Maaf ye bro..hehehe
21/03/2015(sabtu) aku dikhianati oleh alarm handphone
ku sendiri. Jam sepatutnya berdering pada pukul 3:30 am. Malangnya, setting itu
hanya untuk alarm weekdays dan bukannya weekend..Alamak!!jam 5:00 am! Nasib baik lah
kelengkapan set tempurku semalam lagi sudah disumbat ke dalam kereta. Apalagi
bro..rushing giler.hehehehe..maaf banyak-banyak ya Killar anglers.
D'Lagu Fishing Park, pengusaha bot sewa untuk memancing yang dikenali ramai. |
Aku terlambat hampir 20 minit ketika memasuki
perkarangan rumah Kapitan Killar Anglers Dr Juslee. Kelihatan juga Olan yang
berpenampilan ranggi berdiri di hadapan rumah. Segan pula rasanya apabila
menjadi individu yang ditunggu. Sebenarnya, ini adalah kejadian pertama dalam
hidupku sebagai pemancing. Diharap perkara malang ini tidak akan berulang di masa hadapan.
jambatan sehala merentangi sungai. Jenguk dulu kalau mau pergi seberang. Jika tidak, ada yang gostan tu nanti. |
Tanpa berlengah, kami berempat segera bergerak ke destinasi dengan menaiki sebuah kereta dan hanya berhenti di hadapan stesen minyak petronas Tuaran untuk
‘mengutip’ Bonte, juga peserta trip jigging Kuala Abai ini. Sekali lagi kami
berhenti singgah untuk membeli bekalan makanan serba ringkas sebagai alas
perut. Sumber tenaga bro..jangan diabaikan.jika tidak, pasti aksi akan longlai.
Kuasa dua buah enjin Yamaha 40 hp membantu bot ini meluncur laju dipermukaan air. Dijamin puas hati bro! |
Jigging 100 %
Dari awal lagi Kapitan telah menetapkan bahawa trip ini mengaplikasi kaedah jigging
100%. Trip ini disertai oleh Dr Juslee sebagai kapitan Killar Anglers, Damian,
Olan, Bonte dan Junior. Kaedah jigging mula mendapat tempat di hati setiap ahli
kumpulan ini sejak aksi selingan jigging dalam trip yang lepas membuahkan
kejayaan. Walaubagaimanapun, aksi bottom tetap tidak dilupa. Cari makan bro..tong mesti mau ada isi juga. Apa saja teknik yang diaplikasi, value santai, enjoy dan harmonis berjaya
membantu kumpulan ini mengekalkan kesepaduan dan kewujudan hingga kini.
Dari kiri Olan, Bont, Mian, Kapitan Dr Juslee dan Junior. Sebahagian ahli Killar Anglers yang bersemangat waja dan benar-benar memahami asam garam dunia memancing. |
Bot sewa
Kami tiba di Kuala Abai kira-kira jam 7 lebih
sementelah Junior sudah berada di lokasi lebih awal lagi. Bersemangat sungguh mamat
ni. Tanpa berlengah, kami mula bergerak ke jeti D' Lagu, dimana bot sewa
berwarna merah kuning sedang menanti kami. Bot berukuran lebih 30 kaki panjang,
7 kaki lebar ini nampak stabil, tegap dan dijana oleh 2 buah enjin berkuasa kuda 40
setiap satu. Mantap bro!suasana pagi yang indah dan tenang mengiringi perjalanan kami ke kapal karam |
Tetamu Killar Anglers dalam trip ini. Underdog saja ni bro.hehehe |
Kapal karam
Daya tujah dua buah enjin Yamaha 40 hp benar-benar
mengujakan apabila bot meluncur laju menuju ke destinasi iaitu Kapal karam. Menurut
tekong, lokasi ini terdiri dari sisa beberapa buah kapal tentera laut
Jepun(British?) yang tenggelam dalam perang dunia ke 2. Struktur besi yang
masih kukuh ini bersemadi di dasar laut berkedalaman 30 hingga 45 meter. Kebetulan pula,
kedalaman ini sangat ideal untuk aksi light jigging.
Jigger berjiwa kental |
Kaedah
Dalam trip ini, tekong bot lebih suka dengan kaedah jigging secara berhanyut. Beliau akan menghentikan bot di atas arus dan
membiarkan bot berhanyut melalui timbunan besi kapal karam tersebut. Ketika
itu, para pemancing akan menurunkan jig
masing-masing sambil bot bergerak melintasi zon sambaran. Ibarat cerita Ali Baba Bujang Lapok, kita tengok siapa yang kena!Suhu pagi yang sejuk nyaman dan laut yang tenang menyebabkan hati berbunga-bunga. Lapang sungguh minda dalam suasana ini. |
Kaedah ini sebenarnya ada kebaikan dan keburukan.
Kebaikannya adalah, sauh tidak perlu diturunkan dan tenaga juga diperuntukkan hanya
untuk jigging semata-mata. Keburukannya..hehehe..hanyutan bot tidak sekata
disebabkan pengaruh arus dan angin. Akibatnya, bot hanya melalui zon sambaran
dalam masa yang singkat. Tolakan angin juga menyebabkan bot berhanyut dengan laju
dan jig ringan agak sukar mencapai dasar.
Oleh itu, jig seberat 40 gram ke atas terpaksa digunakan. Itupun, masih jauh
hanyut ke belakang. Teknik pula lebih kepada slow pitching dan long fall.
Aksi makan penuh nafsu oleh Mian. Charge tenaga dulu bro!tapi dari tadi asyik makan saja..hehehe |
Kunci Kejayaan
Reputasi hebat pemancing bukanlah jaminan untuk sentiasa berjaya dalam setiap trip. Set jigging yang mahal juga bukan jaminan untuk kerap mendapat strike. Sebaliknya, pengalaman dan sentiasa belajar menjadi aset berharga untu menjadi seorang pemancing berjaya. Namun, ibarat resmi padi, semakin berisi semakin ia tunduk patut menjadi pegangan. Apapun teknik yang digunapakai, kunci utama yang menjamin kejayaan kaedah jigging adalah kesabaran dan kerajinan. Stamina juga amat penting dalam menjana otot untuk berterusan mengunjun jig. Oleh itu, peralatan juga perlu ringan dan selesa. Penggunaan kekili dan joran berspesifikasi jigging memang amat membantu dalam aksi unjunan berterusan..bersambung dalam cerita aksi yang lebih mendebarkan…sabar
Ada no fon bot sewa d kuala abai tn,tlg ah
BalasPadam0k.0168490039 dan 01126885288
BalasPadamThanks tn
Padam