Sabtu, 6 Februari 2010
Persediaan Mengilat 5: Snap Swivel dan Split Ring
Bahagian ini amat penting kerana ia menghubungkan gewang anda kepada tali utama. Saya menekankan penggunaan cili yang terbaik agar anda tidak berputih mata jika gewang direntap oleh pemangsa bagak. Saya suka menggunakan snap swivel dari jenis Rosco dan Owner. Ianya bersaiz kecil untuk kekuatan 30 lb, 75 lb dan 80 lb namun masih terlalu kuat serta sukar patah. Penggunaan snap swivel cap ayam merupakan satu risiko kerana saya pernah menyaksikan kawan terlepas mangsa gara-gara cilinya pecah dan snap nya terbongkang disebabkan tekanan kuat pemangsa.Mahal sikit tak mengapa, yang penting puas hati. Alah membeli menang memakai bro.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
au..bana tu.. jgn tah membali seahwk punya cili tu.. mudah banar tebuka.. mun kan kuat kena bali saiz basar..tapi takut tia ikan meliat kalau cili hantap basar
BalasPadamsalam hardy,yg baiknya jenama rosco dan owner ni, kekuatannya besar tapi saiznya damit.contohnya rosco 75 lb, saiznya damit saja..cun2 untuk cast.biasanya, aku makai swivel rosco 33 lb dan ku sambungkan dgn snap owner 55 lb,mmg damit banar,tp harap hati bah..heheheh
BalasPadam