Ahad, 22 Mac 2015

LESEN GT JUAN

17/03/2015(Selasa), awal subuh aku dan Juan bertolak ke Laut Bengawan untuk aksi jigging dan bottom. Ketika itu, umpan pusu amat mudah diperolehi kerana bagang sedang beroperasi ketika bulan gelap. Umpan yang diperolehi segera disimpan di dalam tong ais untuk mengekalkan kesegarannya. Aksi awal pagi adalah aksi bottom sepenuhnya dengan matlamat ‘cari lauk makan’ atau memenuhkan bekalan protein ke dalam freezer masing-masing. Laut yang amat teduh dan arus yang agak perlahan menyebabkan ikan di dasar tidak aktif. Oleh itu kami mula mencari lokasi untuk aksi micro light jigging. Kasi panas badan bro!
Setelah beberapa siri microlight jigging, akhirnya berjaya mendapatkan lesen GT.
Walaupun baby GT, Lesen TATAP lesen.
Malangnya, aksi jigging juga tidak menampakkan sebarang hasil. Oleh itu, kami mula lincah bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi untuk mencari patukkan ikan. Mujurlah, ikan demersal seperti Kerisi tidak terlalu culas mematuk umpan. Apabila sambutan di dasar semakin menyepi, kami bepindah lagi dan bagang roboh menjadi pilihan. Kali ini, ikan-ikan Kerisi, Pisang-Pisang, Taris, Kerapu dan lain-lain lagi begitu bersemangat merebut umpan kami. Apalagi, aksi taruk makan taruk makan berterusan selama beberapa jam..hehehe..
Kerapu 'table size' dari spot kegemaran. Satu-satunya peminat tarian jig milikku hari itu.
Ok laa..janji tidak kumpau.
Menjelang tengahari, aksi bottom dihentikan untuk memberi laluan sepenuhnya kepada aksi jigging. Beberapa lokasi kegemaran menjadi sasaran serangan jig mikro kami. Namun, tiada sebarang strike berlaku. Aksi pindah spot berulang lagi ketika matahari mula menegak. Ketika bungalapang semakin kuat, sinar matahari semakin panas, kami mengambil keputusan untuk beraksi di spot terakhir iaitu bagang roboh paling hampir dengan daratan.  
Lesen GT kedua iaitu abang kepada baby GT tadi. Oleh kerana strike hanya kira-kira 10 kaki di bawah permukaan air, stok tenaganya amat banyak..pergghhh kalut tahap gaban si kawan ni!hehehe..GT ni pun masih kecil lagi bro. Jika terserempak GT saiz kerbau, tiada cerita bro!tatap malatop!!
Aksi jigging rancak ketika bungapalang semakin kuat. Tidak disangka, ikatan bot terlucut dari tiang bagang dan bot mula hanyut terhuyung-hayang dilambung bungalapang. Juan segera mengarau jig untuk mengikat semula dan tidak semena-mena, kelihatan satu lembaga putih dari sebalik tiang bagang menyerbu keluar jig yang dikaraunya laju..FISH ON..hanya beberapa kaki dari permukaan air. GT yang amat bertenaga benar-benar memberi tentangan padu kepada Juan. Setelah beberapa kali jorannya membongkok, akhirnya GT pertama melebihi 2 kg menjadi trofi untuk tahun 2015..hehehe..tahniah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan