17/02/15(Selasa): Pengumuan cuti yang dibuat agak lewat oleh pihak pentadbiran sekolah memberi peluang kepada pendatang baru dalam dunia micro light jigging. Sehari sebelum trip ini, aku telah men'shopping'kan set jigging yang lengkap untuk beliau. Beliau nampak amat bersemangat sejurus pengumuman lewat cuti sekolah keesokkannya memberi peluang untuknya meresmikan set baru.
Permukaan laut agak teduh di awal pagi. Alun pun boleh tahan. Namun, perahu tetap membelah laut menuju ke kelas micro light jigging |
Awal pagi, aku ke pantai Kenangan Bengawan untuk melihat sama ada keadaan laut mengizinkan atau tidak untuk sebarang aksi perahu-perahu kecil. Syukurlah, lampu hijau menyala amat terang untuk memberi peluang kepada kami menjayakan aksi sulung. Come on bro!
Hehehe..memang pada mulanya agak terkial-kial untuk menyediakan peralatan jigging. Hampir separuh perjalanan barulah peralatan berjaya disiap siagakan. |
Trip sulung micro light jigging beliau adalah untuk menimba pengalaman semata-mata dimana teknik, kaedah dan strategi akan didedahkan keseluruhannya (paten). Belajar di lapangan sebenar sememangnya satu pedagogi yang amat berkesan berbanding hanya mendengar ceramah di dalam kelas. Di lapangan, praktikal dapat diperincikan dengan lebih jelas lubuk-lubuk pilihan. Malahan, boleh mendapat hasil serta-merta.
GT sebagai Sijil tamat latihan. Tahniah kepada AM Norjaini kerana berjaya menamatkan latihan dengan amat cemerlang. |
Tips dan maklumat yang beliau perolehi sebelum ini akhirnya membuahkan hasil apabila strike sulung GT berakhir di tangannya. Kini sah, set baru beliau telah pecah dara dan seterusnya akan pecah-pecah lagi teruk dalam trip akan datang..hehehe..memang karan giler apabila sekali lagi strike padu berjaya memutuskan perambut.pergghhh..tahniah! Aku sebagai pemudah cara hanya mampu menyaksikan GT beberapa kali menampar jig berhampiran bot.hehehe..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan