Selasa, 9 Februari 2010

Casting bersama otai


Pembakaran tanah ladang yang disengajakan oleh pengusaha tidak bertanggungjawab menyebabkan asap tebal melanda sekolah. Kesannya, tengahari itu sekolah diselubungi oleh asap yang boleh menjejaskan kesihatan. Oleh itu, pihak berwajib perlu mengambil tindakan segera.

Satu-satunya peminat gewang Juan.pelik...pelik...hehehehe
Petang ini, impian ketua geng Gerabak akhirnya tercapai juga untuk casting bersama teamlempayun. Walaupun ahli lain tidak dapat datang kerana ada urusan peribadi, aku dan Juan tetap melayan permintaan sejak beberapa minggu lepas Wal Ikram selaku ketua geng Gerabak untuk casting bersama-sama.Menurutnya, dia sangat gembira dan teruja kerana dapat casting bersama-sama otai.

Keadaan air sungai Mandahan terlalu jernih dan naik pasang ketika kami menyiapkan set mengilat.Set mengilat ketua geng Gerabak memang sederhana bersesuaian dengan statusnya sebagai pelajar yang belum berkemampuan. Menurutnya, semua ahli geng Gerabak memiliki set mengilat namun,miliknya adalah yang terbaik.tersentuh juga hati mendengar.namun aku kagum dan seronok dengan semangat mereka.Tahniah.

Percubaan mengilat bermula berhampiran nibung yang menyaksikan kehilangan gewang petang kelmarin tidak mendapat sambutan.Selepas itu, kami beralih ke bawah jambatan dimana sambaran juga kosong.Pengajaran pertama kepadanya, kumpau adalah sedara rapat casting.

kes casting monyet oleh Wal Ikram adalah perkara biasa sebagai orang baru.Dia sanggup ke seberang sungai melalui jalanraya untuk melepaskannya..semangat bro!
Dalam sessi mengilat ini, aku membenarkan Ikram menggunakan salah satu gewang kesayanganku. Sebagai pengilat baru, memang dia perlu banyak belajar teknik dan kaedah persediaan mengilat, kemahiran dan ketepatan lontaran,variasi karauan gewang, pemerhatian keadaan air, aspek pemilihan gewang, penyuburan naluri dan yang paling penting adalah mengasah imaginasi.

Semua aspek itu telah dikuliahkan kepadanya oleh kami berdua..hehehehe..susah jugak katanya...hehehehe...pelan-pelan baaa.Pembelajaran adalah melalui pengalaman.namun, sebagai pengilat yang berkemahuan tinggi, dia tetap tega untuk belajar.tahniah sekali lagi.Di akhir sessi, aku menghadiahkan gewang kesayanganku kepadanya sebagai tanda persahabatan dan semangatnya yang ingin belajar. Di harap, aktiviti ini dapat mendisiplinkan setiap ahli geng Gerabak sebagai pelajar sekolah.Akhir kata, hanya seekor ketam yang berminat dengan gewang Juan...hehehehehehe...otai konon...citttt pooorrraaaah...hehehehe...pelik kami tidak terkata dengan hasil itu.Sebelum balik, permintaan Ikram, satu geng gerabak akan beraksi lagi dengan teamlempayun dalam masa terdekat ni...tulung lah ciguh..hehehehe.Boleh bah itu.

2 ulasan:

  1. tiada strike itu perkara biasa dalam kehidupan pemancing tegar yg penting dapat melihat air, dapat mngcast itu sudah berbaloi.... kalau strike itu satu bonus terutamanya bagi geng baru. Apa pun tahniah dapat juga mnegisi ruangan ini utk tatapan dan renungan bersama.. ok bro

    BalasPadam
  2. salam Mal,atu tah yang penting pemikiran begitu.seolah-olah kau sudah berjaya menjiwai kaedah casting ani.tahniah tah ku ucapkan.macam kami ani, hasil atu perkara ke enam atau ke tujuh.ada lagi yg lebih penting.apapun, hujung tahun kerajaan umumkan bonus, nyaman jua hati..hehehehe..rezeki ani sudah ditentukanNya..

    BalasPadam