Alkisah penyelongkaran kaedah mengilat Muara Binsulok yang terletak di Mantabawan kini berada dalam majalah Kembara Kail isu Februari 2010. Dapatkan di pasaran segera sebelum kehabisan.
Mendedahkan arena casting yang juga berpotensi untuk para pengilat. Di sini, saya dedahkan beberapa perkara jika berminat untuk menduga penghuninya.
Beberapa ekor spesis juga berjaya didokumentasikan sebagai bukti, mengilat juga berupaya mendatangkan hasil jika anda seorang 'meat hunter'.
Trip ulangan teamlempayun ini telah disertai oleh geng keruak dari Papar.Susah payah mereka berbaloi dengan sambutan menggalakkan dari penghuni Mantabawan.
Kelmarin saya mendapat kiriman sms dari rakan yang mengilat di sana, seekor Selungsung seberat 2.3 kg telah berjaya didaratkan dan beberapa ekor lagi berjaya memutuskan perambut.So, apa tungggu lagi rakan-rakan, hujung minggu ni air ngam jika berniat untuk menduga si sombong Mantabawan.sekian
Jumaat, 5 Februari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan