Isnin, 8 Februari 2010
Persediaan Mengilat 6: Mental
Bahagian ini paling kritikal kerana persedian mental yang kuat amat berguna dalam aspek mengilat. Saya sudah biasa melakukan ratusan atau ribuan kali lontaran gewang tanpa kenal jemu. Saya tetap bersyukur sungguhpun tiada sambaran dalam ratusan kali lontaran itu kerana pergerakkan itu membantu saya membakar jumlah kalori dan lemak berlebihan di badan saya…hehehehe. Seorang pengilat tegar tidak akan pernah berputus asa jika tiada sebarang sambaran.Ianya begantung kepada objektif masing-masing. Bagi saya, hasil adalah perkara lain, yang penting adalah beriadah bersama kawan-kawan, bertukar-tukar fikiran, berkongsi ilmu dan bereksperimentasi. Ingat!kumpau tu sedara rapat casting.Kita perlu sentiasa mengkaji dan mendalami ilmu mengilat. Namun, seorang pengilat tegar yang berpengalaman dan waras akan kehilangan reputasi dan menunjukkan ketalurannya jika dia tidak membawa sebarang bekalan makanan dan minuman khasnya untuk trip jauh ataupun daytrip….hehehehe…bawalah bekalan air sendiri bro untuk mengelakkan dehidrasi dan makanan untuk mengelakkan dugal…hehehehe.jaga kesihatan bah.salam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan