Selasa, 2 Februari 2010
Persediaan Mengilat 4: Perambut
Penggunaan perambut adalah satu kewajiban untuk mengilat. Ianya berfungsi sebagai penyerap hentakkan jika berlaku sergapan pemangsa bagak secara tiba-tiba. Perambut terbaik yang terkini adalah dari jenis Flourocarbon kerana ia bersifat halimunan di dalam air. Namun ia masih juga bergantung kepada cuaca dimana jika sinar matahari menembusi permukaan air dengan banyak, ia akan menyerap dan melepaskan sinar tersebut. Namun jika cuaca mendung, ia masih lagi boleh kelihatan kerana tiada sinar matahari yang boleh membantu melenyapkannya. Ianya juga tahan lasak terhadap sebarang struktur bawah air. Oleh itu, penggunaan perambut juga merupakan satu penyelesaian terhadap masalah penggunaan tali sulam yang tidak kebal terhadap tiram dan teritip.Perambut ini sebaik-baiknya disambung kepada tali utama dengan menggunakan ikatan FG. Ianya kukuh dan tidak berbonggol yang akan menghalang kelancaran tali ketika melalui ring guide. Oleh itu, sila mahiri ikatan FG untuk keselesaan anda. Walaupun ia berharga mahal, namun itu adalah satu pelaburan berbaloi untuk anda. Keyakinan saya terhadapnya menyebabkan saya memiliki fluorocarbon bersaiz 25 lb dari jenama YGK, 30 lb dari jenama Sufix, 40 lb dari jenama Imperial Damyl oleh DAM,40 lb dari jenama Varivas dan Xoga 30 lb dan 40 lb. Jika anda ingin memiliki fluorocarbon, pilihan terbaik dari segi harga adalah Dam dan YGK kerana ia menawarkan perambut sepanjang 50 m pada harga yang lebih kurang berbanding Sufix dan Xoga yang hanya memberikan 20 m.kira kedekut juga lah diorang tu. Pilihan terbaik saya adalah Varivas yang sukar diperolehi dipasaran KK kini. Dan lagi, beli dan miliki sebagai salah satu keperluan anda kerana anda tidak akan rugi jika memilikinnya. Lagipun, kalau mintak dengan kawan sekali-sekala, boleh lah juga. Tapi, kalau dah berulang-kali dan anggap macam milik sendiri, patut rasa segan lah…hehehe…bukannya murah tu bro.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan