Kita jarang memberi pertolongan kepada rakan pancing yang muntah hijau dalam bot ketika memancing. Alasan, kerana bimbang kita pun turut sama akan muntah atau takut joran diterbangkan oleh ikan tanpa disedari.
Sebaik-baiknya menjadi tanggungjawab anda untuk memberi bantuan kepada mangsa tragedy ini.Sekurang-kurangnya urut tengkuk dan belakang mangsa supaya muntah keluar lebih lancar, sempurna dan mengiurkan agar lebih cepat lega.
Rakan yang muntah pastinya tidak berdaya untuk bangun atau bergerak jika keadaan berlarutan. Langkah pertama, bantu mereka supaya duduk bersandar dan memicit bahagian tengkuk serta pangkal telinga dengan perlahan-lahan. Jika ada minyak angin seperti minyak Poo, lagi bagus. Mangsa muntah perlu diberi minum air suam dengan banyak bagi mengelak daripada mengalami mulut kering. Pujuklah dia supaya menelan sedikit makanan.Jika perlu bancuh air gula bercampur garam bagi menggantikan cecair badannya yang sudah habis keluar bersama muntah dengan harapan mangsa akan lebih cepat segar.
Dengan apa cara sekali pun perut mesti diisi. Ini kerana selepas menerima minuman atau makanan ringan, mangsa akan muntah semula. Anda jangan panik kerana ini satu cara rawatan yang perlu lakukan.
Rakan yang muntah perlu direhatkan daripada sebarang aktiviti memancing demi untuk memulihkan kesihatan dan kesegaran tubuhnya. Namun dalam apa jua keadaan, mangsa muntah perlu dikawal kerana ketika memancing dalam bot, kemudahan rawatan adalah terhad. Oleh itu, anda adalah jururawat dan anda juga doktor ketika itu.
Langkah terbaik, rehatkan mangsa muntah dalam keadaan separuh berbaring di luar kabin atau di tempat terbuka. Kalau boleh di belakang bot agar mendapat udara laut yang segar. Tetapi ingat, pastikan mangsa tidak menyedut asap enjin kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan paru-paru mangsa.
Mangsa muntah jangan diganggu. Benarkan mereka tidur terus sehingga terjaga sendiri. Insya-Allah mereka yang mabuk itu akan beransur pulih dan dapat meneruskan aktiviti memancing. Tetapi anda tidak perlu memaksa diri mereka untuk melawan pening dan muntah selepas baru pulih.Nantikan lagi ceita pasal mabuk dari Lempayun dalam post akan datang.
Sabtu, 27 Mac 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan