Jumaat, 26 Jun 2015

Ungah catch and release edisi Ramadhan 2015

26/06/15(Khamis):Keputusan memberangsangkan sebelum ini mendorong kami untuk aksi seterusnya.  Misi kali ini adalah bersifat peribadi..Pembalasan si Pitung!hehehehe. Jam 3:00 pm, selepas membeli petrol, kami bergegas ke jeti di Kampung Seri Serbang. Keadaan air sungai pada 1.3 meter stagnant ketika kami memulakan aksi. Keadaan ini berterusan hingga petang. Maksudnya, arus tiada bro.
anak-anak Ungah saja yang berkeliaran dalam keadaan air sungai sebegini.Walaupun bersaiz kecil, samseng tetap samseng bro!
Keadaan arus terlalu deras dan arus mati atau terlalu perlahan memang kurang sesuai untuk casting. Ikan akan lebih pasif ketika itu. Akibatnya, trolling 70 peratus dan selebihnya adalah casting. Setelah jenuh membuang masa di selekoh bahagian hulu sungai dengan kaedah casting tanpa sebarang strike, kami menghilir pula dengan kaedah trolling. 
Kalau bukan kita siapa lagi bro?kalau saiz kecil pun mau ditapau pulang..lama kelamaan sungai ni akan pupus dengan Ungah. Ketika itu, padan muka kita..hehehehe
Gewang yang digunakan sebelum ini terus menjadi taruhan terbaik. Tidak jauh dari garaj bot teamlempayun, gewang Rapala Shad Rap disambar ganas. Perlawanan berakhir tidak lama memandangkan mangsa adalah seekor juvenile.  Gewang juga Tutut disambar tidak sampai 20 meter dari Ungah Juvenile yang pertama. Perlawanan juga agak singkat kerana mangsa juga seekor Juvenile. Kedua-dua ekor Ungah Juvenile ini dilepaskan semula dalam keadaan sihat walafiat. Mana laa bapak-bapak kamu semua Ungah oooiiii...
Baru turun gewang, tunda sikit..then strike!!perghhh..Spesis ini memang mempunyai DNA samseng sejak lahir lagi. Wajib dilepaskan bro demi masa hadapan.
Kami berhenti trolling untuk acara casting di dalam sungai Nyamuk. Air sungai tidak bergerak langsung kerana ketiadaan arus. Pergerakan senyap menyusuri sungai hanya berjaya menewaskan seekor Kerapu Lumpur. Tanpa berlengah kami casting di bahagian luar pula. Tiupan angin laut yang kuat menyebabkan kedudukan bot sukar ditetapkan. Akhirnya kami kembali kepada kaedah trolling
Ini pun bakal dilepaskan juga bro..tapi..dalam steamer laaa..hehehe..isinya putih dan lembut memang cun dimasak stim simple
4.50 pm, kami terus menunda ke hulu sungai dan hanya mengakhiri trip ini setelah 2 pusingan tanpa sebarang sambaran. Keadaan air sungai yang terlalu dipengaruhi oleh air paya yang kemerahan dan tawar merencatkan selera Ungah-Ungah Bagak untuk keluar memburu makanan.  Walau bagaimanapun, kami tetap berpuas hati kerana telah mengamalkan kaedah ‘tangkap dan lepas’ yang sepatutnya diamalkan oleh semua pemancing yang mahu stok ikan berterusan hingga ke masa hadapan. Kalau bukan anda, siapa lagi?salam ikhlas dari Lempayun   

Selasa, 23 Jun 2015

Rapala Shad Rap Vs Tutut edisi Ramadhan

23/06/15(Selasa): Puasa ke 6 Ramadan, tergerak hati mau mencuba selera penghuni muara sungai Bengawan. Agaknya, penghuni sungai pun turut berpuasa juga. Mana la tau bro..beribadah.hehehe. Pukul 2:50 pm, aku dan adik bergerak ke jeti di kampung Seri Serbang. Cuaca agak terik ketika itu dan benar-benar menguji ketahanan fizikal dan mental. Sebelum turun beraksi, aku sempat menjenguk carta pasang surut hari ini. Alahai…pasang besar pada 1.6 m dan mulai turun kepada 1.5 m pada pukul 3 lebih dan jatuh lagi kepada 1.3 m. confirm air turun laju ni bro.
Foul hooked Ungah Juvenile betul-betul berhampiran muara sungai  mengejutkan aku dari lamunan. Boleh tahan kencang juga lariannya. Kedudukan terkini, Rapala Shad Rap 1, Tutut masih 0..hehehe. Apapun, kami berdua menang dalam round ini setelah catch and release Ungah Juvenile ini.
Kami hanya menggunakan khidmat bot selipar 15 kaki dan mula menghulu sungai. Seperti dijangka, air memang turun agak laju. Selain itu, suhu air juga agak sejuk dan tawar. Hujan lebat yang turun kelmarin menyebabkan kapasiti air tawar dari takungan paya berhampiran bertambah. Akibatnya, warna air agak kemerah-merahan dan kehitaman. Niat untuk menduga selera penghuni sungai tetap diteruskan memandangkan enjin dan peralatan sudah pun sedia beraksi. Kami mula casting berhanyut di hulu sungai. Seperti yang telah dijangka, udang Zerek tidak berjaya menembusi permukaan air. Mudah saja hanyut seperti daun kering,
Aksi strike pertama Rod baru yang telah diubah suai memang tidak meghampakan
Strategi segera ditukar kepada kaedah trolling ke muara sungai. Bermula dari garaj bot, aku mempertaruhkan gewang Rapala Shad Rap sepanjang 7 cm manakala adik pula mempertaruhkan gewang old school iaitu Tutut!(Bakau)110cm. Tengok gewang mana lebih mantap! Kami mula menghilir dengan kelajuan amat perlahan. Bot bergerak amat perlahan memandangkan air pun tengah surut ketika itu. Kedua-dua gewang dilepaskan dengan jarak 30 kaki dan 35 kaki di belakang bot. Sambil joran berada di tangan kanan, aku sentiasa mengekalkan kedudukan bot agar sentiasa berada dalam jarak 8 hingga 10 kaki dari tebing sungai.
Kira ka ni Selungkang Bro? strike memang strike..tapi tiada sisik..hehehe..belang tu tidak kira yaa..
Bot meneruskan perjalanan menuju muara sungai setelah mendapat hanya sekali ‘missed call’ di Pasir Lebar. Aku mengemudikan bot terus ke mulut sungai dan kembali menghulu dengan perlahan. Belum pun menghabiskan 50 meter perjalanan, aku mendapat strike..perghh..strike yang sudah lama diidamkan.hehehe..anak Ungah saja pun..jadi laaa..lesen..Masih di kawasan yang sama, Gewang Tutut juga mendapat strike..alamak boleh seri 1:1 ni..tapi boleh kira ka striker hanya seekor Selungkang?hehehe..

Ungah Juara yang langsung memadamkan reputasi Rapala Shad Rap dari lipatan sejarah hari ini.hehehe. Gewang murahan Tutut memang killer bro! lama dah simpan jadi koleksi dan sesekali boleh menjadi senjata sulit.
Jam menghampiri angka 4:30 pm apabila kami bercadang untuk trolling di sepanjang Pasir Lebar hingga Desa Hatchery. Air masih turun agak laju dan pendikit minyak dipulas sedikit untuk mengerakkan bot. Ketika menghampiri ‘Bahtera Cikgu Awang”, gewang Tutut ditekan padu dan braided berdecit-decit keluar dari gelendung Baitcaster adik. Setelah berhempas pulas mengawal lariannya, penyerang berjaya dihela menghampiri bot secara perlahan-lahan. Akhirnya, seekor Ungah bersaiz besar menobatkan Tutut sebagai Juara dalam edisi ini.
Sempat strike seekor lagi Ungah ketika dalam perjalanan pulang ke garaj. Saiz kecil gewang ini hanya mampu membuka selera Ungah Juvenile..esok lusa pasti aku turunkan Shad Rap saiz besar pula. 
Pukul 5:25 pm, kami menamatkan sessi ini dan mula bergerak pulang ke jeti. Keputusan 3 ekor Ungah dan seekor Selungkang agak bagus untuk sessi troling dalam keadaan air sungai yang kurang 'mesra' dan tempoh singkat sessi ini. Apapun, sejak dahulu aku memang percaya jenama dan harga gewang bukanlah jaminan untuk peratus kejayaan tangkapan yang tinggi. Gewang murah pun mantap bro asal ngam timing dan persembahan. Salam ikhlas dari lempayun