Selasa, 2 Februari 2010

Al Fatihah

Kerabat keluarga yang juga merangkap rakan ke laut dan pedudunan saya iaitu Ag Besar telah kembali ke Rahmatullah subuh tadi di kediamannya di Kampung Padang Bongawan.Beliau pergi setelah Haji Sabli yang juga seorang nelayan yang karib dengan saya meninggal dunia dalam bulan lepas. Beliau merupakan seorang nelayan yang sering memperjuangkan nasib nelayan Bongawan melalui saluran2 sah.Beliau tidak kedekut dengan ilmu laut disamping seorang yang kuat berjenaka.Saya telah menimba banyak pengalaman dan ilmu laut yang dicurahkannya.Tanpanya, jeti nelayan kg Seri Serbang akan sunyi.Kepada rakan2 yang sudi, sedekahkan lah al Fatihah untuk allahyarham. Al Fatihah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan