Kelemahan Mata Tiga
Treble hook adalah aksesori pilihan kepada 99 % gewang replika ikan berbadan keras di pasaran. Kelebihannya ialah, ia menawarkan lebih titik matakail untuk melekat pada ikan. Ramai menyukai treble hook kerana merasakan gewangnya mantap dan berbahaya. Selain itu, kita juga sudah biasa menggunakannya.
Sebenarnya, mata tiga adalah jenis yang paling lemah dalam pengendalian ikan besar. Ia juga satu rekabentuk yang paling rendah kecekapannya untuk menembusi mulut ikan. Ini kerana, selain perlu menancap satu hujung mata kail, anda perlu membenamkan tiga matakail. Kalaulah salah satu matakail mengenai tulang, ia akan menghalang yang lain untuk menembusinya.
Treble hook juga mempunyai teras yang sangat pendek, jurang sempit dan tekak yang cetek. Ini menyebabkan ia sukar untuk ‘mengunci’ dan ‘memegang’ ikan dengan kuat dan lama. Ia juga dipasang pada badan gewang keras melalui split ring yang membentuk banyak kilasan dan pintalan pada matakail. Inilah punca mengapa matakail selalunya terkangkang. Disamping itu, ia juga lebih berat berbanding mata tunggal.Renangan gewang sedikit sebanyak pasti akan terganggu walaupun dalam skala kecil.
Selasa, 9 Mac 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan