Ahad, 7 Februari 2010

Sirih pulang ke gagang

Selama beberapa bulan, muara Bongawan seolah-olah dilupakan oleh Teamlempayun kerana ketandusan penghuninya akibat tangan-tangan rakus manusia peracun, pemukat dan penangguk. Pertengahan tahun 2009, beraksi di Muara Bongawan memang menjanjikan hasil yang gila-gila. Menghampiri penghujung tahun, Muara Bongawan mulai sepi dengan sambaran-sambaran Ungah di penjuru sungai.07.02.2010, aku dan Juan beraksi di muara Bongawan dengan tujuan untuk melihat sejauh mana prestasi sungai ini setelah melalui pelbagai musibah. Seawal 6:30 am, aku sudah berada di pengkalan Seri Serbang menantikan kehadiran Juan. 10 minit sebelum pukul 7:00 am, Juan tiba dan kami segera memindahkan peralatan ke dalam bot. Perjalanan ke lubuk terminal, diisi dengan aktiviti trolling. Keadaan air yang terlalu surut menganggu renangan gewang yang asyik menyodok dasar sungai.

Kira-kira pukul 7:20 am, kami tiba di Lubuk dan mula mengilat tanpa henti. Keadaan air yang surut dan tidak bergerak menyebabkan kami tidak menaruh harapan untuk strike di awal pagi. Aku menggunakan gewang baru dibeli berharga ekonomi (identiti gewang ini terpaksa dirahsiakan BUAT SEMENTARA WAKTU kerana jumlahnya yang agak terhad di pasaran…gewang ini sangat mujarab.) Percubaan mengilat tanpa sambaran hampir 30 minit, mendorong kami bertukar kaedah kepada aktiviti trolling di sepanjang sungai. Kali ini saya menggunakan gewang Bakau (terbukti keberkesanannya sejak dahulu lagi).Tundaan hendaklah dilakukan berhampiran tebing dengan menggunakan gewang yang beraksi cetek. Setelah 15 minit menunda, gewang Bakau mendapat sambaran padu. Aku berjaya mengawal larian pertamanya ke arah nibung tenggelam. Ungah seberat hampir 700 gram ini bukanlah lawan kepada Abu Revo STX dan joran lemax platinum dengan tali sulam Stren 20 lb. Tundaan seterusnya tidak menghasilkan sebarang sambaran.

Kira-kira pukul 9:00 am, air mulai berangkat naik pada kadar 1.0 dan 1.1 kaki. Pergerakkan air yang naik perlahan ini dipercayai merangsang keaktifan Ungah. Kami mula melabuhkan sauh dan mengilat ke struktur pokok bakau tumbang. Aku melabuhkan bot di hujung bakau tenggelam agar lontaran gewang boleh dilakukan secara selari dengan bakau tenggelam di kiri dan kanannya. Lontaran pertama gewang XXX ke perdu Bakau serta merta disambar oleh seekor Ungah juvenil. Sekali lagi, ia bukanlah lawan kepada set mengilatku. Aku arahkan Juan agar melontar selari dengan batang tenggelam itu, dan hanya beberapa kali lontaran, gewang seahawk red headnya dilarikan oleh Ungah tadika..hehehehe..belum terasa lagi karannya.

Hampir sejam mengilat di lubuk ini, gewangku ditekan lagi. Kali ini, sambarannya agak kasar dan padu. Aku awal-awal lagi telah mengetatkan drag kerana sedia maklum bahawa, mengilat di kawasan berstruktur tenggelam ini pasti memberi kelebihan kepada Ungah untuk bermain taktik kotor. Tekanan-tekanan berat Ungah ku atasi dengan mengangkat joran setinggi yang boleh disamping mencuri tali sedikit demi sedikit. Rontaan Ungah amat terasa dan kerap kali terasa perambutku bergeser dengan batang kayu. Setelah berhempas pulas bertahan, akhirnya Ungah berjaya ku hela keluar. Dengan berat lebih 800 gram, tenaganya cukup mantap dengan tujahan padu. Perambut Sufix fluorocarbon 30 lb walaupun calar balar, namun masih mampu bertahan.

ini baru sah berat Ungah tu berapa. Tak lah main agak-agak dengan main letak aje..

tak ada kerja lain nih.Asyik timbang ikan orang aje...hehehehe

Hasil mengilat setengah hari
Hari yang semakin panas sebenarnya tidak sesuai untuk mengilat kerana, Ungah juga akan berlindung di tempat yang lebih redup. Seawal jam 11.00 am, kami bergerak meninggalkan lubuk dan dalam perjalanan balik ke pengkalan, kami penuhi masa dengan kaedah trolling. Pukul 12.00 pm, trip ditamatkan dengan rasa puas yang tidak terkata.hehehehe….amacam?

3 ulasan:

  1. teringin kan turun mengcasting.. bule join ka casting di bongawan tu tuan rumah.. klu ada kelapangan mau jua turut sambil2 timba ilmu casting yg masih cetek ni

    BalasPadam
  2. salam hardy.boleh bah itu.kalau lah tau awal hardy juga berminat mau casting, semalam lagi aku kasi tau bah.cuma mun nda belurih atu,nde boleh jara atau serik.kami ani,kumpau atu memang biasa sudah.tadi tu kesempatan baik, sbb air cantik ngam hujung minggu.isnin jumaat sekolah,tu lah payah skit.tunggu hujung minggu yg cun bah.

    BalasPadam
  3. tahniah atas kejayaan yg mbrngskn, tapi lainkali mun mgilat tu lagau2 jua eh kan mcuba ju ba...

    BalasPadam