Ahad 28,02,2010. Teamlempayun telah menerima kunjungan Ramdan, seorang caster muda dari Papar. Minatnya yang tinggi terhadap teknik ini membawanya beraksi dengan teamlempayun yang terdiri daripada lempayun, Juan dan Tay. Manakala ahli lain tidak tidak dapat beraksi atas sebab-sebab peribadi.
TUKUN TIRUANdan acara pembuatan tukun tayar.
Seawal jam 6.30 am,kami telah pun berada di Jeti Kg Seri Serbang . Perancangan kami pada pagi itu adalah mengilat dan menunda. Sebelum itu, kami perlu membuang tukun yang dibuat daripada tayar terpakai.Juan telah dilantik menjadi pengarah projek pembuangan tukun ini ( maaf, lokasi tukun ini terpaksa dirahsiakan..hehehehe ). Operasi pembuangan tukun akan berterusan dalam trip seterusnya.
Kami berharap agar team mengilat yang lain dapat mengikut jejak langkah teamlempayun dalam memperbanyakkan lokasi lubuk mengilat.Kosnya amat murah tetapi berbaloi.
Selesai membuang tukun, kami mula ke mengilat di lubuk kegemaran. Tidak sampai 15 minit, gewangku mendapat sambaran padu.Joran melentur semahunya. Terasa perambut digesel dengan kayu yang berteritip tajam. Tekanan ikan semakin longgar dan ternyata ia rabut dengan meninggalkan kesan calar yang teruk pada perambut. Acara casting diteruskan. Kali ini, Ramdan caster muda mendapat sambaran padu, malangnya drag yang tidak dikunci kuat apabila bermain bangkar menyebabkan ikan sempat melarikan gewang ke sarang berteritip. Jawabnya, putus dan hanya perambut sahaja yang naik.Kami berpindah ke lubuk selekoh dan tidak lama kemudian, Tay mendapat sambaran dari seekor Ungah remaja.Boleh tahan juga prestasi mamat sorang ni.Tengah ber sms pun gewangnya disambar.Tak ngam betul laaa!! Acara menunda dan casting untuk memenuhi masa selanjutnya tidak mendapat sebarang respon.
Air yang semakin pasang menyebabkan kami berpindah masuk ke dalam sungai Padas. Boleh dikatakan, sungai ini adalah nursery MJ apabila kebanyakan Ungah saiz muda remaja dinaikkan dan di CNR.
mengilat di dalam sungai Padas.
Bahaya juga woooo kalau mengilat dalam sungai ni ketika hujan lebat. Cuba lihat kayu di atas..memang terkena panahan arjuna ni..kalau lah ngam kita di bawahnya..hehehe...rod lagi graphite tu..masak kita dalam bot.
Sesumpit yang meminati gewang Tay..mau digoreng nih. Mau lepas? ada beratus ekor lagi dalam sungai tu.hehehe..kau bawa balik saja kalau mau tau apa rasanya.
Hodoh betul aksi kau tu Juan.Memang memualkan. Mana ada gaya berposing dalam kedudukkan begitu.Nasib baik seluar kau tidak koyak. Kalau tidak, aku pinjam tu bikin popper.hehehehe
Inilah Ungah kecil yang garang menyambar gewang Tay.Tak padan dengan saiz.Ia dilepaskan kembali oleh Tay dalam keadaan penuh kontroversi.hehehehehe..sampai tak sempat ambil gambar.
Ungah remaja yang berminat dengan Lempayun setelah melepas Ungah bagak di awal pagi.alahai.boleh laaa untuk saiz aa.
Bergambar kenangan bersama sebahagian ahli teamlempayun. Di harap caster muda ni tidak serik datang lagi.
Permainan dengan budak sekolah tadika tidak menyeronokkan lalu kamu berpindah ke luar dan beraplikasi dengan acara tundaan gewang. Sekali lagi gewang ku di sambar kuat oleh ikan, namun rabut. Akibatnya, satu matakail ku patah..ntah apa lah agaknya tu.
Hari yang semakin panas dan air sungai yang semakin masin menghijau menyebabkan kami menghentikan aktiviti mengilat dan menunda. Bot di pacu ke dalam garaj untuk mendapat teduhan yang menyamankan. Panas wooo...tarak tahan.
Trip yang berakhir pada pukul 1 lebih pm, walaupun kurang memberangsangkan dari segi saiz tangkapan, namun sambaran yang diterima membuktikan kaedah mengilat amat efektif jika kena caranya. Kepada pengilat muda iaitu Ramdan, jangan serik dan rajin-rajin lah menukar gewang ketika mengilat disesebuah lubuk.Hampir saja kau mendapat lesen bagak tadi. Outfit yang sesuai juga perlu untuk melindungi diri dari cuaca panas.
Ahad, 28 Februari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan