Bot berukuran 23 kaki panjang dan 4 kaki lebih lebar menjadi koleksi terbaru dunia pengailan Lempayun. Umum mengetahui bahawa mengilat dari atas bot lebih mengujakan berbanding dari daratan.
Bot buatan Weston ini lebih stabil dt atas permukaan air. Binaanya yang teguh berbanding buatan kilang dan permukaan badan yang setara licinnya mampu bersaing dengan kilang pengeluar bot Emas Marine dan lain-lain lagi.Harganya yang lebihkurang dengan bot kilang boleh memberi pilihan kepada pembeli. Jika berminat, tepuk dada dan tanya selera.boleh berhubung dengan Lempayun
Kanawai Junior yang diserahkan kepada mentor Lempayun untuk dipelihara, Ag Pelilah Abd Jaini. Bot ini telah banyak berjasa dalam arena pengilatan teamlempayun.
Berikut adalah foto-foto yang diambil ketika kehadiran bot baru dan pemindahan bot lama ke pengkalan Kenawai Senior.
keadaan sungai yang agak cantik dengan air yang agak kehijauan.terlalu jernih bro, Ungah pun ragu-ragu untuk menyambar gewang.kecuali menggunakan umpan hidup.
Berunding untuk menyelesaikan baki bayaran.Puas hati brooo!
lama dan baru bersebelahan.saat-saat yang mengamit perasaan.
operasi pemindahan bot diganggu oleh air yang naik pasang dan angin yang bertiup agak kencang. Sengsara berkayuh melawan elemen alam tersebut.semput juga rasanya.
Remaja yang baru berjinak-jinak dengan dunia pancingan.
Isnin, 15 Februari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan