Sabtu, 20.2,2010. Trip singkat yang wajib ditamatkan sebelum pukul 11 pagi dilakukan oleh teamlempayun. Masa telah ditetapkan memandangkan masing-masing ada urusan peribadi. Kira-kira pukul 6.30 am, Juan telah datang ke rumah untuk mengambil enjin, minyak dan peralatan castingku memandangkan keretaku digunakan untuk membeli barang keperluan pembinaan stor baru.Di pengkalan, Tay telahpun menunggu. Tengahari ini dia akan beraya ke rumah keluarga angkatnya di Sipitang. Trip perhitungan ini telah diaturkan semata-mata untuk membalas perbuatan Tay yang berjaya mengantoikan kami berdua jumaat sebelum tahun baru cina….hehehehe.Mau kena ajar budak nih!
Seperti biasa, perjalanan diisi dengan aktiviti menunda di sepanjang tebing. Tiada sebarang sambaran tercipta memandangkan air masih turun surut.Sebelum pukul 7 am, kami telah berlabuh di lubuk kegemaran dengan acara casting sebagai tumpuan utama. Aku masih lagi bereksperimen dengan gewang XXX, namun penggunaan single hook dipraktikkan ( nantikan post akan datang..single atau treble hook). Tay masih lagi setia dengan gewang Bakaunya yang telah dinodai oleh tuala wanita..hehehehe..mungkin itu pugainya..hehehe.manakala Juan lebih suka menggunakan gewang tumpuk ( tah jenama apa tah…memang semberana..tapi dijual longgok dalam kotak besar…hehehehe…hanya RM 7 sahaja).Tak sampai 20 minit, gewang Bakau Tay disambar berhampiran dengan bot (sebelum ini, gewangnya di libas oleh Ungah yang mungkin hanya menyiasat penceroboh).
Kelam kabut mamat ni dibuatnya. Junaman-junaman padu Ungah hingga ke bawah bot membuatkannya cemas..namun akhirnya, Ungah berjaya didaratkan. Hal ini mendatangkan cemas kepada kami berdua…hehehehe..mungkinkah kami akan dikantoikan lagi untuk kali kedua oleh Tay?Gewang ku yang berjaya dilepaskan dari sangkut, menyebabkan kami berpindah ke hulu. Mungkin usaha melepaskan gewang yang agak robust menyebabkan Ungah keluar dari sarangnya buat sementara waktu. Tidak sampai 10 minit, gewang tumpuk Juan ditekan.Akhirnya, seekor lagi Ungah berjaya didaratkan. Senyumnya yang lebar hingga ke telinga sambil menjelingku menyebabkan aku agak resah.hehehehe..abislah aku kali ni..belum ada lesen lagi..macam berpakat mamat dua orang nih..
Casting diteruskan sehingga menghampiri jam 8 am. Juan mengajak berpindah kembali ke lubuk kegemaran. Ketika dia mengayuhkan bot, lontaran gewang ku ke bawah pokok Bakau condong disambut. Tersengguk-sengguk joran menahan asakan dan akhirnya, lesen ku berjaya didaratkan.Selamat aku.hehehehe..kedudukkan 1:1:1.
Di bangkar ini, sekali lagi joranku ditekan hebat. Tali tetap keluar walaupun drag ku ketatkan sekitar 2 hingga 3 lb. Akhirnya, gewangku disangkutkan. Tekaanku tentang identiti pemangsa memang tepat apabila ia berjaya diheret keluar dari kayu. Perambutku calar-balar dan terpaksa dipotong. Seekor kerapu sungai ku jadikan koleksi tangkapan menyebabkan kedua-dua rakan seperjuangan hilang ceria.hehehe..kedudukkan 2:1:1.
Cara terbaik untuk mengekalkan kesegaran ikan. Namun, airnya mesti kerap diganti untuk bekalan oksigen baru.
Masih lagi dilubuk yang sama, gewang yang ku karau ditekan lagi ketika ceritaku dengan Tay belum habis. Kali ini, benaman dari bawah permukaan air agak melampau. Walaupun drag ku ketatkan melebihi 4 lb, braided ku masih lagi berjaya di tarik keluar dengan bongkok joranku yang kelihatan mengerikan. Kali ini, aku tewas ( mungkin kerapu bagak ), kerana gewang berjaya dilarikan ke struktur kayu yang bertiram dan teritip tajam.. Lebih separuh perambutku hilang bersama gewang XXX. Keadan perambut yang mengalami luka dan calar yang teruk memberikan gambaran keadaan dahsyat jerumun kayu di dasar air.
Ketika jarum jam melepasi angka 10.30 am, kami bertolak kembali ke pengkalan. Perjalanan diisi dengan aktiviti menunda..manalah tau kan, jika ada sambaran trofi. Ketika ini, air telah pun pasang pada angka 1.2 m. Aku menggunakan gewang XXX, Juan dengan gewang Hinomiya manakala Tay bertaruh dengan Eupro. Ketika melepasi selekoh, gewangku tiba-tiba di disambar dan dilarikan sesuatu. Gear enjin serta-merta ditukar kepada natural. Aku mula berdiri memandangkan larian makhluk di bawah air agak kencang. Aku mengesyaki ia adalah perbuatan Ungah bagak. Mungkinkah rekod Ungah melebihi 2 kg akan tercipta setelah bertahun casting dan trolling? Lariannya meliar dengan pecutan-pecutan turbo menguji ketahanan drag Revo.
Aku masih lagi mengesyaki pemangsa degil ini sebagai Ungah bagak memandangkan tiada tarian akrobatik yang menjadi trademark Selungsung.Ketika ia menghampiri bot, sekilas lembaga putih di permukaan air menyebabkan kami menjerit serentak…SELUNGSUNG!!!!..hehehehee…ini kali laaaa, kenalah korang berdua…hehehehe.
Aku mula bertenang mengawal joran, walaupun agak sedikit risau memandangkan treble hook yang amat kecil tidak dapat dipastikan tertancap dibahagian mana.
Sesekali joran terpaksa ku selam dan jolokkan ke bawah bot apabila ia memecut melalui bawah bot.Memang ngeri…hehehehe..Tay bersedia dengan penyauk ketika aku mengheret Selungsung ke tepi bot. Saukkan pertama tidak berjaya dan ia memecut lagi…alamak..hehehehe..sengaja ke tu…hehehehe.. Selungsung ku heret lagi dan pecutannya kali ni ngam menuju masuk ke dalam sauk..dan..Yahooooooooo!!! akhirnya aku mendapat lesen selungsung tahun 2010!!!!lebih manis lagi, ia ditewaskan dengan baitcaster..hehehe..
Tumpang gambar bro!Kalaulah gewangku yang disambarnya, alamat sambutan tahun baru akan lebih berganda-ganda nikmatnya...harapanku tahun 2010 ni dapat lesen Selungsung.
Trolling disambung lagi dan sekali lagi gewang XXXku ditekan hebat…namun lucut..alamak!!apabila aku melihat perambutku terdapat lendir..ummm..bau bedukang…sah bedukang…hehehe.Walaupun lepas (nasib baik)gewang XXX ku menambah lagi jumlah spesis yang meminatinya. Trolling hingga ke pengkalan tidak lagi mendapat sebarang sambaran. Trip tamat melebihi sedikit angka 11 am..ini kali laaa…banyak miss call woooo!!!berjawablah nampaknya.hehehehe.
Inilah hasil mengilat dalam trip yang mesti ditamatkan sebelum pukul 11 am.kononnya laaaa..
Kau buat apa tu Juan?hehehe
Kesimpulannya, keseronokkan casting bersama rakan adalah saat-saat berharga yang sentiasa dikenang apalagi jika disulami dengan gurau senda dan hasil casting adalah bonus yang menyerikan lagi suasana tersebut. Suasana manis beginilah sebenarnya yang mengindahkan dunia casting. Seperti yang selalu kukatakan, hasil adalah perkara ke 6 dan ke 7. Apa yang penting adalah the moment of life. Salam dari lempayun.
Ahad, 21 Februari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
tahniah man atas trip yg mbrangsanglkan... nati mun turu g tau je kan merasai perahu baru ba.. eheheheeh
BalasPadamsalam mal.boleh bah itu.mun ada ngam aing, kita ani turun lepas sekolah..muara bongawan ani nde ngam trip sehari. trip separuh hari paling cun.cua intai aing naik dari bawah 1 hingga 1.3 waktu petang.atu tah masanya mun kan cast.
BalasPadamsalam bang lempayun... wahhhh!!! tahniah atas hasil yang memberangsangkan... selunsung tu...
BalasPadambtw sori sms xberbalas... kredit xda sampai la ke hari ni... kehkehkeh...
lagipun ahad lepas pi bintuka dengan kawan2 forum... buleh la sesi berkenalan dengan bintuka...
insya'Allah lain kali kalu xda plan nak sangat polow bang lempayun ni...
tahniah sekali lagi...
salam pin.ye.aku pun ternanti nanti juga reply.tapi tiada respon.mungkin sibuk atau tak berapa berminat.so, aku turun jugalah.keputusannya, MJ seekor,Kerapu seekor,2 MJ lepas dan selungsung saiz bantal budak lepas dekat bibir bot oleh adik..hehehe.
BalasPadamsibuk tu tidak juga bang... malah berminat sungguh... tapi tu la xda kredit dan ada trip ke bintuka... hahahaha...
BalasPadaminsya'Allah lain kali bang...
btw... xperasan kalu bang lempayun dah tulis atau tidak... kalu boleh kongsikan mengenai hook pada gewang... standard atau upgrade... thanks bang...
salam pin.ok bah itu.nanti aku info lagi. ok.sebenarnya lama dah aku mau kongsi pasal gewang tu.tapi atas permintaan rakan2 caster di sini,diorang mintak tolong agar tidak didedahkan dulu.takut di tapau habis dikedai..hehehe.dan pasal hook tu, aku sekarang ni tengah kumpul data keberkesanan single atau treble hook.artikel dah siap, cuma tunggu data saja lagi.sabar ye.
BalasPadamcuma si lim tat dah tau identiti gewang tu.hehehe.
BalasPadam