Aku mengakui bahawa bot ini memang stabil dan laju membelah air. Cuma, mungkin kerana aku dah biasa dengan bot lama yang berdinding tinggi, aku merasa dinding bot ini agak rendah..hehehe…perlu biasakan diri ni. Keseluruhannya, memang berbaloi memiliki bot ini…dan dalam kepala ini, bermacam-macam aksesori tambahan akan dilakukan sendiri.
Oh ya, casting pagi itu mendapat satu sambaran mantap yang rabut, seekor lagi berjaya menculik gewang XXX ku dan seekor Ungah berjaya didaratkan. Boleh laa sebagai permulaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan