubur dek pukulan mabuk yang brutal. Kepada pengail yang agak kental semangat dan gigih tetap meneruskan acara kailan walau terpaksa bersengkayut di tiang bot.Pemancing yang baru meneroka laut dalam, ubat semestinya menjadi teman sepanjang berada di laut. Namun semangat yang kental dan berfikiran positif adalah sesuatu yang lebih baik daripada pengambilan ubat kimia bagi mengatasi mabuk. Ditakuti, kesan pengantungan terhadap ubat kimia akan berterusan dalam trip dimasa hadapan.Selain itu, petua-petua seperti tidak melihat air laut atau menundukkan kepala agak lama atau baring dalam keadaan bot dibuai gelombang perlu dielakkan kerana ini menyebabkan pengail akan lebih cepat mabuk.Antara petua yang biasa diamalkan oleh pengail veteran, banyakkan minum air suam (bukan jenis air berkarbonat). Bekalkan sedikit makanan masam yang sederhana dan sentiasa membasahi mulut. Menghela udara laut yang bersih adalah satu ikhtiar paling baik untuk mengelak daripada mabuk. Tetapi selalunya tindakan ini gagal kerana suhu badan anda (pemancing baru) tidak dapat bertahan dengan keadaan laut dan bot yang sentiasa bergoyang dilambung ombak walaupun ombak tidak sebesar mana.Sebagai pengail baru, anda perlu menerima hakikat ini dan menjadikan mabuk pertama ini bukan untuk melemahkan semangat anda menjadi seorang pemancing laut yang tabah. Anda mesti melalui kegetiran ini dengan penuh semangat dan kuatkan azam untuk menjadikan laut sebagai padang permainan dan gelombang sebagai kawan.Mabuk laut bukanlah suatu yang dipinta kerana ia akan datang tanpa amaran dan tidak mengikut waktu. Jangan jadikan ia sebagai gurauan kerana ia akan melemahkan semangat juang rakan anda yang tengah mabuk. Jangan bimbang dan cuba keluarkan muntah hingga habis dengan menjolok jari ke hujung tekak. Anda perlu berehat sambil banyak minum air atau makan sedikit makanan lembut dan masam. Akan ada lagi artikel tentang mabuk menyusul. Nantikan dari Lempayun.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan