Jumaat, 5 Februari 2010
Sashimi segera
Sashimi segar ni memang menyelerakan sebagai santapan di lapangan mengilat. Sotong ataupun udang mestilah segar.mula-mula, panaskan air hingga mencapai takat didih. ketika menanti air untuk mendidih, bersihkan sotong sedaya upaya sambil mendengar klasik nasional.Sejurus mendidih, celupkan mangsa yang terdiri daripada sotong ataupun udang ke dalam air panas selama 6 hingga 8 saat.kenapa sekejap saja bang?haaa...supaya, rasa ori sotong ataupun udang tidak hilang sepenuhnya.
selepas itu, tuangkan sedikit kicap sashimi yang boleh didapati di mana-mana supermarket.Jangan lupa bayar di kaunter atau kepala anda akan dilumurkan kicap..hehehe.Wasabi adalah wajib untuk resepi ini.ia juga boleh diperolehi di supermarket.apa rasanya wasabi ni bang?kalau nak tau, beli sendiri..tak mahal punya.
apabila semua sudah sedia, jemputlah makan beramai-ramai termasuk tuan rumah, ibu mertua, jiran-jiran mahupun salesman yang sedang melintas...panggil saja..akhir kata, jangan lupa cuci pinggan selepas makan untuk mengelakkan diri kita disashimikan oleh mentua.Akhir kata, buatlah pemeriksaaan kadar kolesterol di klinik berhampiran jika tengkuk sakit berdenyut-denyut.sekian dan terimakasih.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan